Pages

Sunday, 24 February 2013

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Salam..Ini adalah entry pertama aku di blog aku ini dan ini juga merupakan pertama kali aku dan anak-anak keluar berjalan di hotel sejak kami berkahwin.

Trigger nya bermula apabila aku hadir di satu ceramah motivasi seorang penceramah terkenal. Katanya kalau nak bahagia, benda pertama yang kita kena buat adalah reward diri sendiri dulu.


Dalam hal ini aku reward diri aku so anak dan isteri pun dapat tempias. Aku untung, semua anak dan isteri aku pun untung. Alhamdulillah..


Lepas tu lagi satu kalau nak buang caj negatif dalam diri mengikut kaedah sains adalah dengan mandi garam. So nak mudah kita mandi laut. Sebab tu biasanya kalau kita lepas mandi laut mesti badan rasa segar kan? Tak tau la anda macam mana. Tapi pada aku, itu yang aku rasa. Memang la badan penat lepas balik bercuti. Tapi minda dan badan kita akan rasa fresh selepas balik bercuti atau lebih tepat kalau baru lepas mandi laut.

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Hotel ini pada aku ok. Selesa juga la. Cuma hotel ni kelihatan lama. So janganlah expect semua baru. Kelihatan perabot dalaman agak lama tapi masih berfungsi dengan baik dan boleh digunakan. Itu tidak jadi masalah pada aku.

Aku book hotel ini melalui Agoda dengan caj RM152.00 termasuk sarapan untuk dua orang.

Bangunan hotel ini agak konfius dan tidak mesra pelanggan. Signage agak kurang sukar untuk aku balik ke bilik. hehehe..Susunan nombor bilik dan blok pon aku agak konfius. Setiap blok dan bilik ada tangga yang tertentu kita kena ikut. Kalau ikut salah tangga, itu yang susah tu.

Belakang hotel ada pantai boleh mandi. Pasir agak kasar. Penat mandi laut boleh mandi kolam pula.

Kelihatan ada juga banana boat dan jet sky. Tapi tak pasti berapa bayarannya.


Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson


Kolam ini serius besar. Ada kolam untuk orang dewasa dan ada untuk kanak-kanak. Anak aku sampai tak mau balik. Kes naya ni..huhuhu.. Lepas pujuk baru nak balik. hehehehe..

Pada aku hotel ni sesuai untuk buat anak-anak mandi kerana kalau pengunjung ramai pun, kolam ini masih mampu untuk menampung ruang bagi pengunjung untuk bermandi manda.

Sekian sahaja untuk perkongsian aku buat masa ini. Insyaallah jika ada rezki, aku akan jadikan aktiviti berjalan jelajah hotel semalaysia ni sebagai rutin bulanan keluarga aku.. Insyaallah moga diizinkanNya.

Jumpa lagi..Babai..

No comments:

Post a Comment