Pages

Monday, 4 September 2017

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka



Baru-baru ini aku dan keluarga telah bercuti ke 
Bayou Lagoon Melaka. Rancangan yang dibuat 
sehari sebelum bertolak pulang ke kampung. 

Tujuan asal aku adalah untuk urusan rumah sewa 
aku yang aku perlu uruskan beberapa perkara dengan 
penyewa baru. Jadi alang-alang telah sampai Melaka, 
ini tiada tempat menginap, aku pun cari la di 
Agoda.com, Kebetulan ada kosong dan murah 
pula tu. Aku bayar RM162 bersih untuk 
harga bilik+2 Tiket taman tema air+2 
sarapan. Murah kan??kejap lagi aku cerita lagi 
dan korang lagi akan lebih terperanjat.

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka
Aku sampai disana pukul 4 petang selepas selesai 
urusan aku dengan penyewa baru. Proses check in 
berjalan lancar. Walaupun ramai orang pada waktu 
itu, Bayou Lagon menggunakan sistem nombor. 
Haaa ini part yang paling best. Nombor aku dipanggil. 
Aku disambut mesra oleh petugas kaunter. 

Beliau minta i.c aku dan beliau sapa aku, "encik 
tinggal di Taman Perumahan belakang ni ke". 
Sebab memang pon alamat ic aku 
guna alamat rumah aku di Melaka ni. Walaupun 
aku tinggal di Johor sekarang ni. Masa duduk 
Melaka dulu, aku tak pernah 
pon terasa nak pergi Bayou Logoon ni.
Lepas tu kami berdua pot pet pot pet..

Aku dah mula bina repo dengan beliau. Last 
coversation aku adalah berkenaan dengan 
pakej bilik yang aku book. Dengan harga yang 
aku bayar RM162 ni aku hanya dapat bilik 
studio+2 tiket taman tema+ 2 sarapan. 
Aku faham la tu. Memang masa book pon aku 
dah tau dan dinyatakan dalam Agoda.com tu. 
Ada promosi waktu aku beli 
online ni. Aku try check direct website Bayou Lagoon 
waktu tu, harga paling murah pun RM182++
Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Yang buat aku terperanjat adalah tambahan 
lagi 2 tiket taman tema hendaklah dibuat di pintu 
masuk taman tema air. Hari ini 
kena beli lain. Esok kalau nak masuk kena beli 
lain lagi. Mak ai.. Aku dah mula berceloteh disitu. Tapi 2 
tiket yang aku dapat sekali 
dengan pakej bilik tu memang valid untuk 2 hari. 
Sekali lagi aku ulang...tiket yang akudapat 2pax pakej harga 
bilik tu adalah valid untuk 2 hari. Yang aku maksudkan 
hari ini lain, esok lain ni adalah tiket (tambahan) dan 
mungkin dalam kategori tiket harian. Ia tiket tambahan 
yang aku perlu beli sebab tidak termasuk dalam pakej.

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka
Voucher sarapan pon boleh dibeli atau dibayar 
sewaktu ke tempat sarapa esoknya.Di kaunter 
aku tanya, beliau kata memang tak boleh beli 
encik. Semua perlu dibuat di tempat yang 
beliau sebutkan sebentar tadi.

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka
Akhirnya tiba waktu penyerahan kunci bilik..
Petugas kaunter tu berkata pada aku. "Macam ni 
lah encik, saya beri encik extra dua tiket taman 
tema untuk buat anak-anakencik. Nanti encik 
tak perlu beli lagi dah..dan tak perlu bayar lagi dah..
ini pon encik ambil la..free je saya bagi".Sebab 
masa aku bina repo tu memang aku kata aku datang 
dengan anak-anak 3 orang. Sorang baru berusia 3 tahun 
tak kena bayar kot untuk sarapan 
dan taman tema air. "Alhamdulillah...moga Allah balas jasa 
baik encik yang sangat pemurah ni ya". Kata 
aku depan beliau. Petugas tu tersenyum sahaja mendengar 
kata-kata aku.

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka
Aku terus masuk bilik untuk siap-siap mandi 
di taman tema air. Waktu ini lah aku terperanjat sekali lagi..
Rupa-rupanya petugas kaunter itu beri aku extra 2 voucher 
sarapan juga untuk anak-anak aku..

Allahhuakbar..
syukur sangat. Ini yang dikatakan rezki..so dengan bayaran 
RM162, sebenarnya aku dapat bilik studio+4 pax tiket 
taman tema+4 voucher sarapan pagi. Memang 
berbaloi. Aku doakan rezki petugas kaunter tu sentiasa 
luas begitu juga dengan Syarikat pengurusan. 
Sekali-sekali berbakti kepada orang macam 
aku ni tak akan rugi punya lah..malahan lagi berkat.

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Keadaan bilik studio dia pun amat besar. Katil ada 2 
single. Boleh la rapatkan. Hehehe.. Macam tak 
biasa pula kan??Bilik pon bersih dan sangat selesa la..
Untuk anak-anak seperti biasa aku bawa toto 
untuk mereka tidur. Jimat duit. Hehehe..Taman 
tema pula, ok la..Boleh tahan besar dan ada la 
beberapa gelongsong yang boleh kita cuba..
Anak-anak sangat seronok la. Bapak pun seronok...

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka
Sarapan pagi Bayou Lagoon buat di Ballroom. 
Mungkin waktu aku pergi ni sebab musim cuti 
sekolah dan orang ramai jadi pihak pengurusan 
buat disana untuk menampung jumlah 
pengunjung yang ramai. 

Makanan dan minuman yang dihidangkan 
juga sedap dan banyak juga pilihan yang ada. 
Waktu check out juga berjalan lancar 
walaupun ramai orang. Dengan sistem 
nombor tak perlu la kita beratur dan berdiri 
lama-lama. Just duduk..tunggu nombor 
dipanggil.

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Akhir kata dari aku..pergi lah ke Bayou Lagoon, 
Melaka..Best...anak-anak pasti suka. Saya beri 5 daripada 
5 bincang untuk percutian singkat ini.

Terima kasih Bayou Lagoon atas segalanya.

Percutian Singkat di Bayou Lagoon Resort, Melaka





================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment