Pages

Tuesday, 26 November 2019

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Salam sejahtera semua. Apa khabar? harap semuanya sihat-sihat sahaja di luar sana ya. OK hari ni saya nak share pengalaman bermandi manda di Lata Seri Pulai Pekan Nanas Johor.

Ini adalah pertama kali saya ke sini. Perkara utama sebenarnya adalah saya ingin ke Sedenak ada urusan di sana waktu petang semalam. Janji nak jumpa Mr Tony urusan tuntutan insuran pada pukul 4 petang.

Jadi bila

fikir balik, saya dari Bandar Penawar nak ke Sedenak semata-mata untuk urusan tak sampai 15 minit lepas tu nak patah balik macam tak berbaloi pula. Penat je nak memandu.

Fikir punya fikir dapat idea. Alang-alang cuti sekolah ni boleh la bawa anak-anak sekali pergi jalan dan teman aku ke Sedenak. So saya pon google la apa-apa kawasan berhampiran yang best di sana. Jumpa la ada beberapa blogger tulis berkenaan dengan Lata Seri Pulai ini.

So kalau nak ke Sedenak kita akan jumpa Lata Seri Pulai ni dulu. Cantekkkk..sekali jalan la kita. Jommm....zazzzz..

Dari Bandar Penawar aku masuk highway Senai Desaru dan meneruskan perjalanan masuk ke PLUS exit Kulai. Selepas itu teruskan perjalanan menghala ke kaki Gunung Pulai tu. Kawasan ini aku agak familiar sikit sebab pernah ke Gunung Pulai 2 kali. Rupanya kawasan ini depan sikit dari kaki gunung pulai tu. Lebih kurang 2km dari Gunung Pulai jika tak salah saya lah.

Sampai sahaja di sana caj parking RM2. Ok selesai parking jom masuk dalam pula.

Caj masuk untuk kanak-kanak adalah RM10 manakala untuk dewasa pula adalah RM15. Kanak-kanak tu kalau tengok pada papan iklan harga bayaran tu dari umur 1 tahun ke 12 tahun. Perghhh...Dahsyat. Cadangan aku kalau boleh ikut la standard mana-mana taman tema air. Biasanya ikut ketinggian 90cm baru di caj bayaran. Ini anak-anak 1 tahun pun takkan kena caj. Hmmmm..

Apapun..Ia tidak melibatkan saya la..Sebab anak saya paling kecil pun 5 tahun. So berbaloi la bayar. Memang anak-anak semua happy dapat mandi. Mereka lupa terus nak balik. Kena paksa balik, baru mereka naik dari kolam.


Oh ya...Waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 6 petang.


Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

Mandi Manda di Lata Seri Pulai, Pekan Nanas. Johor

So apa yang menariknya mandi di sini??

Ok ini beberapa point yang aku boleh simpulkan.

1. Kolam yang luas. Insyaallah kalau ramai orang pun masih boleh tampung jumlah pengunjung. Saya bernasib baik datang hari Isnin waktu cuti sekolah. So tak ramai juga pengunjung waktu saya datang ni.

2. Ada tempat gelongsor tu. Ok la..Ini yang anak-anak aku main dari pagi sampai petang. Non-stop mereka main gelongsor tu.

3. Air kolam dan kawasan persekitarannya bersih dan selesa.

4. Suasana kampung yang menarik. Lokasi terletak di tepi jalan besar. Dalam ladang kelapa sawit. So boleh la. Banyak kawasan redup. Boleh bentang tikar bawah pokok kelapa sawit.

5. Kemudahan asas semua ada. Tandas, tempat bilas badan, surau etc.

6. Kolam yang tidak terlalu dalam. Sesuai untuk anak-anak. Kelihatan 1 orang life guard bertugas sahaja waktu saya datang ni. Mungkin sebab tak ramai orang.

7. Harga bayaran yang masuk pada saya berbaloi dengan servis yang kita dapat.


Cadangan penambahbaikan adalah, wujudkan gerai jualan/kafe untuk pengunjung. 

Saya berborak dengan life guard, sebelum ini di dalam ada jual makanan. Tapi sekarang tidak ada lagi. Di luar kawasan pagar pool ini pon ada jual makanan, tapi katanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Memandangkan saya datang hari Isnin, tiada makanan dijual..saya kena keluar sekejap cari makanan tengah hari saya anak beranak. Sebaik tak jauh dalam 800 meter dari lokasi Lata Seri Pulai ada jual makanan. Kedai tu tepi jalan je boleh nampak.

Secara keseluruhannya, saya dan keluarga berpuas hati dengan layanan serta servis yang diberikan.

Boleh disyorkan untuk dijadikan tempat mandi manda anak beranak.. Keterangan lanjut boleh KLIK FB page mereka di sini. 


Sebelum saya menamatkan penulisan ini, jom jemput tengok video yang saya buat di bawah ni.



Sekian, itu sahaja. babai..





No comments:

Post a Comment