![]() |
Jemput la baca ya.
Kali ini kami dapat unit lain dari yang sebelum ini iaitu unit F-8-11, unit hujung sekali dekat dengan pintu lif blok F. Suka aku ingatkan sekali lagi kepada yang bakal ingin ke sini, pastikan pergi check in dahulu, jangan bawa turun barang-barang bila sampai di hotel. Dah pasti kita dapat unit mana baru bawa kereta pergi ke blok di mana unit kita dapat waktu check in tadi berada. Di sana ada 6 blok ke semuanya dari blok A hingga blok F.
Lobi di blok C. So kalau dapat unit di blok C mudah. Parking betul-betul di lobi dan boleh naik terus ke bilik.
Macam kami dapat blok F. Jauh dari blok C tu. Elok bawa kereta dan unloading barang-barang di blok F. Kalau unloading siap-siap barang di lobi, tiba-tiba dapat unit di blok F. Naya juga tu. Jauh nak angkut barang ke blok F tu.
OK kenapa aku memilih resort ini kerana aku suka kolam dia yang mesra kanak-kanak dan luas sesuai untuk para pengunjung yang membawa anak-anak kecil.
Kedua, aku suka laut dia yang lantai, ombak tidak berapa tinggi dan landai. Ini juga sesuai untuk anak-anak kecil mandi di sini.
Aku naik dari laut agak lewat petang juga. Layan mandi laut sambil melihat sunset. Syok. Alhamdulillah. Besar kuasa Allah menciptakan laut terbentang luas ini untuk tatapan hambanya yang mahu melihat kebesaran Allah s.w.t
Aku memang sugget tempat ini. Insyaallah ada rezki akan ke sini lagi.
Cantik kan pemandanan dia?? So boleh la ke sini kalau nak release tension, healing seround dua. 😂ƗƗA̶̲̅ Æ—Æ—A̶̲̅ Æ—Æ—A̶̲̅ Æ—Æ—A̶̲̅ 😂.
OK last, aku share juga beberapa keping gambar family aku di sini.
Aku simpan gambar kenangan dan cerita-cerita sebegini untuk tatapan anak cucu pada masa akan datang.
Sekian, jumpa lagi. Babai
No comments:
Post a Comment