Pages

Tuesday, 26 February 2019

Tips Blogging: Kelebihan Menggunakan Url Https

Kelebihan Menggunakan Url Https
sumber gambar:http://tinyurl.com/yy2yeh6o

Aku mula berblog sejak tahun 2012 kalau tak silap. Masa tu aku uruskan blog perniagaan aku. Sekarang blog suka-suka pula. Baru sekarang terdetik nak tahu dengan lebih lanjut apa itu http dan apa itu https.

Asalnya aku terdetik untuk mengetahui dengan lebih lanjut adalah disebabkan aku ada terbaca satu artikel ni daripada blogger dari
luar negara. Katanya salah satu langkah untuk memberi kepercayaan kepada enjin carian google mengutamakan blog kita apabila user mencari sesuatu maklumat di google adalah dengan daftar SSL. Dengan kata lain nak naikkan ranking di google search engine salah satu cara adalah dengan daftar SSL.

Aku pon cari apa maksud SSL. Menurut website https://www.dewaweb.com, SSL (Secure Socket Layer) adalah tapisan keselamatan untuk melindungi transaksi di website anda dengan teknologi enkripsi data yang canggih. Apabila website atau blog dipasang dengan SSL, maka alamat URLnya berubah menjadi https dan muncul tanda padlock (kunci) di address bar browser dan kita boleh klik untuk melihat jenis SSL, teknologi enkripsi yang dipakai dan siapa identiti pemilik website tersebut.

Aku pun membuat carian lagi rupanya SSL ini, ada yang berbayar dan ada yang FREE dan kebiasannya ia disediakan oleh syarikat yang menyediakan hosting atau domain berbayar.

Macam kes aku ni domain aku adalah domain free dan hosting pula semua free sebab aku guna platform blogger yang seperti mana kita tahu ia dibawah Google sendiri.

Aku cari lagi maklumat, rupanya untuk blogger yang menggunakan platform blogspot, senang rupanya nak buat. Adehhh..boleh pula aku tak tahu sebelum ni nak buat macam mana.

Ni caranya seperti dalam gambar dibawah:



Kelebihan Menggunakan Url Https

Boleh klik disini untuk membaca secara jelas di google support. Senang rupanya huhuhu.


Ok sekarang selepas aku buat seperti saranan google support tu, Taraaaaaa..Hasilnya seperti dibawah:


Kelebihan Menggunakan Url Https
ha nampak tak. Sekarang url blog aku telah dimulai dengan https. Sebelah tu pula ada simbol kunci. Sebelum ni tidak.
Maksudnya url blog aku ni dah secure. Insyaallah enjin carian akan mengutamakan blog aku ini kalau user internet mencari apa-apa yang bersangkutan dengan kata kunci yang diingini. 

Sebelum ini aku punya url bukan macam itu. Aku nak tunjuk contoh url orang lain la. Url sendiri tak sempat nak snap pula.


sebelum ni, macam ni la alamat url aku. dimulai dengan http sahaja dan tiada gambar kunci malah tertera tulisan "not secure"


So kepada blogger-blogger diluar sana yang baru nak bermula berblog, atau anda blogger yang ketinggalan macam aku ni, bolehlah ubah url korang tu dari http ke https.

Alamat blog kita meyakinkan pembaca walaupun free guna domain blogspot dan kalau ada rezki apa-apa carian yang dibuat, google akan mengutamakan url yang dimulai dengan https ini. 

Malah dengan https ini faedahnya lebih dari itu sebenarnya. Anda boleh cari sendiri maklumat tersebut. Ramai dah orang cerita pasal kelebihan ini.

Tapi kalau anda nak guna domain berbayar yang ada .com(dot com) tu lagi baik la. Sebelum ini aku ada je blog yang berdomainkan dotcom. Cuma lepas tu aku malas nak bayar tahunan tu, sebab tu sekarang lebih selesa dengan yang free ni.

Tujuan aku berblog ini sekadar nak berkongsi apa sahaja cerita yang ada dalam kepala ni. So tak kisah sangatlah pasal blogspot ke, atau dotcom. Janji aku ada tempat untuk aku menulis.


Sekian, sekadar berkongsi.


No comments:

Post a Comment