Pages

Friday, 8 February 2019

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Semalam sewaktu pulang dari Sungai Petani kami singgah di Ipoh untuk melihat sendiri keindahan Tasik Cermin yang makin menjadi bualan ramai orang.


Kami kesana menggunakan waze. Tiada apa-apa singboard untuk ke Tasik Cermin.

Jalan masuk ke sini tersorok dan perlu melalui jalan berbatu kerikil tu. Hasil pembacaan blog lain katanya ini adalah jalan masuk kuari. 


Sebaik sejak beberapa hari ini cuaca panas. Kalau hujan pasti jalan masuk ini berlecak sana sini. Aku ada perasan video di Instagram ada orang buat video jalan masuknya berlecak.

Setelah lama memandu akhirnya kami sampai. Parking tepi jalan sahaja dan perlu masuk jalan kaki ke dalam.

Waktu aku sampai ada banyak kereta yang parking di tepi jalan dah. So andaian aku kat dalam sana mesti ramai orang. So tak lah seram sangat. Hahaha


Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Ok siap parking kita perlu berjalan kaki untuk masuk ke Tasik Cermin. Pada aku jalannya boleh la tak teruk sangat. Kena berjalan lebih kurang 1km juga kalau tak silap. Anak aku umur 6 tahun pon steady sahaja jalan.

Nak masuk ke sana akan melaui pada aku pemandangan yang indah la. Satu pemandangan yang aku tidak pernah lihat sebelum ini. Bukit-bukit batu tu. 


Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh



Lepas tu kena masuk melalui gua. Tak pasti sama ada gua ni semula jadi atau gua buatan manusia. Dikhabarkan tasik ini adalah bekas lombong. 


Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh


Ha gambar di atas tu lah pintu masuk ke tasik cermin.

Setelah melalui terowong akhirnya kami sampai di Tasik Cermin.




Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh

Serius view yang sangat cantik dan mendamaikan. Inilah anugerah ciptaan yang Esa.

Tempat ini tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh dibuat. Sekadar bergambar.

Oh ya aku lupa. Boleh kot bawa roti ke bagi ikan makan. Kesian aku tengok ikan di situ macam lapar je. Aku tak de bawa apa-apa makanan. Air mineral je. Kalau ada roti mesti best.


Melihat Pemandangan di Tasik Cermin Ipoh


Ha ada tu ha gambar ikan. Sempat juga anak aku snap. Banyak ikan. Dari pemerhatian aku ikan tu macam ikan puyu.

Itu sahaja yang boleh aku kongsikan. Kalau datang Ipoh boleh la pergi sini. Babai.





================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/


No comments:

Post a Comment