anak aku layan youtube guna wifi hotel |
Terasa seperti telah lama aku tak mandi kolam renang. Kebetulan hari cuti sempena Deepavali tak tau nak pergi mana maka aku rajin-rajinkan tangan untuk buka Agoda.
Ya akhirnya jumpa satu lokasi yang aku rasakan sesuai untuk kami sekeluarga menghabiskan masa bersama keluarga.
Tempat pilihan kami kali ini adalah Aman Sari Residence terletak di
Masai, Pasir Gudang.
kita sibuk nak check in. Dia sibuk bergambar. |
OK sekarang kita sembang. Kenapa aku pilih hotel ini? Sebenarnya aku pernah cakap dalam posting aku sebelum-sebelum ini, aku ni kalau pilih hotel untuk menginap, pasti akan melihat kepada keadaan kolam renangnya.
So jawapan kenapa aku pilih hotel ini adalah kerana kolam renangnya yang luas dan selesa untuk aku dan anak-anak. Kolam dewasa dan kanak-kanak memenuhi citarasa aku.
Dan yang paling menarik perhatian aku adalah kolam renang ini adalah kolam renang indoor. Tak panas dek cahaya matahari dan kalau hujan pon aku boleh katakan sesuai untuk kita mandi.
dalam banyak-banyak gambar. inilah aku rasa gambar paling win. Ala-ala model hero remaja |
Masa aku menginap di sini tak ramai
orang. So boleh dikatakan kolam ini kami yang punya. hahaha
Sebelah
malam aku makan di kedai depan Hotel Aman Sari ni namanya Restoran Bestro
Buds Disebabkan dah kenyang aku hanya order murtabak cheese dia. Memang terbaik beb.
Keesokkannya macam biasa sambung mandi kolam sampai kecut. Lepas tu balik.
Jom check out.
Pada aku resort ini sesuai juga untuk bawa anak-anak mandi kolam. Keadaan resort bersih dan terjaga. Aku recommend pada korang juga kalau mahu bermalam di sini.
Ok lah babai. Jumpa di entry lain pula ya.
Terbaik utk family..😍😍👍🏻👍🏻
ReplyDelete