Jika ada di kalangan kita yang belajar pemasaran menggunakan buku Philip Kotler sudah pasti familiar dengan tajuk public relation & publicity.
Mana-mana syarikat yang ingin kekal dikenali dan mendapat perhatian daripada para pelanggan haruslah memikirkan beberapa cara untuk memastikan hubungan baik dengan pelanggan ini sentiasa terjalin.
Menurut buku Principle of Marketing hasil tulisan sifu marketing yang dikenali di serata dunia Philip Kotler terdapat 10 tools yang boleh digunakan oleh syarikat untuk membina public relation ini.
Dari sudut lain, sebenarnya banyak manfaat apabila kita sentiasa mengambil berat berkenaan perhubungan pelanggan ini.
Jadi saya ingin bertanya ni??? Adakah anda salah seorang usahawan??
Jika jawapannya ya, saya rasa mungkin anda telah tahu cara paling mudah untuk membina public relations ini bukan?
Daripada 10 tools yang Kotler perkatakan, saya ingin cerita hanya 1 tool sahaja.
Saya mengambil contoh salah sebuah syarikat yang saya pergi baru-baru ini. Anak saya beria-ia untuk masuk pertandingan mewarna anjuran syarikat berkenaan.
Untuk tidak menghampakan anak-anak, saya bawalah mereka ke tempat pertandingan tersebut.
anak-anak saya yang sedang tekun mewarna dalam pertandigan mewarna anjuran syarikat berkenaan. |
Untuk makluman pertandingan mewarna ini boleh dikategorikan sebagai special events salah satu tools yang disarankan oleh Kotler untuk membina hubungan dengan pelanggan.
Special events bermaksud syarikat membuat apa-apa program seperti sidang media, lawatan pihak media ke tapak perniagaan, membuat acara pembukaan rasmi, pertunjukan bunga api dan lain-lain lagi yang boleh difikirkan sesuai.
Ok jom kita bincang. Agak-agak apa faedah kepada syarikat tersebut membuat pertandingan mewarna ini?
Agak-agak boleh fikir tak??hmmmm apa ya?.
Ok sekarang saya senaraikan faedah yang boleh syarikat dapat menurut pandangan saya hasil daripada anjuran pertandingan mewarna tersebut:
1. Membina jenama. Pelanggan akan merasai mereka dihargai dan besar kemungkinan pelanggan akan terus menyokong perniagaan syarikat tersebut kerana syarikat sentiasa dekat di hati para pelanggan.
2. Pertandingan mewarna yang saya pergi ini adalah bertemakan sambutan Tahun Baru Cina. Maka ia juga akan membuka mata masyarakat kaum cina iaitu mereka merasakan mereka sangat dihargai. Sambutan seperti Hari Raya dan Deepavali juga saya lihat syarikat ini tidak ketinggalan untuk menganjurkan apa-apa acara.
3. Mendapat hebahan media. Biasanya, untuk acara yang besar syarikat akan mendapat liputan media. Ini yang paling seronok dan menjadi keutamaan kepada syarikat penganjur.
4. Melariskan juga jualan pada hari berkenaan. Biasanya pelanggan yang hadir membawa anak-anak tidak pulang dengan tangan kosong. Mereka akan masuk ke dalam kedai dan membeli apa-apa barangan. Macam saya hari tu sambil-sambil menunggu anak tu, saya membeli makanan dan minuman dari syarikat berkenaan.
5. Hebahan secara FREE dan tidak langsung. Ibu bapa yang hadir macam biasa akan wefie, amik gambar masukkan dalam Instagram dan Facebook. Tertera logo syarikat penganjur dan ada juga pelanggan yang terus tag lokasi. ha..kan dapat hebahan FREE..syokk oooo..untung syarikat penganjur.
6. Dari segi kewangan syarikat tersebut mungkin boleh mendapat pengecualian cukai kerana menganjurkan event yang ada unsur charity. (fakta ini kena check semula dengan pihak berkenaan ya)..Kebiasaannya begitu lah.
Oh ya, berbalik kepada pertandingan mewarna tadi. Anak saya mendapat tempat ke-2 kategori umur 7-9 tahun manakala abangnya sekadar mendapat saguhati untuk kategori 10-12 tahun. Anak-anak gembira.
hadiah saguhati |
hadiah tempat ke-2 |
Selepas ini pasti anak saya akan ingat syarikat yang menganjurkan pertandingan mewarna ini sampai bila-bila.
Jadi siapa yang untung???
Syarikat penganjur juga akan untung.
Tuntasnya, jika kita ada syarikat atau perniagaan jangan kedekut untuk melaburkan sedikit wang dalam menganjurkan apa-apa event seperti ini di mana sebenarnya ia dekat di hati masyarakat atau pelanggan setempat.
Selamat menjalankan dan memajukan perniaagaan..babai
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
p
ReplyDelete