Saturday 25 August 2018

Menginap di Mahkota Hotel

Menginap di Mahkota Hotel, Melaka


Alhamdulillah selesai program semalam bawa anak jalan-jalan sekitar bandar Melaka. Setelah sekian lama tak pergi Melaka sejak tinggalkan bumi Melaka. Rindu tu usah cakap lah. Yer la. hampir 7 tahun aku bermastautin di Melaka sejak 2009 hingga 2017.

Biasanya kalau balik kampung di N9 aku tak sempat singgah Melaka pun. Tapi, kali ini ada cuti panjang lebih 2 hari sikit maka aku ambil peluang melihat rumah aku di Melaka. Sekadar lalu
depan rumah sahaja. Kelihatan baik-baik sahaja rumah aku tu. Elok je penyewa jaga. Alhamdulillah.

Selepas solat jumaat di Masjid yang aku rindukan iaitu masjid Al-Azim, masjid negeri Melaka, maka aku meneruskan perjalanan untuk ke Bandar Hilir terletaknya lokasi Hotel Mahkota ini..

Sebenarnya hotel ini aku dah book 1 minggu sebelum kalau tak silap aku. Punyalah  murah pada aku kerana ada promosi. So tambah fee dan tax agoda RM121.51. Aku reedeem Agoda cash, total aku kena bayar RM89.98.


Yang bestnya Hotel Mahkota ini adalah kolam mandinya yang luas. Sesuai untuk anak-anak. Orang macam kita yang ada anak ni dah paham. Keutamaan kita kalau book hotel mesti meletakkan kolam renang sebagai salah satu ciri paling utama sebelum kita memilih sesuatu hotel. Kannn??

Kolamnya yang luas tak kira kolam kanak-kanak atau kolam dewasa. Siap ada jakuzi lagi. Orang ramai pon masih boleh menampung permintaan penunjung. Tak la nampak crowded sangat pun. 

Bilik pon ok kemas dan bersih. Cuma sedikit kurangnya sebab ni hotel lama, so perabot tu kelihatan usang sikit tapi tidak la serius sangat pada aku. Still acceptable. Dengan RM 89.98 yang aku bayar aku tak boleh nak expect lebih.

Malamnya aku makan di kedai kegemaran aku iaitu restoran Pak Putra yang terletak di Kota Laksamana. Kedai yang wajib kita kunjungi terutamanya penggemar makanan Pakistan. Aku dulu kalau duduk Melaka biasa pergi sini. Aku akan order cheese nan dan ayam tandori dia. Nak lagi best boleh order double atau triple cheese nan. Aku boleh jamin memang sedap. Dah banyak tempat yang menjual cheese nan dan tandori ni aku pergi, satu malaysia aku dah jalan, tapi belum dapat menandingi kesedapan di restoran Pak Putra ni.

Menginap di Mahkota Hotel, Melaka
Suasana malam dari bilik hotel. Tu dia jalan jem.
Sebaik masa aku makan ke restoran Pak Putra tadi tak jem macam ni

Keesokkan paginya sebab aku tak ambil pakej ada sarapan. Sengaja aku berbuat demikian sebab aku rindu nak makan di warung Hajah Robiah. 

warung hajah robiah

warung hajah robiah

Dulu masa aku bertugas di Melaka boleh dikatakan aku selalu juga sarapan di warung ini. Terletak di Tengkera. Memang recommended sangat. Orang melaka memang dah kenal dah warung ini. Sangat banyak pilihan makanan waktu pagi.

Aku tapau je. Sebab anak-anak belum bangun lagi.

Lepas sarapan apa lagi. Mandi petang semalam tak puas, kita sambung pagi ini pula.


Menginap di Mahkota Hotel, Melaka
ha ni yang aku kata tu. Ada jakuzi besar tu..Best je rasa duduk lama tu.
Dibelakang tempat anak aku berdiri tu.

Menginap di Mahkota Hotel, Melaka

Menginap di Mahkota Hotel, Melaka

Menginap di Mahkota Hotel, Melaka

Menginap di Mahkota Hotel, Melaka

Menginap di Mahkota Hotel, Melaka

Ok anak-anak seronok..ayah dan ibu pon seronok.

Puas aku dan anak-anak mandi. Lepas tu naik ke bilik, pintu bilik ada masalah. Kad access bilik tak boleh baca dan pintu tak boleh nak buka..huhuhu.. Ini aku sangat geram la. Hampir 45 minit aku dan anak-anak tunggu di luar bilik sehingga staff hotel datang membantu. Itu pon setelah lebih dari 5 kali panggilan telefon aku buat menggunakan handphone aku ni.

Serius tension. Spoil mood betul..Lain-lain servis fasiliti semua dah A dah, tapi saat akhir menunjukkan yang servis hotel ni slow. Aku tak pasti lah apa masalah mereka. 


Akhirnya selesai check out kami balik. Walaupun saat akhir ada masalah pada aku, aku tetap recommend hotel ni. Mungkin hanya berlaku pada aku je tu.

Sekian, sekadar berkongsi. Babai..

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget