Mencari dan meyakinkan pelanggan untuk berurusan dengan syarikat kita buat pertama kalinya adalah sesuatu yang amat mencabar bagi usahawan baru.
Ini kerana kebanyakan pelanggan tidak yakin dengan servis syarikat kita dan syarikat kita pula tidak mempunyai apa-apa bukti atau testimoni yang boleh diberikan kepada bakal pelanggan yang ingin berurusan dengan kita.
Pada awalnya syarikat (T-shirt Printing) saya juga menghadapi masalah tersebut. Seingat saya boleh dikatakan lebih dari 15 orang bertanya berkenaan servis kami dan seorang pon masih belum berminat untuk berurusan dengan syarikat kami..
Usahawan baru perlu bersabar, teruskan berusaha untuk mencari dan terus mencari serta merangka strategi dalam mendapatkan pelanggan pertama.
Masih segar dalam ingatan saya, pelanggan pertama kami adalah dari kakitangan Kolej Komuniti Merlimau, Melaka. Pada masa tu mungkin Allah hendak memberi rezki kepada kami. Senang je rasa membuat deal tu. Pelanggan pada masa tu hendak buat baju tshirt untuk kegunaan majlis Family Day mereka. Masa tu proses tawar menawar dan perbincangan pun hanya di buat di Food Court Tecco je. Bila dikenang kembali, kelakar pun ada.
Sebenarnya selain dari kuasa Allah, kita sebagai usahawan pun kena membuat persediaan yang baik dan siapkan segala hujah-hujah yang bernas bagi menarik hati pelanggan menggunakan kita buat kali pertama..Seperti saya, customer pertama kali deal semua dah ready, contoh hasil printing, pelbagai material kain, katalog dan ayat-ayat manis.
Insyaallah…Pertama kali berjumpa bakal pelanggan memang agak kekok sedikit. Tetapi bila dah kerap sangat jumpa, tidak akan ada masalah lagi. Kita akan lebih tenang dan nampak profesional.
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka
No comments:
Post a Comment