Lama tidak melihat sunset sejak tinggal di Bandar Penawar ni. Yer la laut sebelah Desaru ni mana ada sunset. Sunrise adalah.
Sebelum ni ada kawan pergi ke Tanjung Pengelih, so dapat la saya berbalas komen beliau di FB. Katanya kalau nak makan-makan sambil tengok matahari terbenam boleh
je pergi Tanjung Pengelih.
So aku pon pergi lah hari ini..Saja-saja melihat tempat orang.
Buat anda yang tidak tahu dimana Tanjung Pengelih, sila rujuk peta dibawah:
Ha tu..yang tanda merah tu. |
Zoom in sikit..Perjalanan aku dari Bandar Penawar. Dekat je. |
Menurut artikel tersebut sebenarnya kawasan ini telah pun di bangunkan untuk projek RAPID Petronas. Sebab tu bila aku sampai di sana kebanyakan orang yang aku jumpa adalah pekerja-pekerja disana yang masih lengkap berpakaian seperti dibawah. Baru balik kerja la kot.
Aku meneruskan perjalan hingga ke Tanjung Pengelih..Terusssssss...Tiba-tiba dan sampai jeti. Rupanya jeti ni kira penghujung jalan la. Jalan mati. Apa lagi turun kereta kejap ambil gambar apa yang patut. Dari jeti ini kita boleh nampak Singapore.
Gambar-gambar di bawah adalah gambar di kawasan luar jeti.
Dibawah pula gambar dalam jeti. Di jeti ni ada pejabat imigresen. Dengarnya boleh buat passport disini dan ada juga perkhidmatan feri disediakan untuk ke Changi, Batam dan Tanjung Pinang berdasarkan papan tanda yang terpampang di kaunter jualan tiket feri. Inysallah boleh la call nombor tu kalau nak pergi Changi, Batam dan Tanjung Pinang nanti.
Nampak tak nombor telefon tu??huhu |
Gerai makan yang aku pergi ni betul-betul depan kubu ni. Nampaknya ada ikan bakar dan lain-lain hidangan makanan laut..huhu..tak order pon. Aku dah kenyang..Hanya order mee goreng sahaja.
Ok lah..kami nak makan..Lepas tu terus pulang ke Bandar Penawar semula..Babai..jumpa lagi.
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
No comments:
Post a Comment