Saturday 16 February 2019

Cara Iklan di Facebook Mencari Pelanggan Sasaran


Credit picture: http://tinyurl.com/y53wnouc
Malam tadi menonton tv tengok rancangan jalan-jalan tu. 

Mereka buat white water rafting kat Gopeng Perak. Memang best.

Pagi ni bila aku scoll IG aku, nampak iklan pasal white water rafting..

Terkejut aku.😳😳😳

Nak kata FB/IG ada SAKA tak mungkin plak.


Teringat kata seorang kawan yang sekarang ada teknologi pintar voice detector ke apa ntah namanya tu. Teknologi pintar inilah yang FB dan IG gunakan. Tapi mereka menafikan.

Kita berbual apa sahaja topic, smartphone kita akan detect voice tersebut, voice tersebut akan disimpan dalam sistem. Jika ada mana-mana marketer yang mempromosikan produk/servis mereka match dengan voice tersebut nanti iklan akan keluar di FB atau IG tuan puan.

Perghhhh memang intelligent.💪🏻💪🏻

Betul ke tidak teknologi pintar itu telah wujud???..wallahuallam...Tak berani nak sahkan kenyataan ini kerana belum ada lagi mana-mana kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Ia sekadar andaian pengguna sahaja.

Perkara sebegini sebenarnya telah berlaku kepada ramai pengguna smartphone dimana mereka pelik macam mana iklan tersebut boleh terpapar di wall IG atau FB. Yang pasti mereka perasan apabila mereka berbual dengan seseorang tentang sesuatu topik, tidak lama selepas itu akan muncul iklan  produk/servis yang diperkatakan dalam wall FB atau IG mereka.

Perkara sedemikian pada saya bukan susah untuk dilaksanakan. Zaman teknologi yang canggih sekarang tidak mustahil untuk dilaksanakan. Google pon telah ada teknologi voice recognition. Kalau malas nak taip kita cakap sahaja automatik suara kita akan diubah dalam bentuk tulisan. Sangat mudah.

Begitu juga Iphone telah lama menggunakan teknologi ini. Kita boleh berkomunikasi dengan SIRI untuk membantu memudahkan kita mencari maklumat dengan smartphone kita dengan hanya bercakap dengan SIRI. 

Banyak lagi syarikat pembangun teknologi telah beralih dan menggunakan teknologi seperti ini.

Sekadar pandangan..Jumpa di entry yang lain.👌🏻




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget