Pages

Wednesday, 13 July 2016

Raya atau merana?



Pejam celik sudah hampir seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri. Rata-rata sudah kembali memulakan rutin biasa setiap hari - bekerja. 
Lumrah bila kembali naik cuti selepas sekian lama 'bersenang lenang', mood untuk
bekerja perlu dicari semula.

Tapi sebenarnya yang paling parah adalah poket. Ya, poket agak kering selepas banyak berbelanja untuk persiapan Hari Raya.

Kalau ada yang tak kering poket, itu maknanya menipu pada diri sendiri atau anda sememangnya dilahirkan kaya raya. Banyak yang dibelanjakan untuk membeli baju raya baru, padahal untuk golongan lelaki contohnya, baju melayu mungkin hanya dipakai pada solat Hari Raya Aidilfitri di pagi 1 Syawal saja.

Untuk golongan wanita dan 'persatuan ibu-ibu', karpet, sofa atau apa saja yang berkaitan hiasan dalaman rumah menjadi satu kemestian untuk ditukar dengan alasan - "malulah kalau orang datang rumah tak ada benda baru."

Paling ekstrem, menukar kereta baru. Mungkin ia satu keperluan juga kerana kereta sedia ada sudah agak lama dan tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Tapi kalau tujuannya sekadar untuk melaram ketika berkunjung ke rumah sanak saudara, maka tepuk dada tanya selera.

Dan percayalah, rutin ini akan berlaku setiap tahun sepanjang menyambut Hari Raya. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah mentaliti boros berbelanja untuk sambutan Aidilfitri - termasuklah saya.

Namun untuk mengubah mentaliti seseorang manusia itu agak sukar kerana ia adalah lumrah manusia. Langkah berjimat mungkin akan menyaksikan poket anda 'tebal' sedikit selepas Hari Raya. Jom cuba sama-sama pada tahun depan.

Oh, ini nukilan pertama saya dan InshaAllah berterusan selepas ini untuk manfaat bersama.




2 comments: