Tuesday 17 December 2019

Tukar Bearing Perodua Alza Dan Lay Disc Brake Depan

Tukar Bearing Perodua Alza Dan Lay Disc Brake Depan

Hai. Salam sejahtera semua pembaca blog abamjai. Hari ini saja aku nak share kejadian Alza aku lampu ABS menyala. Dengan harapan penulisan ini memberi rujukan kepada aku pada masa akan datang.

Sejak sehari dua lepas..Lampu ABS di dashboard aku menyala. Nak check

Tuesday 26 November 2019

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Salam sejahtera semua. Apa khabar? harap semuanya sihat-sihat sahaja di luar sana ya. OK hari ni saya nak share pengalaman bermandi manda di Lata Seri Pulai Pekan Nanas Johor.

Ini adalah pertama kali saya ke sini. Perkara utama sebenarnya adalah saya ingin ke Sedenak ada urusan di sana waktu petang semalam. Janji nak jumpa Mr Tony urusan tuntutan insuran pada pukul 4 petang.

Jadi bila

Saturday 9 November 2019

Wafa Guesthouse Penginapan Berbaloi Di Bukit Katil Melaka

Wafa Guesthouse Penginapan Berlaloi Di Bukit Katil Melaka

Hai, Selamat sejahtera kepada pembaca blog aku sekalian. Hari ini aku nak share homestay di Melaka yang aku usahakan. Baru bermula beroperasi pada minggu kedua November 2019.

Sebelum ini, rumah aku ni aku sewakan kepada penyewa. Hampir tiga tahun juga aku sewakan pada

Wednesday 16 October 2019

Mendaki Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri Sembilan

aku di puncak kejayaan

Pada 10 Oktober 2019 yang lepas aku dan team aku telah mendaki Gunung Besar Hantu yang terletak di Negeri Sembilan. Trip 2 hari 1 malam mendaki gunung.

Yezzaaa ini adalah kali ke-4 aku mendaki.

Perjalan kami agak jauh iaitu dari Bandar Penawar ke daerah Jelebu Negeri Sembilan. Kami bertolak daripada Bandar Penawar lebih

Saturday 10 August 2019

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
Di puncak Lansir

Tanggal 26-28 Julai 2019 yang lepas aku dan team pengurusan aku telah bertolak ke Terengganu dalam misi menawan CBL. Ini adalah pengalaman ke-2 aku mendaki gunung. Alhamdulillah aku dan semua rakan-rakan telah berjaya sampai ke puncak dan turun semula dengan

Wednesday 17 July 2019

Pengalaman Pertama Mendaki: Mendaki Gunung Pulai.

Mendaki gunung pulai johor

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Entry kali ni aku ingin cerita pengalaman aku yang pertama kali mendaki gunung. Mantap beb..Serius aku tak sangka boleh mendaki gunung. Buat "first timer" macam aku ini, sudah pasti ia satu pencapaian peribadi yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri. Jangan

Thursday 20 June 2019

Bertukar daripada Telco Redone ke Telco TuneTalk

TuneTalk
Salam sejahtera kepada semua pembaca blogku sekalian. Hari ini sengaja aku ingin share dengan pembaca semua berkenaan dengan penukaran telco aku. Macam inilah hidup aku. Sejak Malaysia membenarkan MNP ini aku suka tukar telco mengikut kepada telco mana yang pada ada memberi

Friday 14 June 2019

Cara Manukar Headlamp Mentol Alza Advance Yang Terbakar



Selamat petang semua pembaca blogku.

Ini adalah kali ke-2 mentol headlamp kereta alza advance aku terbakar setelah 5 tahun aku guna kereta ini. Kali pertama terbakar aku pernah tukar di kedai aksesori kereta. Punya la mahal. Tak ingat sebab peristiwa tu dah lama.

Tuesday 11 June 2019

Kisah Port Out Dari Redone ke Telco Lain





Al-kisahnya pada minggu lepas aku ada bercadang untuk keluar daripada menggunakan telco Redone ke telco lain. Aku pun terus membuat proses port out macam biasa ikut proses syarikat telco lain. Dalam beberapa jam selepas itu dapat respon daripada telco baru yang aku nak guna tu bahawasanya permohonan aku ditolak.

Tuesday 9 April 2019

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu

Kelebihan Google Classroom yang ramai warga pendidik tidak tahu
Baru-baru ini aku dan team aku telah bermesyuarat untuk membincangkan hala tuju jawatankuasa 21st Century Learning di tempat aku bertugas ini. Sebab apa? Sebabnya aku dikehendaki mendokumentasikan segala penggunaan tools 21st learning yang para pensyarah tempat aku ni guna. Jadi jika pihak-pihak tertentu meminta

Friday 29 March 2019

Menginap di Pangsapuri Midas Gelang Patah Johor



Menginap di Pangsapuri Midas Gelang Patah Johor

Salam sejahtera kepada pembaca blogku sekalian. Kali ini aku menulis dari atas awan. Cheewahh..Sebenarnya artikel ini aku tulis sewaktu aku masih menginap di sini iaitu Pangsapuri Midas dari tingkat 24. Sewaktu menikmati suasana malam yang mendamaikan sambil-sambil tu aku menaip apa yang terlintas difikiran aku ni.

Sunday 17 March 2019

Cara Menjemput Tetamu Makan Kenduri


Apabila kita ingin menjemput seseorang ke jamuan makan kita, ianya tertakhluk kepada beberapa adab dan cara.

Mengikut pandanganku yang tidak seberapa ini adalah seperti di bawah:

1)Pastikan urusan menjemput dibuat sebelum majlis jamuan makan itu berlangsung.

Saturday 16 March 2019

Menginap di D'Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru

Menginap di Esplanade Residence KSL City, Johor Bahru


Misi mencari kolam renang diteruskan lagi pada bulan ini. Macam biasa bila aku ingin ke mana-mana yang memerlukan tempahan tempat menginap aku akan membuat tempahan di Agoda.


Cari punya cari aku terjumpa satu tempat ini yang pada aku menarik dan sesuai dengan budget aku.

Tuesday 12 March 2019

Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com

Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog Menggunakan sneeit.com

Hai...hari ini, aku mendapat maklumat terbaru selepas mencari di internet untuk membuat related post atau artikel berkaitan dengan cara menggunakan perkhidmatan sneeit.com.

Sebelum ini ada cara lain yang aku telah kongsikan. Boleh baca di sini kalau hendak membuat bacaan lanjut. 

Cara yang ini aku rasa lebih mudah dan kemas. 

Friday 8 March 2019

Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar


Mandi-Manda Di Pantai Batu Layar

Hai bertemu lagi di entry kali ini. Sebelum-sebelum ini aku ada menceritakan dalam blog ini berkenaan dengan keindahan tersembunyi di pantai Batu Layar. Kalau anda nak baca bolehlah klik link di atas tu ya. Serius best story yang aku cerita dalam link tersebut.

Ok berbalik kepada cerita asal kita, hari ni boring tak tau nak pergi mana. Anak-anak bagi cadangan jom mandi laut. Lagi pun

Thursday 7 March 2019

3 Tanda Anak Salah Pilih Kawan Dan Cara Atasi

3 Tanda Anak Salah Pilih Kawan Dan Cara Atasi
sumber gambar: https://tinyurl.com/y4mqldn4


Salam sejahtera kepada pembaca blog saya sekalian, Hari ini berkesempatan menonton rakaman FB live daripada Ustaz Tido. Secara jujurnya pertama kali dengar nama ustaz ini. Itu pun ada sedara mara yang share FB live tersebut dalam group keluarga. Apapun, alhamdulillah isi yang disampaikan menarik perhatian untuk saya tulis di

Wednesday 27 February 2019

Cara Membuat Link Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog


Cara Membuat Artikel Berkaitan Disetiap Posting Blog



Hari ni aku buat related post(artikel berkaitan) disetiap posting blog aku. Sangat teknikal. Search punya search aku jumpa blog ini.

Nanti blogger-blogger sekalian boleh je klik tutorial dalam link yang aku beri diatas tu kalau nak buat seperti mana aku buat ni lah.

Mengikut blog tu, perkara pertama yang aku buat adalah kena macam biasa login blogger akaun kita lah>>templates>>edit HTML..Lepas tu kena search kalau nak mudah guna CTRL+F cari kod </head>  dan selepas itu kena paste diatasnya.

Tuesday 26 February 2019

Tips Blogging: Kelebihan Menggunakan Url Https

Kelebihan Menggunakan Url Https
sumber gambar:http://tinyurl.com/yy2yeh6o

Aku mula berblog sejak tahun 2012 kalau tak silap. Masa tu aku uruskan blog perniagaan aku. Sekarang blog suka-suka pula. Baru sekarang terdetik nak tahu dengan lebih lanjut apa itu http dan apa itu https.

Asalnya aku terdetik untuk mengetahui dengan lebih lanjut adalah disebabkan aku ada terbaca satu artikel ni daripada blogger dari

Monday 25 February 2019

Aku dan PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar

Aku dan PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar
Sewaktu menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah yang disampaikan oleh
ADUN Johor Lama YB Hj Rosleli bin Jahari

Semalam telah berlangsungnya mesyuarat agong PIBG Sek. Keb Bandar Penawar sekolah dimana tempat bersekolah ke dua-dua anak aku.

Maka dengan ini telah masuk tahun ke-3 aku menjadi AJK PIBG sekolah anak aku ni. Kali pertama memegang jawatan sebagai AJK ini adalah pada tahun 2017. Aku akan terus memegang jawatan ini sehingga tahun ke 2020 nanti.

Thursday 21 February 2019

MEMAHAMI KES BERPROFIL TINGGI

MEMAHAMI KES BERPROFIL TINGGI


Bertemu lagi dalam entry kali ni. Saja nak kongsi dengan pembaca semua berkenaan kes berprofil tinggi.

Aku menulis topik ini setelah membuat sedikit catatan sewaktu aku menonton rancangan Soal Rakyat di TV 3 malam tadi pukul 11.00 malam. Pada aku ia satu topik yang menarik untuk dikongsi supaya tidak timbul salah faham kepada kita berkenaan dengan

Tuesday 19 February 2019

Adakah Halal Logistics bidang yang baru di Malaysia?

Adakah Halal Logistics bidang yang baru di Malaysia?
sumber gambar: http://tinyurl.com/yxedtnzx
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semalam aku berkesempatan untuk mendengar sesi perkongsian ilmu yang diadakan di kolej tempat aku bertugas ni.

Pada aku topik yang menarik dan sesuatu yang baru di kacamata aku. Mungkin ia telah lama berada dalam industri cuma aku yang tidak berapa alert.

Saturday 16 February 2019

Aku benci Islam: Forum Jalan Menuju Hidayah

credit photo: http://tinyurl.com/y6sx9bwb


اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ malam tadi aku berkesempatan menghadiri forum ditempat aku bertugas ini. Ada sesuatu yang menarik telah dikongsikan oleh penceramah iaitu Dr Jay yang merupakan pensyarah kanan di salah sebuah universiti di selatan tanah air. Beliau merupakan saudara baru yang telah memeluk islam sejak 2011.

Perkongsian yang pada aku telah membuka mata aku dan harus kita kongsikan bersama.

Cara Iklan di Facebook Mencari Pelanggan Sasaran


Credit picture: http://tinyurl.com/y53wnouc
Malam tadi menonton tv tengok rancangan jalan-jalan tu. 

Mereka buat white water rafting kat Gopeng Perak. Memang best.

Pagi ni bila aku scoll IG aku, nampak iklan pasal white water rafting..

Terkejut aku.😳😳😳

Nak kata FB/IG ada SAKA tak mungkin plak.

Tuesday 12 February 2019

Keperluan Mengiktiraf Kakitangan



Amalan mengiktiraf hasil kerja dan usaha kakitangan dalam sesuatu organisasi tidak kira dalam sektor awam atau swasta sudah menjadi kemestian bagi memberi motivasi kepada kakitangan untuk terus bekerja keras.

Lazimnya setiap organisasi akan menetapkan sasaran kerja tahunan atau KPI pada awal tahun. Biasanya pada akhir tahun akan diukur kembali sasaran ini untuk melihat kembali sama ada KPI yang diberi pada

Sunday 10 February 2019

Perkhidmatan Terbaik di Klinik Kesihatan Bandar Penawar

Perkhidmatan Terbaik di Klinik Kesihatan Bandar Penawar


Aku mula berpindah ke Bandar Penawar pada Februari 2017. Sebelum-sebelum ini aku memang jarang pergi ke klinik kesihatan kerajaan. Tambahan pula majikan aku ni ada menyediakan klinik panel di klinik berbayar.

So benda dah ada dan percuma, aku gunakan sahaja kemudahan yang disediakan oleh klinik panel majikan aku ni.


Bukanlah hendak memandang sebelah mata klinik kerajaan ya. Tidak sama sekali. Tidak jangan

Friday 8 February 2019

Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang

Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang


Sebut sahaja Taman Eco Rimba Kanching Rawang sudah pasti ia menjadi bualan masyarakat sekitarnya termasuklah penduduk di sekitar Lembah Klang.

Pada pagi tadi aku berkesempatan ke sini. Dalam perjalan dari Rawang menghala ke Kuala Lumpur aku menggunakan jalan lama. Jadi aku terperasan kawasan perkelahan ini. Tanpa berfikir panjang aku terus singgah di sini.

Orang macam aku

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Semalam sewaktu pulang dari Sungai Petani kami singgah di Ipoh untuk melihat sendiri keindahan Tasik Cermin yang makin menjadi bualan ramai orang.


Kami kesana menggunakan waze. Tiada apa-apa singboard untuk ke Tasik Cermin.

Jalan masuk ke sini tersorok dan perlu melalui jalan berbatu kerikil tu. Hasil pembacaan blog lain katanya ini adalah jalan masuk kuari. 

Thursday 7 February 2019

Pantai Murni Berwajah Baharu

Pantai Murni Berwajah Baharu

Tajuk yang aku tulis di atas boleh aku katakan tidak sesuai kerana Pantai Murni ini telah bertukar wajah sejak tahun 2017.

Lebih daripada 14 tahun aku tidak berkunjung ke Pantai Murni Yan ini. Dahulu sewaktu aku belajar di UUM pernah pergi pantai ini.

Tapi tidak mengapa. Pada aku ia berwajah baharu sebab inilah kali pertama aku  datang dengan lanskap yang baharu ini.

Wednesday 6 February 2019

Minyak Enjin TORSYNTH 5W-30 Keluaran Kroon Oil


Sebut berkenaan minyak hitam pasti pemilik setiap kereta akan memilih-milih jenama yang sesuai dengan kereta masing-masing. Biasanya bagi yang servis kereta di pusat servis mengikut saranan pengeluar tiada masalah. Sebab tak perlu fikir pon soal jenama. Pandailah pusat servis tu uruskan. Dan biasanya aku guna minyak hitam yang ini seperti gambar di bawah.

Thursday 31 January 2019

Belajar Sesuatu Dari Rakyat Pakistan




Allah hantar Muhammad Irfan ini untuk bertemu denganku berbual dan bertukar-tukar cerita. Tak sangka betol.

Dia menyapa aku terlebih dahulu...You ustaz ke??


Aku balas. Ehhh bukan..

Nampak macam ustaz katanya. 


Aku balas..U pon macam ustaz. Dia balas..Ehhh saya pon bukan ustaz..

Kami sama-sama ketawa kecil. Haha..

Tapi dari

Sunday 27 January 2019

1 Cara Mudah Membina Repo Dengan Pelanggan



Jika ada di kalangan kita yang belajar pemasaran menggunakan buku Philip Kotler sudah pasti familiar dengan tajuk public relation & publicity.

Mana-mana syarikat yang ingin kekal dikenali dan mendapat perhatian daripada para pelanggan haruslah memikirkan beberapa cara untuk memastikan hubungan baik dengan pelanggan ini sentiasa terjalin.

Saturday 26 January 2019

Rahsia Menjadi Pemimpin Dibongkar




Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin. Daripada memimpin sebesar-besar organisasi sehinggalah kepada memimpin organisasi yang kecil. Namun pada hakikatnya ramai tidak sedar setiap manusia adalah pemimpin kepada diri sendiri.

Thursday 24 January 2019

4 Kesan Buruk Kepada Anak Yang Menonton Televisyen Berlebihan

pukul 6.30 pagi anakku menonton rancangan tanyalah ustaz tv3. Biasanya waktu begini mereka menonton kartun sebelum ke sekolah. Ada perubahan yang positif di situ.


Untuk entry kali ni saya mulakan dengan petikan kata-kata daripada seorang ustaz seperti dibawah:

"Sepatutnya kita sebagai ibu bapa perkenalkan anak-anak dengan Allah dahulu. Bukan Doremon, Ultramen dan lain-lain". 

-Ustaz Amran, tanyalah ustaz tv3, 24/1/2019-


=========

Alhamdulillah langkah

Wednesday 23 January 2019

4 Tips Penting Menjadi Pemimpin Disegani

sumber gambar: https://tinyurl.com/y8llgy8m


Penulis Barat terkenal John C. Maxwell dalam bukunya yang bertajuk The 21 Most Powerful Minutes In A Leader's Day telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh diikuti oleh pemimpin apabila bekerja dengan manusia.

Ini merupakan pandangan mereka dari sudut Barat yang saya fikir tidak salah untuk kita ambil iktibar.

Apabila saya

Tuesday 22 January 2019

Mencari Kisah Viral di Paya Biru Felda Lok Heng

Off-Road Ke Paya Biru Felda Lok Heng

Semalam hari Isnin sempena cuti Thaipusam aku ke Kota Tinggi. Balik dari Kota, aku lalu jalan area Mawai.

Selepas itu sudah tentu akan melalui juga kawasan Felda Lok Heng ni. Aku macam terlintas dalam kepala. Dulu macam pernah viral cerita pasal Paya Biru ni.

Tanpa dirancang, sengaja aku melencong masuk ke

Sunday 20 January 2019

Cara Ajaib Atasi Masalah Cermin Tingkap Kereta Tersangkut "Stuck"

Cara Atasi Masalah Cermin Tingkat Kereta Tersangkut "Stuck"


Baru-baru ini kereta Proton Saga BLM yang saya beli 10 tahun lepas mengalami masalah cermin tingkap yang tersangkut. Susah untuk naik atau turunkan cerminnya.

Maklumla kereta dah lama memang patut ada masalah. Saya bawa kereta ke bengkel kereta untuk bertanya tentang masalah cermin tingkap saya ini.

Simptom ini telah lama ditunjukkan tapi saya buat tak tahu sahaja sehingga

Thursday 17 January 2019

Cara Ajaib Untuk Dapatkan Siaran TV Berkualiti Secara Percuma

Set up decoder untuk Siaran myFreeview
Sumber gambar: https://bit.ly/2HeVNri


Salam sejahtera kepada pembaca blogku sekalian. Hari ini saya ingin kongsikan kisah saya memasang decoder untuk menonton rancangan myFreeview tanpa bayaran bulanan.

Jika anda mengikuti blog saya secara konsisten, anda pasti tahu yang saya akan menamatkan langganan stesen tv berbayar yang telah di langgan saban tahun tidak

Monday 7 January 2019

ADAKAH MARKETING MENGGUNAKAN FACEBOOK MASIH RELEVAN UNTUK 2019??




Tahun 2018 baru sahaja melabuhkan tirainya. Tahun 2019, tahun yang paling mencabar untuk peniaga-peniaga online. Sudah pasti sesiapa yang berniaga telah mula membuat analisa tentang pengoperasian syarikat mereka terutamanya dari segi cara pemasaran syarikat.


Syarikat telah membangkitkan beberapa persoalan antaranya masih relevankah memasarkan produk menggunakan facebook?,

Sunday 6 January 2019

MAKSUD AYAT PUKAU "HARGA SERENDAH" YANG DI GUNAKAN SELLER

MAKSUD AYAT "HARGA SERENDAH" YANG DI GUNAKAN SELLER



Ayat-ayat promosi yang menarik lazimnya dapat menarik pembeli singgah ke kedai kita. Seller perlu bijak mengeluarkan ayat ini agar pelanggan terkesima mendengarnya atau melihatnya dalam kempen pemasaran yang di buat oleh syarikat.

Akan tetapi dalam artikel ini saya akan kongsikan ayat yang biasa di gunakan

Saturday 5 January 2019

4 CARA MAGIC UNTUK MENJUAL YANG LEBIH EFEKTIF

4 CONTOH CARA MENJUAL YANG LEBIH EFEKTIF



Aktiviti menjual merupakan salah satu aktiviti yang penting untuk mendapatkan keuntungan. Ada banyak perbezaan cara dahulu dengan cara sekarang dari segi kaedah untuk memasarkan produk dan menjual kepada bakal pelanggan.

Zaman sekarang para penjual perlu bijak menjual dan perlu lebih kreatif. Jangan kita

Wednesday 2 January 2019

LAMPU BONET ALZA PATAH, LAMPU KABIN PENUMPANG DAN LAMPU KABIN PEMANDU TERBAKAR.

LAMPU BONET ALZA PATAH, LAMPU KABIN PENUMPANG DAN LAMPU KABIN PEMANDU TERBAKAR.
itulah lampu bonet Alza yang aku bulatkan. Lampu tu lah patah dan tercabut.
Sumber gambar: https://tinyurl.com/y9yfpykq
Baru-baru ini aku ada bawa barang yang banyak. Termasuklah bakul kononnya nak berkelah tepi pantai..

Ntah macam mana sewaktu aku nak keluarkan bakul berkelah aku tu, bakul tu melekat sekali pada lampu bonet belakang. Aku tak perasan, tertarik sekali dengan lampu-lampu tu. Akibatnya lampu tu terus tertanggal dan

CEDERA DILANGGAR KENDERAAN TAK BERINSURAN? APA NAK BUAT??

Sumber gambar: https://tinyurl.com/yc34lto4


Artikel ini saya tidak tahu sumber sahihnya..Hanya dapat daripada sebaran group whatsapp. Saya rasa artikel ini sangat bermanfaat untuk tujuan kita di kemudian hari nanti. Apa pun MIB itu memang wujud selepas saya buat carian ada yang menulis tentang masalah ini di sini.

OK sekarang saya copy paste artikel dari whasapp tersebut

Tuesday 1 January 2019

3 Keputusan Penting Yang dibuat Dalam Pengurusan Kewangan Syarikat

Keputusan-Keputusan yang di Buat Dalam Pengurusan Kewangan
sumber gambar: https://www.selfie2020.eu/2017/07/13/are-you-a-policy-maker-payer-or-professional-working-in-integrated-care-we-are-looking-for-you/



Pengurus kewangan melihat secara menyeluruh pengurusan kewangan sama ada syarikat sendiri atau organisasi yang lain.

Mereka perlu mempertimbangkan persoalan-persoalan yang telah di bangkitkan sebelum ini. 


Antara keputusan yang perlu di buat oleh Pengurus Kewangan adalah:

Budget Modal(Capital Budgeting): Ini merupakan proses

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget