Pages

Friday, 15 July 2016

Aidilfitri: Antara ziarah dan duit raya.



Pernah tak tetamu kanak-kanak datang kerumah??Dia bagi salam, katanya nak raya. Tak kenal mereka pon. Mungkin dari kampung sebelah atau taman sebelah. Sebab tu tak familiar.

"Assalammualaikum...Ciiiikkkk, kami datang
nak raya"

Pada masa yang sama kita pula baru balik dari kerja, tengah penat. Atau pun mungkin ada masalah-masalah lain seperti kuih tak ready atau rumah tak ready bersepah sana sini.

Maka tuan rumah pon mencipta alasan untuk tidak mengundang masuk ke rumah. Tapi tuan rumah offer duit raya.

Tuan rumah tanya, "adik-adik ni nak makan kuih ke, nak duit raya".

Lantas, tetamu kanak-kanak itu menjawab serentak. "Kami nak duit raya". Maka tuan rumah beri la duit raya.

Dalam hati tuan rumah "huh!!lega." Manakala anak-anak tersebut pula melonjak riang dapat duit raya tanpa perlu masuk ke rumah.

Bayangkan jika kanak-kanak ini pergi 100 rumah dalam sebulan, tapi separuh atau mungkin lebih tuan rumah menggunakan cara yang disebutkan seperti diatas.

Apa yang penulis kuatir adalah jika terlalu kerap dan terlalu ramai yang berbuat sedemikian,maka lambat laun kanak-kanak zaman sekarang akan hilang rasa feeling dan penghayatan sebenar Aidilfitri terutamanya bab ziarah menziarahi ni.

Akan terpasak dalam minda mereka,asal tiba sahaja Aidilfitri maka, masa ni kanak-kanak boleh pergi rumah ke rumah untuk meminta duit raya..

Banyak faktor terjadinya perkara ini. Mungkin masyarakat sekarang terlaku sibuk, suami isteri bekerja dan lain-lain lagi. Berbeza dengan masyarakat dulu di kampung. Kerja sendiri, sawah padi, menoreh getah, petang sudah ada dirumah dan boleh je nak layan tetamu.

Bayangkanlah zaman sekarang, orang dewasa dan sahabat handai kalau nak beraya pon bukan boleh main terjah seperti zaman dahulu. Semua kena minta izin dulu sebelum nak datang.

Harapan saya, agar kita semua termasuklah penulis sendiri pertahankan budaya ziarah itu sendiri. Kembali kepada cara kita dulu-dulu, ikut seperti Islam sarankan. Tidak kira siapa datang, jemput masuk, jamu apa sahaja makanan yang ada dan berbualkan dengan tetamu tersebut.



=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com


Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment