Artikel ini ditulis kerana terdetik pada diri sendiri yang membuat pelbagai andaian terhadap Iphone sedangkan saya sendiri tidak pernah menggunakan Iphone. Saya pengguna Android sejak 2009 lagi.
Sehinggalah pada May 2016 saya membeli
Iphone 2nd hand kepada trusted seller ini. Boleh beli secara onlie atau beli face to face dengan seller. Boleh PM saya jika ingin tahu seller tersebut.
Artikel lain berkenaan android vs ios boleh KLIK SINI
Okey, mari kita teruskan perbincangan...Berikut saya nyatakan beberapa pemikiran SALAH yang ada pada mereka yang tidak pernah menggunakan iPhone. (Berdasarkan pemikiran sendiri sebelum ini).
1) Susah la, iphone ada satu button je. tak macam android, senang nak tekan "back".
Ini yang saya salah faham sebelum ini. Saya beranggapan kononnya Iphone tiada button back. Nanti bertambah susah nak guna. Sebenarnya tidak. Iphone juga ada button back. Lihat gambar dibawah. Sebenarnya pada pandangan saya ianya adalah lebih mudah dan mesra pengguna..:
Button back pada Safari. Lihat pada anak panah berwarna merah. Ini kalau kita buka link dari whatsapp. |
Button back pada whatsapp. Lihat pada bulatan merah |
Button back pada Mesej. Lihat pada bulatan merah |
Button back pada Safari. Lihat pada bulatan berwarna merah. |
Siapa suruh beri yang baru..Kalau beri baru memang lah mahal. Macam saya beli yang second hand Iphone 5 64gb RM750 dan Iphone 5s 32gb RM1030. Kita ni kalau nak beli ikut la pada tujuan dan penggunaan kita.
Saya ni bukannya jenis nak ikut tren terkini ke apa..Walaupun setakat artikel ini ditulis, Iphone 7 telah berada dipasaran. Saya tidak heran..Sebab dengan iphone 5 dan 5s yang saya ada ini pon dah terbaik.
Cuba anda bayangkan saya beli iphone ni sehingga sekarang tidak pernah "hang". Kalau kita semak dalam web rasmi apple, kedua-dua handphone saya ini dikilangkan sekitar tahun 2011-2013. Sekarang dah tahun 2016..Tapi condition masih 110% terbaik..Tip top. Tak ke gila punya Apple ni.hehehe..
Kalau dulu beli Android baru guna 6 bulan dah ada bait-bait nak "hang"..Hmmm Sabar je lah.
3) Kalau guna iphone..nanti semua apps kita kena bayar..Leceh la..Tak best macam android..Semua apps boleh dapat FREE
Ha...ini pon satu hal...Siapa cakap kena bayar..Banyak je apps yang free. Sebenarnya ia bergantung pada cara penggunaan kita la. Macam saya setakat nak whatsapp, FB, IG, Maybank, CIMB, Outlook, Google translate, photor editor,Skype, Twitter....eh banyak lagi la sebenarnya kita boleh dapat FREE..
Untuk makluman saya bukan kaki game atau kaki lagu..Sebab tu tak heran sangat dengan apps yang bukan-bukan tu. Cukup la dengan apa yang ada dan asalkan Handphone tak "hang".
Tak percaya tengok gambar dibawah apps yang saya ada. Semua FREE. Siapa kata kena bayar??
4) Arghhh tak best la Iphone, Bateri cepat habis.
Mana boleh kita buat perbandingan antara Durian dengn Strawberry..Mereka bukan dalam kelas yang sama. Kan???
Begitu juga dengan handphone..Iphone 5s kapasiti bateri 1560 mAh dan Iphone 5 kapasiti adalah 1440 mAh. Kalau nak buat perbandingan kena lah buat perbandingan yang sama saiz kapasiti kan? Betul tak?
Pandangan saya setelah guna iphone ini, bateri dia tak la cepat abis pun, ikut penggunaan la. Kalau online non-stop FB dan IG, layari internet 4-5 jam, memang lah boleh abis cepat. Tapi kalau pengguna yang biasa-biasa bateri 100% pukul 7 pagi, pukul 6 petang masih tinggal 10% bateri. Ok la tu kan? Tengok la juga kapasiti bateri dia. Mana boleh banding dengan handphone 4000mah..tak gitu?
Zaman sekarang kan ada power bank. haaa..usung je la power bank ke hulu ke hilir..apa boleh buat..asalkan ia tak pernah "hang".
5) Nak guna iphone kena ada kredit kad.
Siapa cakap. Tanpa kredit kad pon kita boleh guna iphone dan "sign in" dalam apple store lah..Jadi mana-mana apps yang free tu kita boleh je download tanpa ada sebarang masalah.
6) Tak best guna iphone. Kedekut. Boleh share gambar dan lain-lain fail sesama dia(iphone) je..Nak bluetooth pon tak boleh. Susah lah nak transfer gambar nanti.
Ini lah cara iphone nak menjaga device dan ios dia..Virus tak boleh masuk dalam device. INI JAMINAN APPLE. So, tak perlu risau akan virus. Part yang ini memang tak boleh nak tolong. Itu mungkin kelemahan Iphone sebab tak boleh transfer gambar/fail dengan handphone jenama lain. Akan tetapi, Ia adalah KELEBIHAN iphone sebab virus tidak masuk ke iphone. Tak kisah la apa orang nak cakap, "janji iphone tak hang"
Kalau nak transfer gambar boleh je..cucuk je di laptop dan terus lah transfer..Siapa kata tak boleh transfer gambar?? Tengok gambar dibawah iphone yang di sambungkan dengan laptop Acer.
7. Leceh nanti nak kena selalu buang function "multitasking tu"
Ini yang ramai tak tau..Function multitasking tu tak perlu dibuang/clear kan, Sebab ia adalah satu kelebihan bila dibiarkan begitu.
Apple dalam web rasminya menyatakan apabila dibiarkan multitasking tersebut, maka apabila sesuatu apps yang akan dibuka ia akan lebih pantas berfungsi disamping dapat menjimatkan kuasa bateri kerana apps tersebut telah tersimpan dalam memori.
Function multi tasking |
8. Kalau macam tu nanti handphone kita jadi berat la..Banyak apps tidak di clearkan.
Ha..ini lah kelebihan iOS yang tidak dapat ditiru oleh sesiapa lagi. Sewaktu handphone dalam standby mode semua apps akan turut "sleep".Ia tidak akan memberatkan handphone atau boleh menyebabkan bateri kurang..Memang gila lah Apple ni.
Ini terbukti apabila bateri kita tinggal 50% waktu 11 malam..kita tidur..esok pagi kita buka handphone semula pukul 6 pagi, bateri masih tinggal 50%..Tidak bergerak pon..huh! saya makin tak paham akan kecanggihan Iphone dan teknologi yang mereka gunakan.
Akhir kata, ini adalah pandangan peribadi selaku pengguna yang pernah menggunakan android suatu masa dahulu.. Tak kenal iphone, maka tak cinta.
Buka minda muka mata hati untuk terima pandangan saya ini..Tidak perlu pon bersetuju dengan pandangan saya..Sebab setiap manusia memang sentiasa berbeza pendapat.
Sekian.
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka
No comments:
Post a Comment