Alhamdulillah setelah sekian lamanya kami hanya lalu sahaja di depan restoran ini, maka hari ini kami berkesempatan untuk makan tengah hari di Restoran Kari Kambing 40 hari.
Sebelum-sebelum ini kalau aku balik kampung di N9 lalu di atas highway, pasti akan nampak penuh restoran ini dengan pengunjung. Setiap kali lalu, pasti akan nampak restoran ini sentiasa penuh dengan manusia.
Pada hari ini aku balik kampung awal sikit. Aku solat Jumaat di masjid Ayer Hitam. Sudah semestinya kalau
kita dari selatan untuk ke sini kena exit plaza tol Ayer Hitam.
Usai solat jumaat lebih kurang pukul 2.20 petang aku sampai di restoran ini. Aku turunkan isteri dan anak-anak untuk cari tempat kosong untuk kami anak beranak makan, sementara itu aku terus ke depan sikit mencari parking. Waktu ni pon kereta dan penuh di kiri dan kanan bahu jalan. Aku berdoa waktu ni agar dapat parking dan isteri aku dapat cari meja kosong.
Alhamdulillah waktu ini ada tempat kosong, wife aku dapat duduk di kawasan duduk bersila tu. Aku masuk restoran, terus beratur untuk membuat pesanan.
Di depan aku tidak kurang tidak lebih ada juga lebih kurang dalam 10-15 orang yang sedang beratur. Tapi alhamdulillah laju juga servis restoran ini. Tak terasa lama menunggu.
jauh aku jalan. huhuhu. Parking jauh sikit |
harga dipaparkan untuk dulang RM48. |
Aku order yang dulang punya senang nak makan anak beranak. Tambahan kalau order dulang ni dapat percuma air satu jug. Lepas buat kira-kira aku merasakan lebih untung kalau beli 1 dulang untuk kami anak beranak makan.
Aku order yang campur punya iaitu ayam dan kambing.
perghhh..lazat |
Tadaaaa..tudia. jenuh aku anak beranak nak habiskan rupanya. Apapun abis cuma kami tapau sikit tak habis makan dapatlah 1 bekas polisterin tu.
Semua layanan disini adalah layan diri. Ambil makanan dan minuman sendiri. Kemas makanan pon sendiri ya.
Aku bagi 5/5 bintang untuk restoran ini. Sedap dan pasti tidak menyesal punya kalau makan disini. Tapi tulah.. Kena bertabahlah sikit apabila pengunjung ramai.
Sekian, Sekadar berkongsi. Babai
No comments:
Post a Comment