Pages

Wednesday, 18 October 2017

Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat


Sejak pindah di Johor ini, inilah pertama kali aku kesini. Pada mulanya sekadar ingin melawat makcik aku yang tinggal di Pasir Gudang.

Kebiasaaanya kalau aku hendak pulang ke Bandar Penawar  dari Pasir Gudang, aku akan melalui jalan ini iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan akan masuk ke Highway Senai-Desaru melalui plaza tol Cahaya Baru, Pasir Gudang. 




Macam biasa aku akan nampak signboard tertulis
Tanjung Langsat kalau kita terus lagi. Tapi aku malas la nak terus. Nak kejar masa aku akan terus masuk kiri menghala ke tol Cahaya Baru.

Tetapi hari ini, rasa ingin sangat-sangat pula terus. Nak tengok apa yang ada di Tanjung Langsat ini. So hari ini dalam sejarah. pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini.

Nak masuk kawasan kampung ini ia agak tersorok sedikit, kena melalui kawasan kilang-kilang. Tapi aku macam biasa follow sahaja signboard yang tertulis kampung Tanjung Langsat.

Dalam perjalan wife aku terus tekan di FB untuk mencari info berkenaan Tanjung Langsat. Terus terpampang Selera Tanjung, Mi Bandung Udang...Hmmmmm..Slurpppp..Apa lagi? Hati terus rasa ingin mecari tempat yang dimaksudkan.



Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat
Akhirnya jalan punya jalan, tiba lah tempat yang dituju..Ada sign board dalam kampung tu tertulis "Selera Tanjung" ni. Masuk kampung ni rasa aman damai sahaja. Lama tak masuk kampung kan. Rindu suasana kampung. Aku langsung tak guna waze..Just main terjah sahaja. Nampak sahaja kedai ini aku terus berentikan kereta. Kalau nak terus boleh lagi ni. Nampak macam ada je jalan kalau nak terus..So aku tak tau lah apa yang ada di depan-depan tu kalau aku terus.


Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

Sengaja aku pilih tempat di hujung sekali. Ini boleh dikatakan restoran terapung lah. Waktu aku pergi ni air surut. Boleh nampak di bawah tu anak ketam dan ikan belacak sedang berenang-renang. Anak-anak aku suka lah.

Aku order 2 mi bandung udang, 2 air limau ais dan 1 teh o ais limau. Sambil-sambil makan tu aku layan perasaan tengok kapal terbang lalu lalang di atas tu..Memang disini tempat laluan kapal terbang. Tak terkira berapa banyak kapal terbang yang lalu.



Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat
Tuuuu dia..menyelerakan

Rasa dia..hmmmm boleh lah...Sebelum ini aku pernah makan di Teluk Sengat Mi bandung macam ini. Tak menepati selera aku sebab mi bandung dia (Teluk Sengat) ada tabur kacang tanah pula. Macam pelik je kan? Tapi bagi penduduk di Teluk Sengat, mungkin itu lah keistimewaaan dia.


Kalau anda pernah makan mi bandung di Muar. Ha, macam ini lah rasa dia..iras-iras mi bandung Muar.. Cuma mi kuning dia ni, keras sedikit seperti kurang celur dengan air panas..Kalau mi bandung di Muar tu, PErghhhhh..Itu lagi superb beb! 
Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

Dari jauh boleh kelihatan jambatan yang selalu aku gunakan untuk pulang ke kampung kalau melalui highway Senai-Desaru ini.

Ok..anak-anak dah tak sabar untuk pergi ke jeti sebelah tu..Aku pon bayar total semua RM25.. Berbaloi kot untuk hidangan yang aku order ini..Bab-bab harga ni aku tau reti sangat. Janji sedap..pada aku berbaloi lah.



Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat


Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

Permandangan yang cantik dan mendamaikan fikiran. Sebenarnya anak aku yang tak sabar nak ke jeti ni. Mungkin dia nak tengok ketam kot. hehehe..

Ada beting pasir kat bawah tu..So boleh la aku dan anak-anak turun tengok kehidupan paya bakau kat bawah tu. Punya lah excited anak-anak aku.

Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

So seronok-seronok main waktu asar dah masuk..Elok lah kita beransur dulu..Anak-anak happy..Kita pon happy..


Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat
Anak mak mentua pon turut happy..hehe

Sebelum balik sempat lagi mereka bertiga main buaian kat kedai ni. hehehe

Jalan-jalan di Kampung Tanjung Langsat

Alhamdulillah...jumpa lagi. babai.




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment