Jika kita sebut berkenaan pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu, kita sinomin dengan Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Baru-baru ini saya sekeluarga ada melawat Pulau Manukan Sabah.
Untuk makluman sebelum ini tahun 2013 saya telah pon pergi buat kali pertama, Ini adalah kali kedua saya ke Pulau ini
December 2016.
December 2016.
Lawatan pertama kali pada 1 November 2013 |
Lawatan kali kedua pada 11 December 2016 |
Jika kita buat carian di internet pon, lebih banyak blogger-blogger bercerita akan keindahan pulau ini. Jadi kita semua telah sinonim..Sebut je Kota Kinabalu, Sabah akan terdetik untuk melawati Pulau Manukan ini.
Pandangan saya pada kali ke-2 ini agak mengecewakan kerana air dipulau pada waktu lawatan saya ini agak keroh. Ada juga daun-daun dan ranting-ranting kayu dalam air laut disini. Ini adalah kerana beberapa hari sebelum dan malam sebelum saya melawat Manukan ini adalah hujan lebat. Keadaan ini tidak sama sekali sewaktu lawatan saya pada kali pertama dahulu. Lawatan kali pertama airnya sangat jernih dan cantik.
Kepada yang kaki snorkeling mungkin tau lah kenapa keadaan ini berlaku. Memang begitu. Jika hujan, air laut juga akan turut kotor sedikit kalau hari hujan.
Ada daun-daun kering dan ranting kayu macam ini dalam laut sebeb hari sebelumnya hujan |
Air pon tidak lah sejernih kali pertama saya datang pada 2013 lepas |
Sekali lihat airnya seperti air di pantai Port Dickson. Bukan macam dipulau. Macam saya kata tadi ini kerana hari sebelumnya adalah hari hujan. |
Lawatan kali ini saya cuba juga mencari ikan-ikan yang ada disini..Susah nak nampak. Yerlah keadaan air yang tidak berapa nak jernih.
Hendak dijadikan cerita pada malamnya saya keluar makan di Todak Seafood. Kawasan Waterfront tu..Jadi waktu hendak pulang ke homestay penginapan saya menggunakan perkhidmatan UBER. Saya pon borak-borak dengan abang driver uber ni. Nama dia En Julman. Ramah orangnya. Dia ni buat partime sahaja sebagai driver uber ni. Tapi kerja full time dia adalah pemandu pelancong..Dan beliau adalah anak jati Kota Kinabalu dan telah banyak tahun menjadi pemandu pelancong.
Hah! cantik..boleh aku buat luahan perasaan sedikit.
Saya pon katalah tadi pagi saya pergi ke Pulau Manukan. Saya kata tak best sebab airnya agak kotor sedikit dan tak nampak ikan pon.huhuhu..
Jawapan balas En Julman ini telah mengubah pandangan saya tentang Pulau Manukan ini. Yerlah untuk makluman saya mula mengenali Pulau Manukan ini dengan carian internet sahaja.
Katanya.."Pulau Manukan memang kotor sikit, tidak seperti Pulau Sapi, Lain kali abang pergi lah Pulau Sapi..Tadi pagi pon saya baru ke Pulau Sapi hantar pelancong. Cantik airnya. tidak kotor.Walupun malam tadi hujan tetapi airnya tidak terjejas pon ba.."(beliau cakap Sabah..Ini saya tulis ayat standard bahasa Melayu).
Saya tanya: "Mengapa boleh jadi macam itu bang?".
Jawabnya.."Pulau Sapi jauh dari dataran/tanah besar. Bila hujan, air sungai naik dan air sungai akan mengalir ke laut juga..Air sungaikan kotor..bila bercampur dengan air laut, air laut pon akan turut terima kekotoran dari air sungai tadi..Pulau Sapi jauhhhhh ke sana ba..Air kotor tidak sampai ke sana". Tambahnya lagi.
Aku pon..."oooooo. Baru saya tahu.." terus saya google kedudukan pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu ini. Ini lah hasilnya.
Kedudukan Pulau-Pulau sekitar Kota Kinabalu |
Jelaslah dalam rajah diatas, Pulau Sapi nuuunnnn jauh disana. Maka airnya sentiasa cantik dan jernih sebab jauh dari daratan.
Saya ada bertanya kenapa di internet selalu blogger bercerita pasal Pulau Manukan. En Julman kata."Entahlah saya pon tidak pasti, mungkin Pulau ini dekat dan mudah dikunjungi. Ramai juga pelancong kesini..Kemudahan pon lengkap sebab tu kot dia popular". Padahal dia anak jati KK sendiri pon berpandangan Pulau Sapi lagi cantik.
Sebelum ada yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke semua Pulau baik saya cerita awal-awal disini. Sebenarnya kali kedua saya sampai disini dan memilih 1 pulau sahaja adalah sebab nak jimatkan masa. Masa saya terhad. Jadi penat kalau nak buat island hoping dan pergi kesemua pulau-pulau tu..Jadi saya decide la untuk pilih satu pulau sahaja.
Coral di Manukan ni macam mana???
Jujur saya cakap. Jika nak cerita pasal Coral, di Pulau Manukan ni tidak ada apa-apa coral pon. Saya pernah pergi Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Tioman..Perghhhh..disana lagi cantik. Terutamanya perhentian. Warna warni coralnya...Ikan pon macam-macam jenis dan lagi cantik.
Gambar dibawah pula waktu tengah hari. Nak balik dah..Saya lihat air kembali jernih waktu ini jika hendak dibandingkan dengan waktu pagi saya sampai tadi.
Di Jesselton Point |
Sebelum saya mengakhiri tulisan saya ini, saya nak bagi tahu awal-awal, tulisan ini adalah pandangan peribadi saya sebagai penulis dan juga pandangan peribadi En Julman juga. Tidak boleh dijadikan kayu ukur atau diterima 100% benar.
Anda sendiri lah buat keputusan dan pertimbangan sendiri.
Moga bermanfaat.
mmg betul pulau sapi mmg sgt cntk...ada ikan nemo warna warni..dr jauh da nmpak apa yg ada kat dasar laut..sbb tu saikam pernah sugges pulau sapi sbb pernah g sana...
ReplyDeletemmg betul pulau sapi mmg sgt cntk...ada ikan nemo warna warni..dr jauh da nmpak apa yg ada kat dasar laut..sbb tu saikam pernah sugges pulau sapi sbb pernah g sana...
ReplyDeleteItu la pasal bangngah..sebelum-sebelum ni just google je..dapat info dari blog juga..rupanya info berat sebelah..
DeleteTak pe..next time pergi pulau Sapi pula.