Pages

Monday, 10 December 2018

Tips Berkesan Menajamkan Fikiran

Tips Berkesan Menajamkan Fikiran


Salam sejahtera kepada pembaca blog ku sekalian.

Setelah sekian lama aku tidak update blog ini. Berhabuk dah. Hari ni terdetik untuk menulis sesuatu di sini setelah aku membaca buku bertajuk "Tip menjadi individu menarik" hasil karangan Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar. Dalam muka surat 210 buku tersebut, ada berkata

kita kena buat jurnal peribadi.
Tanpa berlengah terus aku sign google untuk buka blog ini dan tangan terus menaip. 

Tujuan menulis menurut buku tersebut adalah untuk membiasakan otak kita untuk terus berfikir dan berfikir. Menulis juga menurutnya adalah satu aktiviti berfikir secara serius dan tersusun.

So..jom menulis...

OK memandangkan tiada tajuk apa untuk aku menulis, aku hendak cerita lah kenapa aku tulis blog ini dan apa tujuan asal aku buat semua ini. Untuk pengetahuan semua tidak lain tidak bukan tujuan asal aku menulis blog ini adalah untuk berkongsi dengan orang ramai di luar sana.

Contoh aku pernah menulis tentang tanda-tanda bateri kereta alza yang akan "kong". Dalam tulisan tersebut telah mendapat banyak komen dan pada aku ia telah memberi maklumat dan menfaat kepada orang di luar sana. Zaman sekarang kita cenderung untuk mencari maklumat di internet sahaja. 


Perkara ini berlaku pada diri aku sendiri. Bila aku "google" tidak ada pon orang menceritakan pasal bateri kereta alza aku ni.huhuhu..So pada aku bila aku menulis ini ia sangat lah bermanfat.

Seperkara lagi, bila berlaku sesuatu perkara kita akan suka membuat langkah pertama iaitu meng"google" maklumat untuk menyelesaikan masalah kita. So???apa yang aku dapat??


Ya aku dapat kepuasan. Puas dapat bantu orang dengan cara ini. Alaa..lagi pon platform blog ini pon free. Apa salahnya aku menyumbang kepada orang di luar sana tu.

Tambahan lagi tabiat aku, bila aku ke sesuatu kawasan yang tidak pernah aku pergi, aku akan google tentang kawasan tersebut. Contoh kalau aku nak makan di Port Dickson, aku akan "google" makanan sedap dan murah di Port Dickson". 


Mesti akan ada blogger yang menulis. So pada aku, itu juga bermanfaat kepada orang ramai.

Akhir kata, berbalik kepada tujuan asal aku tadi kenapa aku menulis..hehehe..betol lah..ianya telah mencapai matlamat aku iaitu untuk berkongsi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat.

Terima kasih aku ucapkan kepada diri aku sendiri dan kepada semua blogger-blogger di seluruh Malaysia dan seluruh dunia ini. Terima kasih..terima kasih..

"OK done menulis untuk aku menajamkan otak".





================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment