Pages
▼
Saturday, 9 July 2016
Bagaimana mengurus duit raya anak?
Sejak tahun 2010 lagi saya telah mengamalkan cara ini selepas anak sulung kami lahir. Saban tahun kalau Hari Raya Aidilfitri menjelma pasti anak-anak kita akan diberikan
duit raya kan?
Saya nak share apa yang saya buat untuk mengelakkan saya tau siapa yg beri duit raya pada anak saya. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk elakkan bisikan-bisikan negatif terhadap orang yang memberi duti raya tersebut.
Ini cara saya:
1)Angpau yang anak saya dapat, saya LARANG anak saya buka on the spot. Siapa buka memang akan makan "penampor sulong".haha
2)Biasanya kalau orang beri angpau pada anak saya, terus anak-anak akan pass kepada saya.
3)Saya akan kumpul angpau tersebut hingga habis syawal.
4)Lepas tu baru buka satu-satu. Dan masa saya buka saya tak ingat dah siapa yang beri duit tu. Ada RM1, RM2, RM 10 sehingga lah ke RM50.
Kita manusia biasa. Kekadang terdetik dalam hati. "La umah besar, tapi rm 2 je".
"La pakai keta BMW, tapi angpau rm1 je".
Jadi untuk elakkan masalah hati kita yang selalu bersangka buruk ni. Elok tuan puan follow cara saya ni. Insyaallah selamat.
Saya buat benda ni sejak anak pertama lagi tahun 2010.
Sehingga kini identiti yg memberi kekal misteri. Tak kira lah berapa banyak mana pon mereka nak bagi.
Kesimpulan:
1)Ini cara saya, mungkin boleh ikut, mungkin tidak. Terpulang lah kepada cara masing-masing.
2)Jika dijamin kita tidak ada perasaan berprasangka buruk, tiada masalah. Nak tau orang yang memberi tu siapa dan berapa ringgit dia nak beri, boleh je.
3)Sebaik-baiknya ajar anak kita supaya tidak membuka angpau raya di hadapan orang yang memberi tersebut.
4)Sebagai ibu bapa pula, jangan lah ajar anak kita meminta-minta duit raya. "Haa.. Tu paklang dah sampai, pergi minta duit raya pada paklang. Paklang kau kaya tu"..Jangan yer tuan-tuan buat macam itu. Tak baik.
5)Ajar anak kita mengucapkan ucapan terima kasih apabila menerima sesuatu dari orang lain.
6)Lepas kira duit raya, terpulang pada pada tuan-tuan nak buat apa. Ada yang simpan dalam ASB, Tabung Haji, Bank, SSPI-i
================
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??
Klik sini www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka
No comments:
Post a Comment