Pages

Saturday, 16 February 2019

Aku benci Islam: Forum Jalan Menuju Hidayah

credit photo: http://tinyurl.com/y6sx9bwb


اَلْحَمْدُلِلّهِ malam tadi aku berkesempatan menghadiri forum ditempat aku bertugas ini. Ada sesuatu yang menarik telah dikongsikan oleh penceramah iaitu Dr Jay yang merupakan pensyarah kanan di salah sebuah universiti di selatan tanah air. Beliau merupakan saudara baru yang telah memeluk islam sejak 2011.

Perkongsian yang pada aku telah membuka mata aku dan harus kita kongsikan bersama.


Sebelum beliau menerima hidayah memeluk islam, katanya beliau sangat benci dengan islam. Kerana apa beliau benci? Ya kerana sikap dan akhlak yang ditunjukkan oleh penganut agama islam itu sendiri pada ketika itu..

Beliau menambah, sebelum memeluk islam waktu kecil-kecil dahulu beliau tinggal di salah sebuah negeri ni. Beliau dan keluarganya tinggal di perkampungan di mana semua penduduk di kawasan tersebut adalah beragama islam.

Sewaktu tinggal di kawasan tersebut, biasalah budak-budak, suka mengejek membuli dan lain-lain. Beliau berketurunan India dan ibunya adalah Chinese..Penduduk kampung selalu menggelarkan beliau dan keluarga dengan gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya. Tak perlu kot aku nyatakan apakah gelaran yang diberikan.

Cukup aku katakan gelaran yang tidak sepatutnya. Ibu bapanya pun sama digelarkan dengan gelaran macam-macam. Pendek kata seolah-olah beliau dan keluarganya itu tidak dialu-alukan pun di kampung tersebut.

Beliau menambah, beliau dan keluarga tidak kacau siapa-siapa pun dan sekadar ingin hidup di kampung dan bermasyarakat seperti yang semua orang lain. Itu sahaja.

Ejekan dan buli bukan sahaja secara lisan ada kalanya dibuat secara fizikal. Sampai satu tahap beliau memang anti dengan islam.

Aku benci melayu islam!

Sehinggalah pada suatu hari ada seorang pelajar melayu islam yang baru berpindah ke sekolahnya. Budak ni duduk betul-betul disebelah beliau. Budak melayu islam tu menegur dan fasih dalam berbahasa mandarin. Sangat baik budaknya. Serta merta tanggapan dan halangan beliau yang selama ini ingin menjauhkan diri dengan penganut islam berubah. 

Dipendekkan cerita, beliau berkawan rapat dengan budak melayu islam ni. Menjadi sahabat baik.  Rapat tu sehinggakan beliau boleh bermalam di rumah budak ini pada waktu hujung minggu. Tambahnya lagi beliau tertarik dengan perangai dan tingkah laku budak melayu islam ni. Cara dia bercakap, perhubungan dia dengan keluarga, ibu-bapa, adik beradik sangat berkasih sayang, mesra dan langsung tidak ada perkataan-perkataan yang buruk keluar daripada mulut kawannya itu dan keluarganya..

Sewaktu kawan dia solat dalam bilik, beliau cuba kacau dan ingin berbual-bual. Sahabatnya itu masih kusyuk mengerjakan solat.

Tapi aku pendekkan cerita lagi disinilah bermulanya bibit-bibit dia mula ingin mengenal islam. Kerana budak ini lain daripada yang lain tidak seperti kawan-kawan beliau sebelum ini yang suka mengejek dan membuli dan cakap perkara yang bukan-bukan terhadapnya..

Saudara-saudari, ini yang penting untuk kita sama-sama muhasabah diri sebagai islam.

Teruskan membaca.

Jika kita fikirkan semula, adakah kita benar-benar telah menunjukkan akhlak yang baik? Akhlak yang benar-benar diamalkan sepertimana Nabi Muhammad s.a.w tunjukkan?? 

Sepertimana yang berlaku kepada Dr Jay sewaktu kecil dahulu. Adakah ini akhlak sebenar kita sebagai umat islam?. Suka mengejek, menyindir, menggelar dan macam-macam lagi sedangkan semuanya itu telah dilarang dalam Islam.

Kita bimbang jika perkara ini kita tidak ambil serius, lama kelamaan islam itu akan terus dipandang rendah. Kita bertingkah laku buruk, bercakap kasar sesama kita apatah lagi dengan orang berbangsa dan beragama lain.

Menurut Dr Jay. Penganut agama lain melihat kita dengan cara permerhatian dan kebiasaan yang kita buat. Kalau dah ramai umat Islam bertingkah laku buruk, lama-lama penganut agama lain akan membuat generalisasi iaitu islam itu teruk padahal itu tidak betul pun. 

Begitu juga macam kitalah. Suka membuat generalisai, kita kenal agama lain dengan kita memerhati, tengok tv, berkawan dengan kawan kita yang bukan agama islam. Ya dari situ kita kenal agama lain melalui pemerhatian kita berkawan dengan mereka. Padahal itu semua belum tentu betul.

Perkara inilah yang kita perlu jaga iaitu akhlak yang kita tunjukkan. 

Kebimbangan yang sama seperti ini telah disuarakan kalau tak silap penceramah namanya Bro Lim Joy Sun pernah datang berceramah di tempat aku ni juga.

Katanya beliau bimbang dengan orang islam sendiri yang menunjukkan akhlak tidak baik ini kepada orang bukan islam. Dalam kehidupan seharian kita seperti dalam drama dan movie yang menunjukkan masalah akhlak orang islam. Itu yang kita highlightkan. Sebenarnya ini juga boleh mengundang salah faham terhadap penganut agama lain terhadap islam dan mereka makin jauh dengan islam sebenarnya.  

Saya setuju dengan pandangan mereka berdua ini. Kerana mereka ini dahulu bukan islam dan sekarang telah memeluk islam, perkara inilah yang mereka fikirkan. Islam teruk sebab mereka membuat generalisasi yang salah tentang islam dengan memandang sebahagian daripada akhlak buruk yang ditunjukkan oleh orang islam.

Sebagai penutup suka untuk saya berpesan kepada diri saya dan rakan pembaca diluar sana supaya marilah kita berfikir sejenak untuk memikirkan adakah selama ini kita telah mengamalkan akhlak sebenar yang diajarkan dalam islam. Kalau ada sedikit kecacatan, marilah kita sama-sama perbetulkan. Belum terlambat.

Bak kata Dr Jay, sebenarnya inilah dakwah sebenar kita yang paling mudah untuk dibuat. Nak berdebat tak pandai, nak berceramah tak pandai, maka cukup sekadar kita berdakwah melalui akhlak islam sebenar kita.

Beliau berpesan lagi. Jaga solat 5 waktu. Jangan tinggalkan kerana inilah cara Allah nak kita dekat denganNya. Sujud padaNya.

Beliau membuat analogi begini. Dengan kawan-kawan sekolah menengah kita dahulu kita ada berhubung tak??Sehari kita tak berhubung, seminggu, sebulan, lama-lama kita tak kisah dah dengan kawan kita tu. Kawan kita meninggal dunia pun kita tak sedih sebab hubungan tu dah jauh.

Begitulah hubungan kita dengan Allah. Allah taknak bagi kita jauh denganNya, sebab tu Allah perintahkan kita sujud padaNya 5 kali sehari wajib.

Sehari kita tinggal solat, kita akan berani untuk tinggalkan solat 2 hari, 3 hari, seminggu, sebulan dan bertahun..

Kita tak berhubung dengan kawan kita setahun, lepas tu kita call kawan kita, mesti dia blur-blur kan? Siapa call ni?

Agak-agak kita tinggal solat setahun, Allah kenal kita tak?? Allah nak pandang muka kita tak? deep..

Sekadar berkongsi.



================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/









No comments:

Post a Comment