pakej terbaik kepada aku.
Rasanya semua orang tau apa itu MNP. MNP tu adalah menukar telco kepada telco lain akan tetapi kita mengekalkan nombor telefon sedia ada kita.
Ahad lepas, aku telah berjaya port out daripada telco Redone kepada telco TuneTalk. Bukan Redone tak bagus, akan tetapi aku merasakan telco TuneTalk boleh memberikan pakej terbaik kepada aku.
Buat masa ini aku pernah guna telco maxis, celcom, digi, onexox, redone dan sekarang tune talk. Amacam???hahahaha..
Biarlah orang nak kata apa pun, tapi aku tahu apa yang aku buat memberi kelebihan kepada aku sebagai pengguna.
Sewaktu aku di Redone aku membayar RM48+. Pakej RM48+. Biasanya lebih sebab aku akan melanggan data tambahan. Ok Maklumat dibawah aku ambil dari website mereka. Itu yang aku dapat dengan RM48+ sebulan
Amazing48+
RM48 / MONTH
Mobile Data
- 20GB** of mobile data
15GB+(4G LTE) & 5GB (Basic Internet)
Calls
- Unlimited* FREE calls among
redONE Postpaid users - FREE 200 mins calls to all networks
- RM0.15/min to all other networks (after FREE mins are fully utilised)
SMS / MMS
- RM0.05/SMS to redONE users
- RM0.10/SMS to other networks
- RM0.20/MMS to all networks
Value-Added Service Add-ons
Akan tetapi bagi TuneTalk pula. Ya, pada aku sangat menarik dan memberi kelebihan kepada aku sebagai pengguna untuk mendapatkan pakej terbaik.
Dengan RM48 sebulan aku dapat:
#FREE call ke semua nombor
#UNLIMITED social chat
#UNLIMITED social media seperti FB, IG, Twitter
#UNLIMITED access kepada Music seperti joox, kkbox, raku, hungama, spotify
#50GB data untuk access video youtube, astro on the go, dimsum, iflix, nexflix
#Data internet 10GB hi-speed.
#Data internet 10GB basic
#Welcome promo data 3GB x 12 bulan. So total setahun aku dapat data 36GB FREE
Masa mula aku tertengok iklan ni, aku terperanjat. Kenapa murah sangat?? Aku buat carian sendiri dan aku call service centre TuneTalk untuk tahu kepastiannya.
Ya, ianya memang sangat betol. Sebab tu aku tak fikir panjang, terus port in ke Tune Talk sebab tawaran ini adalah limited kepada 150,000 orang pelanggan sahaja.
Dari segi kawasan liputan pada aku tiada masalah. Dulu Redone tumpang line Celcom, TuneTalk pun tumpang line Celcom. So paham-paham je lah, line Celcom ok dan kawasan dia sangat luas.
Lepas tu, aku ada pula cerita pasal sim ini kepada dua orang kawan aku. Kawan aku dua orang tu pun tanpa fikir panjang tertarik dengan cerita aku. Terus masing-masing beli sorang dua di kedai mynews.com dengan harga RM2 je. mynews.com adalah egen rasmi Tune Talk.
Proses nak register pun mudah. Hanya melalui apps yang boleh di donlot daripada apps store atau google play store. Hanya ikut sahaja arahan dalam apps tu. Siap. Sangat mudah.
Semakan pada 16/6/2019 11:21 PM |
Hasil semakan aku di website Tune Talk mendapati sim ini hanya tinggal 439 sim sahaja. Beruntunglah kepada sesiapa yang telah mendapat simkad dan melanggan RM48 plan ini.
Oh ya. Untuk pelan ini, kita sebagai pengguna kena pastikan baki topup sentiasa mencukupi untuk setiap circle bulanan 30 hari. Pakej ini ia auto subscribe akan tolak dari topup kita. Jika baki akaun tidak mencukupi maka subscription pelan RM48 tersebut akan auto deactivate. So leceh la sebab kita kena subscribe semula.
Lagi satu macam aku sebelum-sebelum ini aku guna bill.So semua bill akan di tolak dari kredit kad aku. Untuk Tune Talk ini pula ia adalah prepaid, so apa yang aku buat adalah aku set di cimb click aku auto top up setiap bulan. So mudah dan tak peningkan kepala aku. Ibarat macam aku guna bill juga la kan. hehehe..Setiap kali top up pula cimb tidak mengenakan sebarang caj pon.
Selain dari potong dari akaun kita, kita juga boleh setup payment method kita di apps dengan membuat potongan dari kredit kad. Pon boleh juga. So semua pilihan di tangan kita. Ada banyak cara nak topup yang mudah sekarang. Pilih je ikut keselesaan hati masing-masing.
Lagi satu yang menarik pada aku, setiap kali aku topup..Aku turut mendapat point. So nanti boleh reedem.
Jom aku nak tunjuk sikit aku punya interface apps Tune Talk aku. Tengok di bawah:
nampak tak? Gambar menunjukkan baki kredit aku, point aku, unlimited pass yang aku telah gunakan untuk chat, social, music dan video |
gambar menunjukkan promo 3GB yang aku terima sehingga 12 bulan akan datang |
Sekian...itu je nak kongsi. Semoga berjumpa lagi di entry akan datang.
Terbaik bosku.info yg bergune.
ReplyDeletetq..tq
DeleteKlu download video kat Telegram dia tolak 10 gb tu ke?
DeleteTelegram tu video apa. Boleh tahu..saje nak tahu..
DeleteCmne cara nk port out dr telco redone postpaid ke telco tune talk prepaid??
ReplyDeletedownload appps tunetalk dan terus port out dari situ..
DeleteKalau dari u mobile postpaid pun boleh port out ke tunetalk ini ke saudara? Dan macam mana pun pula dgn kad sim nya? Perlu tukar atau just stay yg lama kalau nk kekal no lama?
Deleteboleh..sim nnti tunetalk akan pos ke rumah dan boleh kekalkan no lama.
DeleteBoleh ke kekal kan no yg sekrang ni? mcm mne cara nye?
ReplyDeleteboleh je kekalkan nombor yang sama..saya port out guna apps tune talk je.
DeleteSblm guna SIM tunetalk, perlu tunggu SMS Dari telco skrg Kan utk leave?
ReplyDeleteya betol..ini adalah sebahagian proses untuk port out.
DeleteAde lg x pakej ni skrg abamjai...
ReplyDeleteada kot..klu nk saya boleh bagi no tel kawan saya.
DeleteSkrg ada lagi tak ? Sy nak tukar ke tune talk tapi nak kekalkan no lama .
Deleteade sesape msih berminat utk tukar ke telco tunetalk?
DeleteNakkk
DeleteKalau mnp, nanti dia mmg hantar simcard nombor lain ke? Sebab pernah jugak baca yg dia nak stay nombor sama tapi tunetalk hantar simcard nombor lain kat dia. Is it normal?
ReplyDeleteya itu normal..bila MNP kena tukar simkad.Walaupun simkad tu no lain itu tiada masalah..lepas tu semua proses guna mobile apps je utk kekalkan no lama yg kita nak.
DeleteMenarik post ini!sangat membantu dalam memilih telco pada harga berpatutan.
ReplyDeleteterima kasih singgah ke blog saya.
DeleteDari segi coverage internet mcm mana ye?..laju ke?..
ReplyDeletepada saya..ok je..laju..dimana ada line 4G celcom di situ tunetalk ada. sebab mereka tumpang line celcom.
DeleteBerapa harga sim Tunetalk ni ea?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekalau guna apps tune talk tu dia bagi FREE..hari tu saya beli dekat kedai News.com tu dalam RM2 kalau tak silap.
DeleteAssalamualaikum bossku...nak tanya la... Tunetalk ni support 3g x? Sbb tempat aku ni susah nk dpt 3g
ReplyDelete4G pun support tuan..inikan pula 3G
DeleteAku dh buat oder sim untuk mnp..tup2 sampai no baru daaa..nk buat kat apps xboleh terpaksa pakai 3 no.mskng dh pakai 2 no..lecehhhhhhh
ReplyDeleteadusss...huhu..sim tu memang no baru..saya hari tu tukar port out ke no sediada kurang 24jam dh settle..tp wife punya agak lama..biasanya ia terjadi sebab masalah dari telco lama.
DeleteAssalamualaikum, kalau nak tukar telco tunetalk. Bil redone tu kena settlekan dulu lah kan baru boleh tukar telco baru? Ke boleh je tukar terus?
ReplyDeletekena settlekan dulu dengan redone.
DeleteBil redone setiap 1hb kan... bila masa terbaik nak tukar ke tunetalk.... supaya x byr dua bil untuk satu bulan....t byr tune talk... redone pun kena byr lg... mohon pencerahan.
ReplyDeletesaya ada menulis pasal ini di link ini:https://abamjai.blogspot.com/2019/06/kisah-port-out-dari-redone-ke-telco-lain.html
DeleteRedone data burn tak carry forward kalau tune talk mcmana burn ke atau carry forward?
ReplyDeletedata tak habis akan burn.
DeleteXoxo data boleh carry forward
Deleteye betul....onexox data carry forward...tapi pakej yg ni lg berbaloi murah....nk tanye brader ni...bulan2 brape abis topup
DeleteTune talk halo telco Rm48 tu sama ke dgn tune talk cun value rm48v
ReplyDeletesama rasanya.
