Salam pembaca blog aku sekalian..
Jadi di sebabkan tak tahan dengan godaan aku
pergi sendiri hari ni bersama keluarga aku pula. Ini lah pertama kali menjejakkan kaki kesini. Dengan harapan dapat makan sup ketam.
Anak aku yang dahaga |
Tapi apakan daya..Sampai di kedai depan jeti seperti saranan aku tu, aku pon order lah sup ketam..Kita merancang, Allah menentukan. Sup ketam habis pula. huhuhu..
So aku order lah makan Mee Bandung Udang sahaja. Tak sama macam mee bandung biasa yang aku makan kat Muar tu. Rasa hampir sama cuma di sini ada diletakkan sekali dengan kacang tanah..Kuah tu dicampur sekali dengan kacang tanah. Dah macam makan ketupat kuah kacang tu. Boleh la, walaupun tak kena dengan tekak aku ,habis juga aku makan. Gambar tak sempat nak snap.

Sekarang nak cerita sedikit tentang penempatan di sini. Pekan kecil sahaja di kampung ini. Di sebelah jeti ada kawasan rekreasi. Ada playground tempat anak-anak aku bermain.
Kelihatan jambatan yang selalu aku gunakan. Jambatan di Highway Senai-Desaru |
Di sini ada terdapat sebuah masjid. So gambar di atas tersebut aku ambil daripada masjid sesudah solat asar.
Lepas tu, aku pergi jalan-jalan pula di jeti. Nah tengok je lah gambar ya..Penat nak cerita. hehehe.
Lepas tu, aku pergi jalan-jalan pula di jeti. Nah tengok je lah gambar ya..Penat nak cerita. hehehe.
Waktu aku pergi ke sini air sedang surut. Jalan-jalan dengan isteri dan anak-anak memang seronok. Alahhh budak-budak, kalau bab berjalan memang seronok. Kelihatan juga ada beberapa orang sedang memancing dari atas jeti. Kaki pancing ikan boleh la ke sini kot.
Ok, sekian sahaja catatan daripada aku. Sehingga kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment