Papan tanda di pintu masuk |
pagi anak-anak sibuk ajak pergi jalan-jalan.
So, aku bawa lah anak-anak ke sini. Memang seronok rupanya.
Pintu masuk taman buaya |
Perjalanan aku dari Bandar Penawar mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja. Akhirnya sampai tempat yang di tuju.
Taman buaya ini di istiharkan taman buaya tersebesar di semenanjung Malaysia yang memiliki buaya spesis tembaga lebih daripada 1000 ekor. Malah buaya tertua juga ada sini. Menurut sumber pekerja di sini umurnya mencecah 150 tahun. Untuk makluman, buaya ini boleh mencecah umur 200 tahun dan lebih katanya.
Wefie di entrance |
Gambar yang diambil secara sukarela oleh salah seorang pekerja di sini |
Taman buaya ini selesa untuk pengunjung kerana laluan jalan kaki untuk melihat buaya-buaya di setiap kolam ini berbumbung. Kalau hujan atau panas pon, kita masih boleh melihat buaya-buaya di sini.
Semua ruang jalan kaki adalah berbumbung dan selesa |
Buaya-buaya di sini diasing-asingkan kolam mereka mengikut umur. Jadi kita akan lihat setiap kolam tu sama sahaja saiznya. Ada juga buaya yang dalam satu kolam tu dilahirkan "istimewa" tidak berekor dan mulut senget. Kesian buaya "istimewa ini. Buaya albino pon ada. Tapi tak ambil gambar pula. hehe..
Buaya istimewa dilahirkan tanpa ekor |
Buaya istimewa dilahirkan bermulut senget |
Sama kan saiznya?? |
Kolam tempat membiakkan buaya-buaya di sini. Kolam nampak tenang. |
Dalam ni pun ada buaya. Kolam tempat buaya berenang dan santai-santai. hehehe |
Di dalam taman buaya ini juga ada kafe dan tempat-tempat santai untuk pengunjung ambil gambar. Cantik juga. Boleh di jadikan kenangan untuk keluarga.
Di bahagian luar, ada dipamerkan tulang belulang buaya dan gigi buaya dan telur buaya yang sebenar. Rangka tulang dan telur semua ni memang sangat menarik untuk pendedahan kepada kita dan anak-anak.
Selepas keluar dari taman buaya ini, Saya jalan-jalan ke tepi Selat Johor. Taman buaya ini betul-betul berhadapan dengan Selat Johor. Kepada kaki pancing boleh datang sini untuk memancing dari tepi pun ok. Masa saya datang ni air sedang pasang. Gambar-gambar pemancing sedang memancing ada kat bawah ni.
Akhir kata dari saya. Marilah berkunjung ke sini. Serius cakap memang tidak rugi. Berbaloi dengan apa yang kita dapat. Ilmu baru berkenaan buaya. Staff di sini juga ramah dan mereka bersedia melayan anda. Anda boleh bertanya soalan berkenaan buaya kepada mereka.
Sekian, Moga entry ini bermanfaat kepada anda di luar sana. Terima kasih. Jumpa lagi pada entry akan datang.
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
No comments:
Post a Comment