Thursday 1 December 2016

Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.

Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Ramai dikalangan kita tercari-cari dimana hendak membuat perjumpaan atau tempat berkumpul ramai-ramai dikalangan ahli keluarga. Saya terlibat dalam satu jawatankuasa kelab staff tempat saya bertugas, puas kami cari sana sini..Di laut, di hutan, di hotel, di water teampark semua dah bosan. Jadi kami ahli jawatan kuasa ingin membuat kelainan dimana hari keluarga kali
ini kami nak konvoi ramai-ramai dari Melaka ke Hulu Langat.

Jadi saya ingin memberi review sedikit berdasarkan pengalaman saya selama 2 hari berada disana. Pada pandangan saya Resort ini satu tempat yang menarik dan mendamaikan. Penat memandu selama 2 jam dari Melaka hilang sejurus sampai disini.

Kedengaran bunyi air sungai yang mengalir jernih hanya beberapa langkah sahaja daripada tempat kami menginap. Kawasan ini sangat sejuk, al-maklumlah kawasan air terjun dan yang dikelilingi bukit hutan menghijau yang mendamaikan mata memandang. 

Sejurus sampai, check in dan terus saya terjun sungai. Dapat benamkan kepala dan berendam dalam sungai yang jernih dan sejuk memang telah memberi kesegaran kepada badan kita yang kepenatan. Perghhh!!!Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Anda harus merasainya sendiri.

Kemudahan disini semua lengkap. Bilik yang luas dan bersih. Keadaan sekeliling juga bersih dan mendamaikan.

Kawasan persekitaran disini juga sangat luas. Memang sesuai untuk membuat hari keluarga. Kelengkapan semua cukup. Ada padang, Dewan, Surau, Kolam renang. Lain-lain maklumat lanjut boleh KLIK LINK IMPIAN RIMBA RESORT disini.

Sekarang jom kita layan sebahagian gambar aktiviti yang telah saya alaminya sendiri. 



Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Kenderaan beratur dan diberi taklimat sebelum konvoi bermula.


Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Sampai je di Resort, terus wefie dengan YDP Kelab.

Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Kemudahan kolam renang yang disediakan.
Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Majlis makan malam. Meriah.Alhamdulillah
Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Acara Sukaneka. Seronok anak-anak sebab dapat join.

Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Acara masukkan air dalam botol. 


Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Sungai yang jernih dan sejuk. Syok mandi wakti tengah hari ni.


Hari Keluarga Di Impian Rimba Resort Hulu Langat.
Anak-anak seronok tak mau naik dari sungai.

Jadi, itu sahaja perkongsian saya..Kalau nak maklumat lanjut tempahan, kemudahan dan harga, boleh lah klik link yang saya beri diatas tu ye. 



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget