Wednesday 6 February 2019

Minyak Enjin TORSYNTH 5W-30 Keluaran Kroon Oil


Sebut berkenaan minyak hitam pasti pemilik setiap kereta akan memilih-milih jenama yang sesuai dengan kereta masing-masing. Biasanya bagi yang servis kereta di pusat servis mengikut saranan pengeluar tiada masalah. Sebab tak perlu fikir pon soal jenama. Pandailah pusat servis tu uruskan. Dan biasanya aku guna minyak hitam yang ini seperti gambar di bawah.





Minyak jenama Perodua  tapi formulated by Petronas.

Ini kali kedua aku servis kereta aku di luar daripada pusat servis. Untuk kilometer yang ke 110,000. Ni nak jalan jauh ni balik kampung ke Kedah. Tak sempat nak servis di pusat servis akibat kekangan masa kerja aku.

Biasanya minyak hitam semi sintetik yang perodua punya tak mahal dalam lingkungan RM70-RM80 tak pasti harga yang tepat tapi lebih kurang itulah harganya.

Kebetulan waktu hari raya cina hari tu ada satu bengkel buka. Aku pon terjah. Boleh tahan harganya. Minyak 5W30 Semi Sintetik RM136. Aku google pasal minyak ini tak jumpa pula. Cari di shoppee, lazada pon dan jumpa minyak jenama ini.

Minyak enjin ni keluaran Kroon Oil. Yer lah orang macam aku ni mana nak familiar dengan jenama-jenama minyak hitam ni. Kalau tanya pasal jenama lampin pakai buang aku tau la. Drypers, PetPet, Huggies, ehhh..sorry melalut plak.


Aku buat perbandingan dengan mengoogle ni bukannya apa sekadar nak tahu betulke harga dia sampai RM136. Bukan berkira sekadar nak double confirm. Hehehe.. Tapi tulah..Tak jumpa plak.

So aku pon dah setuju..Tukar je la. Kalau tak tukar hari ni, maknanya sampai di Kedah nanti baru boleh tukar. Maksudnya aku akan terlebih milege untuk servis dalam 500++ kilometer juga.

Takut tak bagus untuk kesihatan enjin kereta pula.😅

Nak sedapkan hati dan konfiden memandu kenalah tukar juga.

Keselamatan dan keselesaan enjin kereta aku perlu utamakan.

Jika dilihat dari laman web rasminya memang meyakinkan jenama ini. Minyak ini keluaran daripada negara Holland. 

So aku yakin minyak ini amat berkualiti. 


Sumber daripada website rasmi pengeluar.

Ok sekarang aku yakin. Kenapa mahal sebab ia berkualiti.

Itu sahaja nak cerita. Babai.😁😁



================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget