Pages

Monday, 27 June 2016

Berapa lama ingin menjawab pertanyaan pelanggan?

Tak kira apa sahaja perniagaan yang kita lakukan,pertanyaan pelanggan harus dijawab dalam masa kurang 5minit .Ia akan membuatkan pelanggan seronok untuk berurusan dengan
syarikat kita.Ia menunjukkan syarikat kita komited terhadap produk/servis yang ditawarkan.
Tak percaya?ok cuba jawab pertanyaan pelanggan anda lebih 1jam.Nanti pasti pelanggan kita telah suam-suam kuku untuk berurusan dengan kita kerana sekarang telah banyak persaingan.Pelanggan akan beralih kepada syarikat yang pantas memberi feedback.
Dari pengalaman sendiri.Zaman era teknologi ini perniagaan perlu seiring dengan zamannya.

Tidak perlu pergi jauh. Saya bagi contoh situasi saya sebagai pembeli online. Andaikan saya ingin membeli ubat kurus.
Apabila saya ingin membeli ubat kurus, pertamanya adalah saya akan survey. Saya akan servey semua penjual yang menjual ubat kurus yang ada dalam pasaran. Dalam proses survey ini saya akan hantar email/sms/whatsapp semua penjual tersebut.
Jadi, mana-mana penjual yang membuat respon pantas dia lah yang akan menjadi keutamaan saya untuk berurusan.
Perkara kedua baru saya akan fikir soal harga atau benefit produk.
Ini cara saya apabila ingin membeli. Sebab tu bila saya sebagai penjual pula, saya akan memberi respon pantas, sepantas yang boleh supaya pelanggan akan memilih saya sebagai “keutamaan” mereka.



No comments:

Post a Comment