DeleteKalau postpaid redone nak pergi tunetalk boleh buat sendiri ke??
ReplyDeleteya..buat sendiri..download apps shj
Deletehotspot Ada ke bos
ReplyDeleteada..boleh buat hotspot
DeleteMcm mne nak port out dri redone 😅
ReplyDeleteguna apps sahaja.. macam saya port out dari redone ke tune talk.donlod apps tunetalk..lepas tu ikut je step dalam tu..kalau ada masalah atau tak faham call customer servis tune talk.
DeleteSalam bro. Sya pengguna baru tunetalk ni. Beberapa hari yg lalu sya ada melanggan pakej tunetalk 2GW(rm10). Pakejnya lebih kurang sama dgn celcom pnya tu. Tapi masalahnya, internet speed nya seolah-olah sdh di 'capped'. Slow sangat. Sedangkan tempat saya ni boleh dapat 4g punya signal. Apakah itu disebabkan oleh pekej yg saya ambil? Mohon pencerahan ya bro. Btw, sya blm cuba utk ambil pakej yg rm48 tu. Tq, bro
ReplyDeletewkmasalam..saya tidak ada jawapan untuk itu.. boleh call customer servis tunetalk. saya bukan egen tune talk atau sebagainya. saya menulis dan berkongsi di atas sebagai pengguna biasa.
Deletesetakat ini saya guna ok je..tiada apa-apa masalah..kalau sekali sekala tu ada juga masalah internet tiada, biasalah..benda teknikal kan?..tapi lepas itu tune talk akan bagi free data sebagai ganti sebab sistem mereka masalah..tapi jarang la berlaku internet tune talk problem..setakat ini saya puas hati dengan servis tune talk.
Bleh sye tahu tune talk ni bawah telco ape ye, sbb sye nk register Sim tuh, dia sruh pilih telco ape, sye just nk tahu tune talk bawah telco ape, hope bleh blas as soon as possible, tq
DeleteDia tumpang line celcom. So tak perlu risau. Coverage memang terbaik.
DeleteSalam..encik tau tak package 48 tune talk ni smpai bile? Adakah lifetime?
ReplyDeletetak pasti pula. boleh call tunetak customer servis.
DeleteSelain settlekan bil redone, ada bayar denda tak kalau nak port out dari postpaid redone?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoss sekarang ni ada sim kad baru nama Halo Telco under Tune Talk kalau boss boleh bagi dua perbezaan antara sim ni pun bagus jugak sbb Halo Telco plan dia sebijik macam Tunetalk ni
ReplyDeleteHalo telco mmg terbaik. Cuma kna tahan hati sj la sbb sy dh 3x buat penukaran (fmly mmber) dr telco lain ke tt/ht ni... Reg dia ambl msa dlm 10 min... Lps reply YES, kna tunggu 1-1.5hari br telco lama mati.. Dh tu, sim tt/ht ni pula ambl masa jg nk ada line... Duk memanjang jg la sbb x line, emergency call only.... Dlm 24-36jam emergency call only... Nk nangis pn ada klau tk tahan hati.
DeleteBos.. Hot-spot ada limit ka unlimited jga
ReplyDeletexox hotspot xde limit tuan
DeleteTiada limit
DeleteAssalammualaikum bos...kalau redone nak ke tune talk kene setelkn contract dulu ka?ke boleh terus tukar saja?
ReplyDeleteBoleh tukar trs.
DeleteBoleh tukar terus
DeleteSetakat ni, tt mmg terbaik lh... Sy dh guna no sy 12thn,slma 12thn sy mnp pelbagai telco... Memula digi, tkr ke clcm, lps tu redone, lps tu umobile, maxis,.... La ni sdh hampir 1thn gna tt. Alhamdulillah, x telco yg blh tandingi... Murah dn byk unlimited dr segi call, chat, music, dn socmed... Video pula 40gb...mmg berbaloiii sgt lh. Murah dn terbaik!
ReplyDeleteSaya setuju..so far saya berpuas hati dengan tune talk. Saya pon dah banyak telco saya guna. TT terbaik.
Deleteso i just nk tnya,smpai sekarang u masih pakai tune talk??? ok x line dia smpai skrg???
ReplyDeleteYa sampai sekarang. Sangat puas hati.
Deleteselalunya ambil.masa berapa lama nak tukar ?
ReplyDeleteTak lama. 1-2 hari bekerja.
DeleteSaya hari tu. Dalam masa 24 jam dah selesai port out
DeleteNak tanya, klau hotspot ke smart tv, dia akan gunakan data netflix dan youtube sahaja kan
ReplyDeleteIni saya tak pasti. Sebab tak pernah buat
DeleteTapi line slow pula... Dari u mobile tukar ke tunetalk.. Lagi slow dari u mobile... 😭😭😭
ReplyDeleteTengok lokasi juga rasanya. So far saya ke mana mana pun ok je. Sebab TT tumpang line celcom.
DeleteDari celcom ke tune talk, mcm mn nk kekalkn no lm
ReplyDeleteSemua sistem yang buat.
DeleteAdd on yang kaler biru tu ape pula?
ReplyDeleteItu untuk tambah data kalau tak cukup. Rm10 untuk 10GB.
DeleteAdd on yang kaler biru tu ape pula?
ReplyDeleteAdd on yang kaler biru tu ape pula?
ReplyDeleteMne ii yg berminat dgn tune talk anda bolehlah menghubungi no ini 01129200489 insyaallah perhidmatan yg diberikan pantas dan cepat dgn hrg yg murah.
ReplyDeleteTerbaik
DeleteKalau sim tunetalk dah aktif dan teringin nak portin blh lagi ke atau kena pakai sim baru tq.
ReplyDeleteTak pasti. Kena tanya orang berkenaan. Saya sekadar kongsi pengalaman.
DeleteSaya dealer Tune Talk Halo Telco.
ReplyDeleteBoleh whatsapp saya untuk beli simkad :
http://www.wasap.my/60135348641/halotelcotunetalk
Cun👍🏻👍🏻
Deletesy pengguna redone. skrg ni nak tukar ke halo telco. masalahnya nak port out xblh sbb saya ada no sub. skrg redone ckp kene isi borang port out by group. jd mcmane ye sbb halo telco xde utk borang untuk by group. boleh bantu?
ReplyDeleteMemang agak leceh. Macam tu la saya kena dulu.banyak kerenah.
DeleteSaya pengguna redone . Ambil yang 8gb punye tu . Tapi Tak sampai sebulan 8gb dah habis and line start slow . Dah langgan rm10 untuk redvideo tapi 2 Hari kata dpt mesej saya dah guna keseluruhan data . Memang macam tu ke?
ReplyDeleteDulu sy pun sama mcm tu. Lepas tu sy upgrade ke RM 58 sebab sy byk guna data (bukan RedVideo/RedSocial). Pertama kena faham apa yg dikira data dlm RedVideo, RedSocial, dan normal data yg 8GB/20GB. Cuma baru2x ni saya jumpa RedOne ada unlimited data. Jadi sy plan nak ambil yg Unlimited Data..tapi utk yg bukan RedOne customer. Jika RedOne existing customer, upgrade ke RM 68 utk Unlimited Data. Sekarang ni tgh cari info pasal benda ni lagi sebab nampak dlm apps ada pakej 68U.
DeleteSy pon pengguna redone pakej 58..dpt msg redvideo dah limit 100%..disuruhnya top-up lg...masalahnya data byk lg 20gb kot..xpaham la kenapa redone suruh top-up knpa xguna data sedia Ada je...mcm nk tukar Telco lain he.
ReplyDeleteDulu sy pun x phm kenapa asyik dpt msg tu dr RedOne. Bila tgk balik, rupa2xnya, utk RM 58 sebulan kita dpt 1 GB setiap hari (RedVideo - youtube,netflix,etc.). Bila topup RM 10 utk RedVideo guna apps RedOne, settle masalah.
DeleteUtk yg RM 38 sebulan pula 0.5Gb/day. Kita pakai ke x pakai dia akan burn dan esok start semula kiraan data RedVideo tu. Tapi bila dah beli RM 10 topup RedVideo tu dah takde masalah selagi tak habis data tu. Kalau habis, topup lagi je RM 10 utk 10GB.
Untuk ios memang tak boleh langgan ke utk plan daily and weekly? Sebb minggu lepas langgan yang weekly langsung x gerak, mcm takde internet terus..
ReplyDeleteKena tanya customer servis ni. Saya tak pernah buat. Biasa saya amik yg bulan-bulan terus.
DeleteSaya pun sdh 2 tahun guna pelan tunetalk ni...Tunetalk mmg yg terbaiklah..
ReplyDeletekalo buat call...pastu masuk voice message...kene charge x?....unlimited call kan?
DeleteYa..saya dulu guna maxis--celcom--digi--xox--redone dan sekarang kekal bersama tune talk lagi. Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun guna. Terbaik, tiada masalah. Saya tak tipu. Ini berdasarkan pengalaman saya. Saya tak de kepentingan. Saya bukan agen TT. Saya hanya pengguna biasa.
Deletekalo buat call...pastu masuk voice message...kene charge x?....unlimited call kan?
ReplyDeleteSaya tak pasti yang ini. Tak pernah pula saya chek baki😓😅bila masuk v/mail kawan2.
Deletesaya pakai postpaid tunetalk so kalau nak tukar pakai prepaid tunetalk just port out kat app tunetalk ke?
ReplyDelete