Permandangan petang di Tanjung Balau. Gambar diambil dari arah Jambatan |
Salam..Entry kali ini nak cerita berkenaan Tanjung Balau pula. Sebenarnya sudah tidak terkira berapa kali aku kesini. Banyak kali kot. Baru hari ini aku nak share artikel.
Yang bestnya parking di sini adalah FREE..Dan kalau kita mandi laut, lepas tu kalau nak
bilas-bilas ada disediakan bilik mandi. Cajnya RM1 sekepala sahaja.
Petang ini aku ke sini bukan untuk mandi..Tapi saja jalan-jalan ambil angin petang bersama anak-anak. Air surut, so sangat sesuai untuk naik jambatan. Dari atas jambatan boleh tengok ikan dan ketam berlari sesama mereka. hehehe..Betul ke ayat aku ni?..Ini anak-anak aku memang suka.
Cantik kan gambar pemandangan di atas?? Ha apa lagi mari lah berkunjung ke Tanjung Balau. Ingat lagi waktu bulan Februari 2017 yang lepas aku ke sini. Waktu tu baru pindah Bandar Penawar dan kebetulan musim angin monsun. PErghhhh..Terkejut aku tengok ombak dia. Bukan main tinggi.
Gambar diambil pada 25 Feb 2017 |
Ha..Tengok gambar dan video diatas tu. Siap ada orang main luncur air guna payung tu lagi. Aku pon tak reti macam mana nak sebut nama sukan tu...Hehehe..Angin kuat waktu ni..Tapi ombak tak tinggi sangat. Boleh mandi.
Jika anda anda nak mandi laut, datang pada waktu bukan angin monsun. Tapi aku tengok, pengunjung sini ada juga mandi waktu angin monsun walaupun bendera merah berkibar sebagai tanda amaran bahaya untuk mandi. Ada juga anggota JPAM bertugas untuk mengawal keadaan.
Kepada anda yang ingin ke sini, ada disediakan beberapa resort. Boleh la datang ke sini. Info berkenaan resort boleh google..Sebab aku rasa pengurusan resort baru bertukar diberi nama Bayu Balau Beach Resort dan ada lagi beberapa penginapan chalet lain yang boleh di sediakan di sini.
Semoga bermanfaat.
UPDATE 5 JAN 2019
============
Petang ini aku ke Tanjung Balau jumpa pula abang ni tengah main kereta yang di gerakkan menggunakan kite atau payung. Aku pon tak tau lah apa nama betul sukan ini.
Abang ni, dua orang sekawan sedang bermain. Meraka dari kelab Pelayang Tegar Malaysia (PTM) . Boleh search di Facebook nama kelab ini ya.
Nak cerita banyak tak tau, tengok je lah video kat bawah ni ya. Sepanjang hidup aku, inilah pertama kali aku kenal dengan sukan ini. Macam menarik.
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Kadang2 ade banana boat :)
ReplyDeleteitu lupa nak tulis..yup..banana boat pon ada, lagi satu apa nama tu..motor atv ke apa ntah namanya.
Delete