Tuesday 11 June 2019

Kisah Port Out Dari Redone ke Telco Lain





Al-kisahnya pada minggu lepas aku ada bercadang untuk keluar daripada menggunakan telco Redone ke telco lain. Aku pun terus membuat proses port out macam biasa ikut proses syarikat telco lain. Dalam beberapa jam selepas itu dapat respon daripada telco baru yang aku nak guna tu bahawasanya permohonan aku ditolak.


Aku pun calllah syarikat baharu yang aku nak masuk(port-in) line tu, katanya masalah bukan datang daripada syarikat telco baharu ini, sebaliknya dari syarikat Redone.


Bukan nak memburukkan syarikat Redone, tapi sekadar ingin bercerita berkenaan servis mereka. Aku pun calllah customer care mereka, punya lah susah untuk dijawab. Call banyak kali masih susah untuk dijawab.

Selepas dapat disambung, aku pun dapat tahu bahawasanya permohonan keluar aku dari Redone di tolak sebab aku ada dua nombor berlainan dan pada masa sama bill kedua-dua nombor ini disatukan.


Ooooo itu puncanya. So aku kena buat separate bill. So nak buat separate bill kena pergi mana-mana egen untuk isi borang bla..bla..bla katanya..

Pada aku menyusahkan betul..Apa guna customer care kalau hal ini pun aku kena pergi jumpa egen. Sepatutnya perkara sebegini boleh di selesaikan dengan mudah dan cepat. Zaman dan canggih tetapi mereka masih ikut cara lama. Buat la online form ke, guna fax ke, guna email ke, macam-macam cara kita boleh buat sebenarnya untuk memudahkan pelanggan dalam urusan sebegini. Kalau cawangan/agent banyak tak perlah..ini???hmmmmmm.

Pada aku, perbualan aku dengan person customer care Redone tersebut tidak menyelesaikan masalah aku. Dan pada masa sama aku tak tau dimana nak cari egent redone berdekatan aku. Call semua customer care, macam biasa susah untuk dijawab.

Aku buka pula online chat mereka..Pun sama susah nak berbalas online chat tersebut. Lambat mereka respon. Ya aku paham sebab pelanggan ramai.

Selepas itu aku cuba hubungi menggunakan whatsapp pula, seperti dijangka..mereka lambat respon. Tapi akhirnya mereka respon juga walaupun lambat.


Ada beberapa perkara yang perlu aku persetujui sebelum membuat bill separation ini. Ini adalah petikan dari perbualan aku dengan personal care Redone aku menggunakan whatsapp:



Kisah Port Out Dari Redone ke Telco Lain

Kisah Port Out Dari Redone ke Telco Lain

Kena caj RM10 untuk separate bill dan ada masa tertentu sahaja yang boleh dibuat. Memandangkan aku berada jauh dari lokasi agent redone, aku kena pergi ke Kota lebih kurang 47km perjalanan. Wow..Seronok rasanya..Inilah yang dinamakan keseronokan sebenar.

So aku terpaksa tangguh dahulu untuk proses port-out ini. 

Untuk makluman bukan ini pertama kali aku membuat proses port-out. Dah banyak kali mengikut citarasa aku. Kalau ada je mana-mana telco yang aku dapati pakej mereka bagus, aku akan tukar..hahaha..OK je..Senang je nak berurusan. Semua urusan taklah sesusah port-out keluar dari Redone ni. Aku pernah port-out dari Maxis, Celcom, Digi, Onexox. Ok je.. Takde masalah..Kalau ada apa-apa pun semua boleh diselesaikan secara online tanpa perlu aku ke servis center atau cawangan telco.

Sekian, itulah kisah yang aku nak kongsi kepada semua pembaca diluar sana. Babai..

==============

update 14/6/2019

Hari ini aku ke Kota untuk membuat proses seperate billing no telefon aku ni..

Aku ringkaskan apa yang syarikat agent tu perjelaskan kepada aku:

1. Aku ada dua nombor. Iaitu nombor 010xxxxxxx (master line) dan 019xxxxxxx(supplementary line)

2. Nombor 010xxxxxxx tidak berjaya untuk port-out tempoh hari sebab selama ini billing aku disatukan. So sekarang aku kena buat separate billing.
3. Untuk separate billiing sekaranglah waktunya iaitu 6-20 hari bulan sahaja setiap bulan. Caj RM 10 akan di caj ke dalam billing aku nanti sebagai yuran proses untuk separate billing.
4. Pada masa yang sama untuk menjadikan no aku lagi satu 019xxxxxxx itu sebagai nombor master, aku kena bayar deposit RM50. huhuhu..So apa nak buat..Aku bayar je la asalkan aku boleh port-out.

5. Deposit ini akan di pulangkan semula katanya dalam bill kalau akan datang aku berhajat nak keluar dari Redone. hmmm ntah la..

resit RM 50 yang aku bayar sebagai deposit untuk menjadikan no 019xxxxxxx aku sebagai no master.
hmmmmm so sekarang...apa pandangan anda?? Beginilah susahnya aku bila nak port-out dari Redone. Sebelum ini aku pernah terbaca orang share berkenaan isu ini juga. Boleh baca di sini atau baca di sini.

