Hari ini tidak ada apa nak buat. Anak-anak sejak pagi lagi telah ajak ayah dan ibu dia pergi jalan-jalan. Macam biasa kalau anak ajak kami pergi jalan-jalan, kami akan buntu tak tahu hendak
pergi ke mana.
Jadi, memandangkan kami tidak pernah pergi lagi ke Teluk Ramunia dan Sungai Rengit maka kami bercadang ke sana untuk jalan-jalan melihat tempat orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman..Ehh betul ke pepatah tu? Ha betol la kot.
Sepanjang perjalanan dari Bandar Penawar kami melalui jalan ke Batu Layar, seterusnya meneruskan perjalanan ke Teluk Ramunia. Kami bercadang untuk berhenti rehat, bentang tikar di mana-mana pantai berdekatan. Tapi malangnya tidak nampak tempat yang sesuai untuk kami berkelah sehinggalah kami sampai ke Pekan Teluk Ramunia. Kami meneruskan perjalanan lagi sehingga sampai ke Sungai Rengit. Di Sungai Rengit pun tidak ada tempat yang sesuai untuk kami berkelah.
Pada kami tiada apa yang best sepanjang perjalanan..huhuhu..itu pandangan kami lah..Kawasan Teluk Ramunia kelihatan sedang rancak membangun juga. Keadaan pantai dari Kampung Punggai hingga ke Sungai Rengit ni tak sesuai untuk bermandi manda dan banyak pantai persendirian semak samun dan hutan yang tidak ada jalan access untuk terus ke pantai.
Jadi,
Apa lagi, Kami ubah fikiran untuk berpatah balik. Waktu berpatah balik ni lah kami masuk ke kawasan Kampung Punggai. Maka sini lah kami terjumpa tempat yang sesuai untuk kami berkelah. Rupanya kawasan ini juga ada tapak perkemahan.
So boleh la, layan makan-makan sambil menghirup udara yang nyaman dan ditemani dengan desiran ombak.
Tak banyak gambar yang kami ambil sebab fokus untuk makan je. Perut dah sangat lapar.
OK itu sahaja, bye...
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
No comments:
Post a Comment