Jika anda pernah baca post saya sebelum ini, saya ada menulis berkenaan kebanyakan perniagaan boleh dimulakan dengan kos RM 0.
Kenapa????Anda terkejut??? Relax biar
saya terangkan macam mana caranya. Tapi sebelum itu, kepada anda yang belum baca post sebelum ini berkenaan bagaimana memulakan perniagaan boleh klik sini.
saya terangkan macam mana caranya. Tapi sebelum itu, kepada anda yang belum baca post sebelum ini berkenaan bagaimana memulakan perniagaan boleh klik sini.
Baiklah, mari saya mulakan perkongsian saya. Ini adalah apa yang saya buat untukperniagaan saya. Biasanya perniagaan yang berbentuk “trading” amat mudah untuk kita menjalankan perniagaan tanpa modal ini.
Apa itu perniagaan “trading”?? Takpe..nanti ingatkan saya untuk memberi penjelasan berkenaan apa itu “trading”. Tunggu ye. Berbalik kepada “rahsia” yang nak saya dedahkan ni. (untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan).
Salah satu cara adalah dengan meminta deposit daripada pelanggan. Sebenarnya ada banyak cara. Tapi saya nak jelaskan satu cara ini terlebih dahulu. Yer, membuat perniagaan dengan menggunakan deposit pelanggan.
Katakanlah pembeli ingin berurusan dengan anda..Saya ambil contoh saya sebagai pembuat t-shirt ye. Pelanggan yang ingin menempah baju dengan kami perlu membayar 50% bayaran. Jadi dengan deposit bayaran itulah yang kami akan gunakan untuk membayar pembekal saya. Ada pelbagai kos yang perlu kita bayar kepada pembekal. Biasanya pembekal juga meminta kita meletakkan 50% deposit.
Biasanya kita kena bijak merancang. Pastikan deposit yang diminta dari pelanggan kita BOLEH menampung deposit yang perlu kita bayar pada pembekal.
Selepas produk siap. Kita kena bayar full pula kepada pembekal. Jadi macam mana saya buat???Haaaaa..disini skill lain pula yang kita perlukan. “Negotiation Skill” diperlukan untuk meyakinkan pembekal yang kita minta tangguh untuk membayar bayaran tersebut. Biasanya kalau kita sudah biasa berurusan dengan pembekal yang sama, kita boleh bincang punya.
Jadi apa tunggu lagi. Selepas barang siap. Kita terus hantar barang tersebut dan dapatkan bayaran penuh dari pelanggan tersebut sebelum kita membuat bayaran penuh pula kepada pembekal kita.
Perniagaan tanpa modal ini juga ada kaitan dengan cara kita berunding dan menguruskan “credit term” yang di tetapkan oleh sesetengah pembekal perniagaan kita. Insyaallah ada masa saya akan tulis juga berkenaan “credit term” ini.
Akhir kata ingat formula saya cipta sendiri ni.
Deposit Pelanggan + Kemahiran berunding = Keuntungan syarikat
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka
No comments:
Post a Comment