So untuk anda di luar sana. Boleh la membuat penilaian sendiri ya..Seksa weh nak port-out.huhuhu

17 comments:

  1. Memang betoi...bermasalah sungguh dgn redone ni.. dah terminate..dah sattle payment seperti dlm mesej sblm tukar ke Telco lain..tp lps sebulan..hr2 agen redone bahagian collection call kata ada tunggakan sebulan..suami pulak terminate redone bln 5.. bln ni br call ada tunggakan rm40..memang x puas hati dgn redone.. sbb sblm terminate Saya pergi redone centre utk sattle bil..

    ReplyDelete
  2. Sama mcam sy. Dah terminate bln 4. Bln 9 suruh byar tunggakan. Masalah betul redone ni

    ReplyDelete
  3. Hi nk Tanya, Bil redone biasanya keluar 1hb,so kalau sy nk port in ke telco lain, sy kene jelaskn Bil sebelom 1hb or selepas?

    ReplyDelete
  4. Saya lagi terkena dan masih terkena ...diorng ckp bil 48 apebila sampai bill lain 2 harga yg dtg kol costemer servis dia cakap setel bil bulan ni akan jadi normal balik sampai bill rm35 untuk bulan 3 saya rasa dah pelik takpe saya bayar sampai bill bulan 4 rm87 ape benda ni...ckp mcm keling kena game aku hari tu ckp lain..tegok besok aku nak kol...

    ReplyDelete
  5. kalau supp line yg port out dulu camne?mmg terasa nk port out tapi agak dah mesti ade cerewetnye.

    ReplyDelete
  6. Sy pn sama.sblum terminate redone bulan 5.dh jelaskan bil awal bln lgdh guna talian lain dh.bln 6 redone call kata bil sblum ni semasa.yg ni bln 5 pnye.so.sy byr la smua.bln 7 2020 ni kuar plak bil.celah mane lak dia kira.kena report kat aduan pengguna betul.patutnya jika betul ada tunggakan.kt xleh terimanate pn line tu.jika dh slesai bayaran bru leh terminate.ni dh slesai smua.dh tukar sebulan.msg kata kna byr bil.call suh byr terus.ingt btul la.tgok bln 7 kuar bil lg..memang penipu la camtu.

    ReplyDelete
  7. aku baru kena hari ni... nak port out tp gagal sbb ada kontrak katanya.. setahu aku, mmg aku tak ada apa2 kontrak pun dgn redone. Dah banyak kali call customer service tp mesin yg jawab. try live chat - dia mintak nama penuh, no. tel & no IC. Aku beri lah... tak ada respon pun...sampai chat tu expired... tukar staf lain pulak... sekali lagi mintak info.. beri lagi... tunggu lagi & lagi & lagi... fed-up betul... cuba whatsapp pulak... sama aje, tak ada respon... Bengang betul lah dgn redone ni..

    ReplyDelete
  8. MCM MCM nak tamatkan bil red one.masa daftar ari tu ckp rm40rggt.33gb.alih2 bru pakai 2 bulan..DPT 8gb jer..lpas tu ada tunggakan 4rggt..sthu aku byr tiap bulan 40 rggt..cukup..dah lah LPS byr..40 rggt..awal bulan..belum sampai 7hrbln..dah hbs data

    ReplyDelete
  9. Saya pun dari redone .. dari redone saya bertukar ke tunetalk ( saya guna sekarang) now dh port out dari tune talk ke celcom tapi rejected :-(

    ReplyDelete
  10. yes sama macam saya. Saya terminate redone pada 05.10.2020 dan sebelum tu saya dah settle semua bill yang tertunggak. then staff call kata masih ada lagi bil tertunggak sebab saya terminat selepas 01 haribulan. Next bill dah jalan masa tu. So walaupun saya cuma terminate lambat 05 hari daripada 01hb tu dia orang still minta saya bayar untuk usage 1 bulan. LOL. Ruthless. Saya minta pengurangan bayaran sebab saya cuma guna untuk 5 hari tapi still tak boleh, kena juga bayar untuk 1 bulan. Boleh ke report ke MCMC?

    ReplyDelete
  11. Nak terminate pn kena byr penalti rm100.. cakosai.. menyusahkan org btol🙄

    ReplyDelete
  12. Memang kaki putar alam pun redone ni...ambik pekej rm30 sekali bil sampai rm36 padahal talifon Tak pernah guna sbb battery Kong dah tu dah port out pun sama jugak bil cas padahal baru guna 3hb dah settel bil sampai hujung bulan dah...Tak pasal2 kena tambah lagi rm6 ringgit untuk bulan tu yang hanya baru guna 3 Hari sahaja...nampak Tak macam mana kaki putarnya Telco ini.

    ReplyDelete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget