Pages

Friday, 4 May 2018

Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih


Salam ceria kepada semua pembaca blog ni. Hari ini berpeluang ke Tanjung Pengelih untuk berkunjung ke KD Sultan Ismail.

Pada lawatan kami sekeluarga kali ini, kami berpeluang masuk ke kapal KD Lekir dan KD Kasturi.


Dari luaran dan kaca mata kami sebagai rakyat biasanya, kelihatan kedua-dua kapal ini macam serupa je. Tak taulah apa
bezanya.


Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Parking jauh sedikit. Ok lah tu. Dapat keluarkan peluh dan boleh kuruskan badan. 


Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Masuk sahaja ke dalam kapal kami disambut mesra oleh krew kapal. Habis satu kapal tu kami ronda, tapi tidak semualah. Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibuka kepada lawatan dan tontonan umum. Hanya kawasan luaran kapal sahaja.

Seingat aku, kali pertama aku masuk kapal TLDM ini adalah pada tahun 2004. Waktu itu aku masih belajar di universiti. Ada program yang dibuat oleh pihak kolej di Kuantan. Waktu itu ada program anak angkat. Tetapi ada slot 2 hari kami bersama TLDM. So, merasalah aku masuk kem TLDM di Kuantan dan merasai sendiri pengalaman menaiki kapal TLDM.

Hari ni anak dan isteri aku pula pertama kali masuk ke kapal TLDM ini. Suatu pengalaman yang menyeronokkan.


Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Ada jualan makanan, minuman dan cenderahati atas kapal. Aku tidak melepaskan peluang ini untuk beli dan makan di atas kapal. Memang mengasyikkan. Angin laut sepoi-sepoi bahasa bertiup membangkitkan mood aku yang sedang makan seolah-olah sedang berada di atas kapal pelayaran mewah. Chewahhhh...


Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Hari Terbuka KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih

Aku juga dapat merasai masuk ke dek atas tu dimana pusat kawalan kapal tersebut. Penerangan juga diberikan oleh krew betugas. Dapat la paham sikit-sikit macam mana kapal ini beroperasi.

Itu sahajalah untuk cerita kali ini. Sekadar berkongsi. Babai.

No comments:

Post a Comment