Sejak aku berpindah ke Bandar Penawar ini, Ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pantai Awam Desaru ini. Bukan apa sebab malas nak bayar caj parking. hehehe..Untuk makluman caj parking adalah seperti dalam gambar dibawah.
Caj parking di Pantai Awam Desaru |
Untuk makluman pembaca diluar sana, caj RM6 dikenakan (jika berkereta). Pada aku ok la..tak mahal sangat dan berbaloi sebab tandas dalam tu semua FREE. Selepas kita mandi laut, jika nak
mandi dan bilas-bilas FREE sahaja. Tidak seperti di Pantai Tanjung Balau. Di sana kalau nak mandi atau masuk tandas kena bayar ya..Tapi parking di Pantai Tanjung Balau FREE..
Begitu juga dengan Pantai Batu Layar parking RM3 dan jika hendak mandi dan bilas-bilas kena caj lagi RM1/head
mandi dan bilas-bilas FREE sahaja. Tidak seperti di Pantai Tanjung Balau. Di sana kalau nak mandi atau masuk tandas kena bayar ya..Tapi parking di Pantai Tanjung Balau FREE..
Begitu juga dengan Pantai Batu Layar parking RM3 dan jika hendak mandi dan bilas-bilas kena caj lagi RM1/head
Bagi anda yang ingin ke Pantai Desaru, memang sangat-sangat berbaloi dan sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Pantai yang cantik, air yang jernih dan landai. Selain berenang, ada pelbagai aktiviti sukan air boleh dibuat disini. Antaranya adalah banana boat, jet ski dan lain-lain.
Tandas dan tempat bilas ok lah..Nak kata 100% bersih, tak juga..tapi boleh la....lagi satu, macam tak banyak je shower disediakan. Kalau waktu kemuncak mesti ramai dan padat untuk menunggu giliran mandi. Kebetulan aku pergi bukan waktu kemuncak. So pengunjung tak ramai. Alhamdulilllah...
Permandangan Pantai Desaru pada pukul 5.30 petang |
Dating..Anak-anak sedang seronok mandi manda |
Pantai awam ini ditutup pada jam 7.00 malam dan para pengunjung perlu mengosongkan kawasan ini. Polis bantuan akan membuat pengumuman pada 6.30ptg yang para pengunjung perlu mengosongkan pantai kerana gate akan ditutup pada pukul 7.00 malam.
Video diatas menunjukkan keadaan pantai dan ombak di Pantai Desaru yang malu-malu untuk menghempas ke pantai. Perlu di ketahui juga musim Monsun adalah dari bulan Nov - Mac setiap tahun. Waktu itu ombak tinggi dan sesuai juga untuk aktiviti surfing. Video ini direkod pada 9 Sept 2017. Sebab tu keadaan laut tenang sahaja.
Moga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak membantu anda diluar jika berhajat untuk kesini. Terima kasih dan selamat berhujung minggu..
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
No comments:
Post a Comment