Pages

Tuesday, 26 July 2016

Perniagaan Trading VS Perniagaan Operasi



Ada yang bertanya dan masih ragu-ragu untuk memulakan perniagaan dengan mudah sama ada membuat perniagaan secara trading atau perniagaan secara 
sendiri.

Sebelum itu adalah lebih baik kita memahami terlebih dahulu apa itu perniagaan trading dan apa perniagaan yang terlibat dengan "production" sendiri.


Apa itu perniagaan trading??Perniagaan trading adalah dimana kita menjalankan perniagaan yang mengambil untung atas produk yang telah siap dan produk yang kita jual tersebut pula kita ambil dari orang lain atau syarikat lain.


Sebagai contoh kita menjual kerusi meja, kereta, laptop. Boleh juga ditafsirkan sebagai perniagaan yang kita buat dengan menjadi ejen pemasar kepada produk orang lain. Perniagaan jenis ini mudah untuk dilaksanakan kerana kita tidak perlu  memikirkan hal-hal lain dalam memajukan perniagaan kita.


Apa pula perniagaan yang berasaskan "production" sendiri??

Ok. Perniagaan jenis ini pula adalah kita menjalankan perniagaan dengan membuat operasi atau produk sendiri daripada A - Z. Bagi yang baru hendak memulakan perniagaan mungkin akan ada masalah untuk membuat perniagaan jenis ini. Kerana ia sedikit rumit bagi yang baru nak mula dan tiada ilmu.

Untuk lebih faham, mari kita lihat contoh kisah dibawah:


======


Kisah 1. (Perniagaan Trading)

=====
Ahmad menjalankan perniagaan menjual nasi lemak. Nasi lemak diambil daripada jiran sebelah rumahnya dan Ahmad membayar nasi lemak tersebut dengan harga RM1.00 

Kemudian Ahmad menjual semula dan meletak nasi lemak tersebut di sekolah-sekolah sekitar rumahnya. Nasi lemak tersebut dijual pada harga RM1.50.


Pada petang hari, Ahmad pergi semula kesekolah dimana beliau meletakkan nasi lemak tadi untuk mengutip hasil jualan nasi lemak.


Kisah 2 (Perniagaan Production sendiri)

======
Ali menjual nasi lemak. Ali bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari untuk membuat persediaan menjual nasi lemak. Ali memasak nasi lemak sendiri kerana dia yakin yang nasi lemaknya sangat sedap.

Pada pukul 7 pagi beliau telah berada di tepi jalan kawasan kampungnya untuk menjual nasi lemak. Beliau menjual daripada pukul 7 pagi hingga lah pukul 12 tengah hari bergantung pada keadaan. Jika habis awal, beliau akan pulang awal kerumah.


Ali menjual nasi lemak tersebut pada harga RM1.


=======


Daripada kisah diatas kita dapati ada dua cara sebenarnya untuk memulakan perniagan. Sukar untuk saya katakan yang masa satu paling terbaik. Ia bergantung kepada banyak faktor sebenarnya. Bergantung juga pada minat individu.


Ada orang malas nak fikir hal-hal keseluruhan perniagaan yang mereka ingin lakukan. Maka mereka sesuai memilih perniagaan trading.


Ada orang suka dan seronok untuk membuat perniagaan dari awal hasil tangan dengan membuat operasi pengeluaran sendiri.


Tepuk dada, tanyalah selera anda. Masing-masing ada pro & cons nya. Ada masa saya akan huraikan pula apa pro & cons antara kedua cara ini.





=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment