Pages

Sunday, 8 May 2016

Budaya berniaga: Mat Salleh vs Orang Melayu


Artikel ini saya tulis sekadar pandangan peribadi sahaja. Tiba-tiba dapat idea nak tulis selepas terkenangkan “guru” saya dalam symposium yang pernah
saya hadiri beberapa tahun dahulu.



simposium yang saya hadiri pada tahun 2014

Okey macam ini ceritanya.
Sebelum satu slot seminar berkenaan cara untuk mendapatkan idea perniagaan disampaikan oleh penceramah Matt Allen daripada U.S, beliau ada bertanya dalam kelas tersebut “siapa disini yang ada bisness??”
Hasil daripada survey tersebut adalah, boleh dikatakan kurang daripada 10 orang yang telah ada perniagaan daripada 200++ audien yang ada dalam seminar itu. Nisbah yang rendah tu.
Matt Allen tersenyum dan beliau terus membuat perbandingan dengan pelajar-pejalar di U.S yang beliau ajar. 
Katanya pelajar disana walaupun masih muda, jika ditanya “siapa disini yang telah ada bisness?”. Pelajar tersebut akan bertanya semula kepada Matt Allen. “Which business sir?”. “Perniagaan yang mana satu tuan?”
Beliau menambah lagi, maksudnya pelajar disana bukan sahaja telah ada perniagaan sendiri, malah telah ada perniagaan lebih dari 2- 3 perniagaan yang dijalankan.
Nampak???
Saya bukan nak membanggakan sangat orang U.S. Tapi ada sesuatu yang boleh kita belajar dari cara mereka mendidik dan budaya keusahawan itu diterapkan dari dalam diri para pelajar. Katanya lagi, budaya tersebut dididik dari rumah lagi dan bukannya 100% kepada institusi pendidikan.
Mereka disana masing-masing bersaing untuk menjadi pencipta produk baru dan tidak mengharapkan untuk kerja makan gaji.
Jika dibandingkan dengan kita disini, masih terlalu ramai mak ayah yang masih ragu untuk mendidik anak untuk menjadi usahawan. Mereka lebih selesa berkata “belajar rajin-rajin, nanti boleh dapat kerja yang baik”.
Saya tak mau cerita banyak, nanti ramai yang hentam saya.hehe
Cuma saya nak pesan pada diri saya dan orang lain, sama-sama lah kita fikirkan mengapa boleh jadi pemikiran sebegini.
Renung dan fikir-fikirkan lah yer.



saya bersama Matt Allen
Saya bersama Heidi Neck

Note:Kedua-dua mereka adalah Professor di Babson College, U.S

Yang best gelaran-gelaran Profesor bagai tu depa tak heran pon. Ada Phd bagai. Panggil depa nama je..itu memang cara mereka.
Saya pula menjadi kekok pertama kali bersemuka dengan mereka. Dah lah sangat ramah. Cara mereka ajar pon lain. Sangat low profile.
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment