Pages
▼
Saturday, 22 October 2016
Sebelum aku bergelar Pensyarah
Artikel ini saya tulis setelah mendapat ilham dari posting rakan FB saya yang menaikkan status berkenaan sesetengah pihak yang suka membuat kenyaataan seperti:
"Alaaa..untung la, gaji ko besar"
"Ko boleh la..Kerja senang..mengajar je"
Dan lain-lain lagi
yang kadang-kadang boleh menyakitkan hati kita kalau dengar..Sebaik saya ni jenis malas nak layan.
Jadi saya nak cerita sedikit latar belakang saya sebelum bergelar pensyarah kolej.
Buka minda, buka mata hati untuk membaca artikel saya yang panjang lebar ni. Mungkin ia boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anda diluar sana. Bukan saya terus lahir je jadi pensyarah.. Ada zaman susah sebelum ini yang saya terpaksa tempuhi yang ramai orang tak tahu.
Ok begini ceritanya:
Saya orang FELDA, boleh dikatakan agak susah sejak zaman tingkatan 4 lagi saya telah mula mencari pendapatan sendiri iaitu menoreh getah pada waktu petang demi mencari dan menampung perbelanjaan yang mencabar..Saya tidak mahu mengharapkan ibu ayah sahaja..
Pada umur 17 tahun, saya diuji dengan pemergian ayah yang saya cintai untuk selama-lamanya..Sebelum arwah ayah meninggal dunia, dia sempat berpesan untuk saya belajar sungguh-sungguh hingga ke menara gading
Lepas SPM saya pergi kerja di Muar. Kerja kilang di kilang perabot. 2 jam perjalanan menaiki van kilang. Keluar rumah subuh, balik malam. Itulah rutin saya setiap hari. Di kilang kerjanya bukan mudah. Maklumlah kerja kilang. Buruh kasar plak tu. Macam-macam kerja saya terpaksa buat di kilang tu. Sementara nak tunggu sambung belajar, dua tiga kilang juga saya kerja di Muar tu. Allah sahaja yang tahu perasaan saya waktu disana.
Tapi kesemuanya adalah kilang perabot yang saya kerja. Boleh bayangkan kerja di kilang perabot, habuknya sangat halus dan menyesakkan dada. Waktu kerja memang saya kena sentiasa pakai topeng tutup hidung tu. Mata pon selalu pedih kerana habuk masuk mata.
Ada juga waktunya aku akan ke tapak pelupusan sampah untuk membuang bahan-bahan buangan perabot dari kilang. So saya ada juga la pengalaman masuk ke tapak pelupusan sampah. Bau dia? perghh..Jangan di tanya. Hari-hari saya masuk ke tapak pelupusan waktu kerja di Muar ni dulu.
Saya juga pernah kerja kilang playwood di Gemencheh sebelum dapat sambung belajar lagi. Macam-macam pengalaman yang saya dapat waktu kerja kilang sebelum sambung belajar. Antaranya saya tahu proses playwood dibuat, macam mana perabut seperti kerusi, meja, almari, pelupusan sisa dibuat dan lain-lain lagi.
Kilang ini pon sama. Habuk dia jangan cakap. Sesak dada dan memedihkan mata. Tapi demi mencari sesuap nasi, apa lah sangat habuk-habuk tu.
Selepas beberapa bulan kerja kilang di Gemencheh tu, saya dapat sambung belajar di tingkatan 6.
Ya, tingkatan 6 jer.. Waktu tu orang tengok tingkatan 6 ni biasa-biasa je kalau nak bandingkan dengan tempat lain.
Sedih memang la sedih, sebab ada rakan lain yang terus dapat belajar masuk universiti. Tapi pesan cikgu tingkatan 6 saya, teruskan belajar. Tingkatan 6 pon ok. Sebelah kaki dan masuk "U" katanya. kena belajar rajin-rajin je.
Sewaktu cuti antara semester/cuti sekolah, saya akan mencari ladang-ladang getah di sekitar felda saya untuk bekerja..Yer kerja apa lagi. Menoreh getah la. Sebab masa tu ladang getah arwah ayah saya telah ditebang untuk proses tanaman semula. Pembahagian upah kalau tak silap saya adalah 60% 40%. Harga getah waktu itu RM 1.00. Jadi saya dapat RM 0.60, RM 0.40 tuan tanah ambil. Harga untuk satu 1kg getah skrap. Sehari tak banyak pon dapat kekadang RM10-RM20..Tapi cukup la nak tampung hidup ini. Tak de saving pon. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Selepas tamat belajar tingkatan 6 dapat sijil STPM saya menunggu untuk masuk universiti. Waktu itu saya kerja di padang golf sebagai tukang potong rumput pula.
Yer, kerja di tengah panas matahari yang sangat terik. Gaji waktu itu RM500 kalau tak silap. Kerja masuk pukul 8pg - 5 ptg. Hari-hari saya berjemur tengah panas matahari. Anda boleh bayangkan, saya kerja dengan menggalas mesin rumput beratnya 10kg+-. Kerja panas dari 8pg-5ptg non-stop. Rehat hanya sejam sahaja waktu tengah hari pukul 1-2 petang. Selebihnya rehat sekejap waktu top up minyak mesin rumput..Perhhh memang tragis dan syahdu. Sebab tu saya faham sangat perasaan abang Bangla yang kerja potong rumput di tepi-tepi highway tu.
OK, selepas itu saya kerja kilang di Nilai pula. Ok sikit la. Kerja dalam aircond. Berbekalkan sijil STPM yang agak baik saya dapat tawaran sebagai Quality Spindler Control SQC. Gaji RM750. Kerja shift 12 jam..haa..amik kau..semua saya dah rasa..Kerja kilang benang di sini pon bukan la senang. Kerja saya kena ronda satu kilang nak kena periksa slinder yang berputar tu. Besar kilang tu boleh saya katakan +- 3 kali ganda padang bola ada 3 tingkat Bayangkan lah..Nak meronda jalan kaki dari line ke line. Hari pertama kerja memang kejang kaki beb.
Akhirnya tahun 2002 alhamdulillah saya dapat tawaran belajar di Universiti Utara Malaysia. Rasa syukur sangat. Terus saya letak jawatan di kilang tersebut.
Semasa di universiti pon bukan saya duduk belajar sahaja. Saya kerja di kedai gambar, jual nasi lemak dari bilik ke bilik, jaga booth sana sini dan lain-lain sebab nak cari duit untuk menampung belanja harian saya. Asal mendatangkan duit..saya kerja je.
Waktu cuti semester saya akan kerja macam-macam. Pernah kerja di Ipoh. Edar flyers dari rumah ke rumah dari pagi sampai petang. Menggelegak kepala otak saya waktu tu. Kerja sehari sahaja saya serik. Berenti terus waktu petang tu setelah dapat upah harian.
Ada juga saya balik felda untuk menoreh getah. Saya rasa lebih selesa untuk menoreh getah sahaja.
Saya bernasib baik waktu saya belajar di universiti dulu abang saya banyak juga membantu dari segi kewangan, makcik-makcik juga ada sikit-sikit hulurkan duit belanja. Moga Allah merahmati semua orang yang telah membantu saya. Aminnnn
Selepas tamat belajar di universiti, saya tak terus kerja yang best-best. Kerja pertama saya sambung kontrak kerja di syarikat consultant di mana saya buat prakrikal dahulu..Gaji beratus je..
Selepas itu saya tolong kawan saya setup kedai dobi dia. Gaji saya waktu itu RM500. Cukuplah. Asalkan dapat pengalaman. Edar flyers kena kejar anjing. Waktu kerja pon panjang 12 jam. 10pagi-10malam.
Kemudian rezki saya kerja dengan Bank. Alaaa kerja promote kad kredit je. Ofis di Bangsar. Banyak pengalaman saya belajar terutamanya nak berhadapan dengan pelanggan. Di sini pon saya kerja pagi, balik malam. Gaji??ok la. Alhamdulillah..RM1600 basic.
Seterusnya kerja dengan syarikat penyedia kewangan di Jalan Raja Chulan. Kerja pon sama penatnya juga. Masuk pukul 9 pagi, balik 9 malam. Sabtu Ahad pon kerja sebab nak cari duit lebih sebab syarikat ini bayar saya RM1000 sahaja. Kerja sebagai debt collector. Kerja sini best sebab banyak pengalaman saya dapat.
Selepas setahun lebih kerja disana dapat tawaran kerja di Bank lagi. Bank lain.
Juga sebagai debt collector. Beza dia, saya kena buat kerja sebagai debt collector dari A-Z. Pernah juga saya hampir-hampir kena tumbuk dengan pelanggan yang samseng. Dah pinjam dengan bank dan tak bayar lebih dari 6 bulan. Lepas tu nak tumbuk saya pula..Korang rasa macam mana?? Adoii...
Selepas 3-4 tahun grad dari Universiti, alhamdulillah rezki dapat kerja lain.
Last kerjaya saya adalah pensyarah di salah satu kolej agensi kerajaan. Alhamdulillah..inilah kerja saya sejak 8 tahun lepas. Masa masuk kerja sebagai pensyarah ni ada juga orang kata.."alaaa..untung la kerja senang"
Saya hanya mampu tersenyum..satu-satu pengalaman dan kesusahan saya terlintas dalam kepala otak saya yang orang tadi tu tidak tahu. Yang dia tahu cakap saya ni senang. Hmmmmm..
Kesimpulan:
1)Bersyukur dengan apa yang kita ada
2)Jangan melabel orang itu senang atau tidak. Sebab mungkin dia dan Allah sahaja tahu kisah sebelum dia berjaya.
3)Hormatilah kerjaya orang lain.
4)Sebenarnya apa pon kerja kita tak kisah sebenarnya asalkan ia halal dan berkat.
5)Apa yang kita dapat hari ini sebenarnya adalah hasil dari kurniaan Allah melalui usaha kita sebelum-sebelum ini. Jadi bertindaklah untuk yang terbaik mulai SEKARANG
Moga bermanfaat.
Salam admin..saya dah baca artikel ni sampai habis..cerita sepatutnya menarik, tapi gaya penyampaian perlu dipertingkatkan lagi..supaya pembaca akan lebih tertarik untuk mengetahui kisah selanjutnya..kipidap!!
ReplyDeleteTerima kasih tuan kerana sudi menyinggah di blog saya ini..insyaalah saya akan cuba memperbaiki lagi hasil penulisan saya..
DeleteSama-sama kasih..semoga tuan lebih berjaya di masa hadapan..
Deleteimpressing n motivate
ReplyDeletethanks
Deletethanks bro atas blog yg ada pengisian
ReplyDeleteterima kasih singgah blog saya. moga kita sama-sama mendapat manfaat.
Delete