Pages

Saturday, 5 January 2019

4 CARA MAGIC UNTUK MENJUAL YANG LEBIH EFEKTIF

4 CONTOH CARA MENJUAL YANG LEBIH EFEKTIF



Aktiviti menjual merupakan salah satu aktiviti yang penting untuk mendapatkan keuntungan. Ada banyak perbezaan cara dahulu dengan cara sekarang dari segi kaedah untuk memasarkan produk dan menjual kepada bakal pelanggan.

Zaman sekarang para penjual perlu bijak menjual dan perlu lebih kreatif. Jangan kita

menjual direct kepada prospek. Sebab prospek akan lari atau menyampah dengan kita.

Perkongsian kali ini saya tulis hasil dari pemerhatian saya kepada keadaan sekeliling terutamanya melihat gaya individu yang berniaga secara online menggunakan Facebook atau Instagram serta lain-lain platform online atau pun offline.

Boleh di katakan mereka menjual dengan baik tanpa kita sedar sebenarnya mereka sedang mempromosikan atau menjual produk kepada kita. Saya akan berikan 4 contoh seperti di bawah:

1) JOHN merupakan ahli/pengedar untuk syarikat ABC . Apa yang saya nampak syarikat ini banyak mengeluarkan produk berasaskan plastik berkualiti dan lain-lain produk yang di gunakan untuk kegunaan harian dan kehidupan kita. 


John ini gemar membuat demo masakan sama ada secara online ataupun face to face kepada prospek pelanggannya.

Di sini prospek pelanggan yang menonton sebenarnya bukan untuk membeli, akan tetapi untuk melihat demo masakan. 


Masa inilah beliau membuat demo masakan menggunakan produk keluaran syarikatnya menekankan kelebihan dan faedah apabila memasak menggunakan produk keluaran syarikatnya. 

Memasak lebih mudah dengan menggunakan alatan syarikat keluarannya. Kemungkinan pelanggan untuk membeli atau menjadi ahli lebih tinggi 

2) MIKE merupakan ahli/pengedar untuk syarikat DEF. Tidak di nafikan produk keluaran syarikat begitu banyak. Akan tetapi boleh pilih yang mana kita rasakan perlu untuk di angkat menjadi batu loncatan sebagai pemangkin untuk memperkenalkan produk syarikatnya.

Saya nampak beliau kerap dan rajin membuat kelas membuat kek, membuat roti, kelas memasak. Lebih menarik lagi kelas tersebut adalah murah bayarannya serendah RM5, RM 10 dan ada kelas yang FREE mengikut tempat dan keadaan.

Akan tetapi semasa kelas berlangsung tanpa sedar beliau sebenarnya mempromosikan alat-alat yang di keluarkan oleh syarikatnya. Beliau akan menekankan kelebihan dan faedah mudah dan senangnya memasak menggunakan alatan keluaran syarikatnya. 

Beliau akan berkata kepada prospek yang kalau hendak buat roti kena guna oven ini sebab ia oven khas untuk buat roti dan mudah di kendalikan. 

Begitu juga dengan pengadun tepung kek, beliau menekankan betapa mudahnya dan gebunya kek apabila menggunakan alat pengadun keluaran syarikatnya.

Semua ini berlaku tanpa di sedari oleh prospek. Yang prospek tau mereka sedang belajar buat kek atau buat roti.


Semua prospek yang hadir terasa seperti ingin membeli produk yang di gunakan dalam membuat kek dan roti tersebut.

3) CAROL merupakan ahli/pengedar syarikat GHI. Syarikat ini banyak mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan.

Menarik untuk kita ikut langkahnya iaitu beliau tidak direct menjual produk kurus badan atau kesihatan, Sebaliknya beliau menekankan kepentingan dan sentiasa memberi tips penjagaan kesihatan. Beliau mencari dan mengumpul follower.

Lebih menarik lagi beliau ada menubuhkan kelab kesihatan. Ada hari-hari tertentu seminggu ada beberapa kali mereka akan membuat aktiviti untuk penjagaan badan. 


Ada aktiviti jogging, zumba, senamrobik untuk sesiapa sahaja join secara FREE. Kalau nak energize drink selepas senaman kena bayar lah dengan amaun yang minima.

Jadi prospek yang ingin menjaga badan, yang ingin kuruskan badan dan tidak ada kawan, atau yang hobinya bersukan akan join kelab kesihatan ini. Menarik bukan?? Ini yang di katakan mempromosikan/menjual tanpa pelanggan sedar.


Semua ahli kelab juga akhirnya menggunakan produk untuk kuruskan badan hasil keluaran syarikatnya.

4) REBECCA ahli/pengedar syarikat JKL. Ini menarik kerana saya lihat beliau kerap berkongsi tips untuk menjadi cantik dan menarik.

Macam kata saya sebelum ini, jika di ikutkan sangat banyak keluaran produk syarikatnya. 


Akan tetapi beliau memilih beberapa produk sebagai batu loncatan atau fokus untuk kita kenal dengan lebih rapat siapa prospeknya. 

Saya lihat beliau fokus dalam bidang kecantikan sahaja walaupun macam-macam produk keluaran syarikat seperti penapis air dan barang-barang keperluan rumah yang lain.

Paling menarik beliau siap ada membuat SPA bergerak yang memberi servis kepada pelanggan wanita untuk mendapatkan servis kecantikan daripadanya. Pelanggan hanya tunggu di rumah sahaja. Bijak bukan??

Pelanggan yang menggunakan servis SPA di rumah ini juga akhirnya membeli alatan untuk rawatan kecantikan dan produk sampingan untuk kecantikan dan di gunakan sendiri di rumah. Rupanya mudah dan senang bila buat sendiri dengan alatan dan produk syarikat ini.

Berdasarkan kepada 4 cerita di atas, saya harapkan anda dapat serba sedikit info apa yang saya sedang perkatakan. Ada banyak contoh sebenarnya. Tapi cukup lah 4 dahulu. Insyaalah anda akan faham.

Kita perlu bijak dan kreatif supaya tidak nampak kita sedang menjual. Saya tidak katakan cara di atas salah. Malah pada saya itu lah cara zaman kini yang mudah di terima oleh prospek pelanggan kita.


Semoga bermanfaat.




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment