Pages

Tuesday, 12 February 2019

Keperluan Mengiktiraf Kakitangan



Amalan mengiktiraf hasil kerja dan usaha kakitangan dalam sesuatu organisasi tidak kira dalam sektor awam atau swasta sudah menjadi kemestian bagi memberi motivasi kepada kakitangan untuk terus bekerja keras.

Lazimnya setiap organisasi akan menetapkan sasaran kerja tahunan atau KPI pada awal tahun. Biasanya pada akhir tahun akan diukur kembali sasaran ini untuk melihat kembali sama ada KPI yang diberi pada
awal tahun tercapai atau tidak.

Dalam sektor swasta ada pendekatan yang digunakan untuk melihat KPI ini. Sebab itu akan ada kita panggil appraisal setiap tahun akan dibuat oleh pihak superior kita. Selepas itu sesiapa yang bagus markah appraisalnya mereka akan diberikan bonus atau mendapat kenaikan gaji tahunan.

Namun untuk sektor awam, mereka tidak menggunakan istilah appraisal, sebaliknya ia dipanggil sebagai Laporan Penilaian Prestasi atau LPP. Untuk mengisi LPP ini ia perlu melengkapkan dahulu borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) terlebih dahulu.

Semua ini hanya dibuat secara online melalui aplikasi yang dibangunkan oleh pihak kerajaan yang diberi nama Human Resources Management Information System (HRMIS).

Disinilah pihak pegawai penilaian pertama akan membuat penilaian terhadap pegawai yang dinilai.

Ada sesetengah tempat di sektor awam akan mengkitiraf kakitangan yang mendapat markah 80% keatas. Ada yang mengiktiraf kakitangan yang mendapat 85% atau 90%. 

Mereka akan diiktiraf dalam majlis-majlis khas yang dianjurkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan sepanjang tahun yang dinilai. Biasanya majlis ini dibuat secara formal di pejabat atau ada yang dibuat di luar pejabat.

Tidak kira di mana tempat pun, pasti ia akan dilaksanakan juga kerana objektif asalnya adalah untuk mengiktiraf hasil usaha kakitangan.

Tidaklah seperti sektor swasta biasanya mereka yang mendapat markah tinggi ini akan mendapat bonus berlipat kali anda daripada gaji. (Bergantung kepada syarikat juga). Sektor awam mereka hanya mendapat sijil dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan sahaja.

Daripada ramai-ramai dalam sesuatu pusat/jabatan ini ada pula kuota tertentu untuk dipilih bagi mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pula. Orang yang kerja sektor awam tahulah apa itu APC ni.

Anugerah ini bukan senang nak dapat. Katakan dalam satu-satu pusat/jabatan ada 100 orang kakitangan, hanya 7-8 orang sahaja akan dipilih untuk mendapat anugerah yang berprestij ini.

Lebih tepat lagi kalau mengikut garis panduan pemberian APC daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, tidak melebihi 8% daripada jumlah keseluruhan kakitangan dalam pusat perkhidmatan yang sama yang dikira dalam tahun penilaian sehingga 31 Desember tahun berkenaan.

Kalau dulu kakitangan awam yang mendapat APC ini mereka akan mendapat habuan seperti pergerakan gaji secara melintang, menegak lah. Nak terangkan pun susah. Kena lukis gambar baru mudah faham. hehe..Ini yang menarik sebab habuan itu akan dinikmati sepanjang perkhidmatan hingga ke waktu kita pencen nanti.

Namun sekarang, saya tidak pasti sejak tahun bila. Sejak saya masuk sektor awam pada tahun 2008 telah diubah iaitu penerima APC hanya akan diberikan sijil dan diberi saguhati one off sebanyak RM1000. Alhamdulillah ok lah tu. Masih berbaloi.

Pada saya pengiktirafan seperti ini perlu untuk terus memberi semangat dan motivasi kepada kakitangan. 

Cara penilaian yang dibuat oleh pegawai penilai pertama juga kemungkinan tidak sama dengan pegawai penilai yang lain. Sesuatu yang sangat subjektif.

Saya pasti tidak kira dimana kita bekerja, sama ada sektor swasta atau awam pasti akan timbul isu berkenaan pemberian markah ini.


Isu seperti tidak adil, boss kedekut markah, boss pilih kasih dan sebagainya akan kita dengari.

Hendak menilai seseorang bukan kerja mudah. Ia perlu dibuat dengan teliti dan perlu mengambil kira pelbagai faktor. Jadi kita perlu faham akan kesusahan ini dimana pegawai penilai pertama telah buat sehabis baik untuk memberi markah tertinggi kepada pegawai dibawah seliaannya.

Kita boleh bertanya dan berbincang dengan pegawai penilai pertama masing-masing berkenaan pemberian markah ini.

Namun ianya bukanlah satu kewajipan. Ada pegawai penilai pertama berbincang sebelum memberi markah dan ada yang tidak berbincang dan terus memberi markah. Ia tidak menjadi kewajipan kerana tidak ada mana-mana pekeliling yang menyatakan wajib berbincang sebelum memberikan markah.

Amalan ini adalah berbeza-beza. Jadi tengok la macam mana cara pegawai penilai pertama kita tu.

Dari sudut lain saya berpandangan tidak perlu mencari dan mengejar APC atau apa-apa anugerah seperti ini. Kerja sahaja secara ikhlas dan berintegriti. Insyaalah jika ada rezki dan dengan izin Allah pasti kita akan diiktiraf juga akhirnya. Fokus kerja seperti biasa dan pasti hasil yang baik akan diperolehi. Jika dapat anugerah itu sudah dikira bonus.

Kerjalah untuk mencari redha ilahi dan cari keberkatan dalam mencari rezki tersebut. Kerana kerja itu juga adalah satu ibadah yang sangat dituntut juga.

Bila kita pegang prinsip ini pasti tidak akan timbul isu tidak puas hati atau iri hati dikalangan kita.

Pada saya sebenarnya semua kakitangan adalah cemerlang. Yang mendapat anugerah pula mereka yang cemerlang di kalangan cemerlang ditambah pada masa tersebut ada rezki mereka. Rezki kita belum lagi. 

Kerja di sesuatu tempat sudah tentu menuntut semangat kerja berpasukan yang tinggi. Mana mungkin boleh tercapai sesuatu matlamat tanpa sokongan pihak lain. Yang mendapat angugerah tidak perlu angkuh dan sombong diri, yang tidak mendapat anugerah pula tidak perlu iri hati.

Semua pihak perlu berlapang dada dalam hal ini.

Cuba fikir sejenak. Anda dalam kategori mana satu? 


Semoga bermanfaat. TQ


================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment