Friday, 20 June 2014

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman


Alhamdulillah Pulau Tioman adalah pulau seterusnya yang aku jelajah. Sebenarnya aku mula cintakan pulau ni sewaktu pergi Pulau Manukan Sabah waktu tu aku ada kursus di Kota Kinabalu. Ada masa terluang waktu tu aku ke Pulau Manukan untuk snorkeling. Dari situlah puncanya aku mula jatuh hati dengan pulau.

Aku plan dah lama hendak ke Pualu Tioman ini sebenarnya. Rata-rata review yang aku baca di internet hasil dari tulisan blogger-blogger ni, aku terasa seperti hendak ke sana.

Semua urusan book hotel dan sebagainya aku buat secara online. Aku contact direct dengan chalet di Kampung Salang, Tioman iaitu Salang Beach Resort.

Sebenarnya, hasil dari carian aku di internet sememangnya banyak resort dan chalet yang ada di kampung Salang ni. Entah macam mana aku boleh tertarik dengan resort ini. Mungkin rezeki resort ni. Cuma nak bagi tau resort yang aku duduk ni agak jauh sedikit dari jeti. Kena jalan lebih kurang 100-200 meter juga kalau tak silap. Tapi semua itu tiada masalah. Pemandangan di sini semua indah-indah so tak terasa sangat jauhnya..Bila dah sampai sini baru tau resort ni jauh dari jeti..huhuhuh..


Aku gerak dari Melaka pagi sebelum subuh, aku singgah Gemas amik mak aku. Lepas sarapan terus gerak ke Mersing sehari awal. Sengaja untuk gerak awal sebab nak jalan-jalan mersing juga.

Aku duduk di salah sebuah homestay di Mersing. Kebetulan owner homestay tu ada bela arnab, bukan main suka lagi anak-anak aku main dengan arnab dan bagi arnab tu makan. Rasanya ini pertama kali anak aku pegang arnab. Arnab ni dah la jinak, lagi la anak-anak aku suka main dengan arnab ni.


Bercuti di Pulau Tioman
anak aku main dengan arnab

Petang di sini aku jalan-jalan sekitar Mersing, aku ke Pantai Air Papan dan sekitarnya..Last-last dah nak maghrib aku patah semula ke pekan Mersing  cari masjid. Owner tu kata pergi masjid Mersing. Masjid tu atas bukit dan cantik. Dari atas sana boleh nampak pulau-pulau sekitar mersing. So aku pergilah ke masjid itu.


Bercuti di Pulau Tioman
pemandangan dari masjid


Lepas solat maghrib dan jamak solat aku bersiap-siap mencari tempat makan malam. Malam tu tido esok pagi-pagi aku kena gerak ke Jeti.

Yang menariknya pasal jeti hendak ke Pualu Tioman ni jadual perjalanan akan dikeluarkan setiap minggu. So aku dimaklumkan kena ke Jeti awal pukul 10 pagi. Kenapa setiap minggu jadual berubah? Sebab ianya bergantung kepada keadaan air pasang dan surut. 

Macam aku pernah pergi ke Pulau Perhentian, setiap sejam ada bot ke pulau. Tetapi tidak untuk ke Pulau Tioman ini, kerana ia bergantung kepada air pasang dan surut. Bila air pasang baru feri boleh berlabuh ke jetilah kot. Perjalan menaiki feri besar tu. Alaaa feri macam nak ke Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor tu. Gambar feri tak de. Tak sempat nak snap.

Sampai di jeti jangan bimbang pasal parking. Parking awam ada yang di usahakan oleh pihak majlis perbandaran Mersing. Caj parking seperti dibawah:
Bercuti di Pulau Tioman
caj parking kereta



Lepas parking, aku terus ke jeti. Urusan tiket feri semua dah siap aku hanya perlu ke kaunter egen sahaja untuk mendapatkan tiket. Resort sebelum ni memang telah deal dengan kuanter ferilah kot.

Tunggu sehingga feri datang.


Bercuti di Pulau Tioman
menunggu di jeti


Setelah beberapa ketika di atas feri kami mula sampai ke Pulau Tioman. Waktu ni, mata aku terpaku melihat keindahan Pulau Tioman. Serius sangat cantik dan indah. Air lautnya sangat jernih. Dari jauh kelihatan membiru dan hijau. Feri ni singgah di banyak tempat. Tapi mula-mula dia berhenti di Kg Tekek. Ini aku ingat.


Kalau kita nak lihat peta keseluruhan Pulau Tioman boleh tengok gambar seperti di bawah:
sumber gambar: https://tinyurl.com/y27prkam

Aku yang akan turun di jeti Kampung Salang ni adalah perhentian yang terakhir sekali. huhuhuhu. Akhirnya kami sampai juga di Salang Beach Resort.



Bercuti di Pulau Tioman
inilah tempat menginap kami

Bercuti di Pulau Tioman
pemandangan di Salang Beach Resort



Bercuti di Pulau Tioman
pemandangan di Salang Beach Resort

Bercuti di Pulau Tioman
pemandangan di Salang Beach Resort

Bercuti di Pulau Tioman
Ni tempat aku sarapan pagi ni.

Bercuti di Pulau Tioman
tempat aku lepak petang-petang tido atas buaian


Kami ambil bilik yang paling murah sekali. Hahaha.. Kipas je.. Wife tak tahan sejuk. Lagi pun kita datang untuk jalan-jalan. Tak duduk bilik pun. Padat juga aktiviti aku 3 hari 2 malam di sini sebenarnya.

Pasal makanan tak perlu risau, di resort ini juga ada pakej makanan kalau kita nak ambil, kalau tidak mahu pun tidak mengapa ada banyak kedai di sini jual makanan dan minuman dari pagi hingga ke malam. 

Aku tak ambil pakej yang ada makanan pun. So sepanjang berada di sini aku bebas memilih makanan dan kedai makan yang aku hendak pergi.

Sampai resort aku letak beg solat jamak semua lepas tu terus terjun semula ke laut. Yang tak bestnya kalau stay resort ini kita kena jalan jauh untuk ke tepi laut yang boleh mandi. Depan resort aku ni pun laut. Tapi tidak sesuai untuk mandi kerana keadaan laut di sini berbatu seperti dalam gambar dibawah:


Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman


Ok sekarang dah penat nak cerita. Jadi kau bagi gambar sahaja untuk tatapan semua. Gambar ni aku ambil di sekitar Kampung Salang yang terdiri daripada pelbagai resort. 


Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman
ha kat depan kedai ni pagi-pagi ada jual sarapan. Aku beli bungkus bawa balik ke bilik

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman
balai polis Kg Salang


Keesokannya kami ambil pakej keliling pulau dengan kak rose. Aku kenal kak rose ni semalam. Ramah orangnya. Kenal masa kat jeti. Lepas berbincang dan membuat perbandingan harga aku rasa pakej dia tawarkan paling murah untuk island tour ni. Kami akan keliling pulang. Serius best. Untuk keliling pulau kami dibekalkan juga equipment untuk snorkeling.

Kak rose juga adalah salah seorang pengusaha resort disini rupanya..

Untuk island tour ni ia terdiri daripada sesi snorkeling di pelbagai check point seperti teluk dalam, tepi-tepi pantai setiap kampung pun kita boleh snorkeling, ada tempat-tempat spot yang mereka akan bawa, dan tidak lupa juga di marin park. Lepas tu ada singgah di air terjun dan jalan-jalan kawasan kampung untuk membeli barang duty free di kg tekek. 

Pendek kata semua kampung la kita akan singgah. Memang puas hati amik pakej island tour ni. Sepanjang masa kita akan bawa je life jacket dan equipment tu ke mana-mana. Korang jangan risau. Orang tak pandang pelik pun. 

Aku bagi gambar je la. Nah jom kita sama-sama saksikan:


Bercuti di Pulau Tioman
bila kita snorkeling guna fin ni, ia sangat membantu. senang je nak berenang

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman



Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman


Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman
kg tekek

Bercuti di Pulau Tioman
kg tekek

Bercuti di Pulau Tioman
kg tekek

Bercuti di Pulau Tioman

Bercuti di Pulau Tioman
Tunku Abdul Rahman Marin Park

Pendapat aku Pulau Tioman menang cantik. Ikan cantik-cantik, coral pun cantik. Rugi sesiapa yang tidak datang ke sini. Kepada pencinta snorkeling jangan lepaskan peluang untuk meneroka keindahan Pulau Tioman.

Lepas puas keliling pulau, petang aku sambung lagi snorkeling dengan anak di tepi pantai sebelah jeti. Kat situ pun banyak ikan. Tadi masa keliling pulau sewaktu snorkeling aku sorang je yang snorkeling, anak, wife dan mak aku stay di atas bot. Sebaik mereka semua tak mabuk laut. Tak pening dan tak muntah pon. Hebat mereka semua.

Entry ni kalau anak no 3 aku baca mesti dia akan tanya, "mana gambar adik?'..hahahaha.. Sebenarnya adik dalam perut. Baru 2 bulan. Sewaktu book nak ke Pulau Tioman ni masa tu belum tau tau lagi akan kewujudan adik ya..So kira adik pun dah sampai Pulau Tioman walaupun waktu tu dalam perut ibu.

Pepun, pengalaman yang mengujakan. Tioman kami pasti akan datang lagi nanti. Tunggu kami datang ya..

Esoknya kami check out.

Sekian, sekadar berkongsi.Babai

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget