Saturday 22 December 2018

Kedai Mainan Yang BEST dan Berbaloi di Johor Bahru

Kedai Mainan Kanak-Kanak Yang Menarik di Johor Bahru

Sebut sahaja kedai mainan kanak-kanak pasti akan menjadi masalah kepada ibu bapa untuk memilih kedai yang banyak pilihan. Kebiasaannya kedai yang ada tak banyak pilihan pon. Tambah-tambah lagi untuk aku ni yang tinggal di Bandar Penawar ni. Tak banyak kedai mainan kanak-kanak di sini. Kalau ada pon pilihan
agak terhad.

Hari ni aku nak kongsikan satu kedai yang pada aku menarik lah. Sebab ia banyak pilihan. Dah macam syurga mainan kanak-kanak je.

Aku dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi. Masih tak jumpa apa yang aku nak. Aku nak belikan anak aku scooter dan kasut roda. Puas cari di Kota Tinggi tapi tak jumpa.

Aku google lah. Ini memang tabiat aku meng"google" kalau nak apa-apa. hahaaha..

Hasilnya aku jumpa kedai ini. 



Kedai Mainan Kanak-Kanak Yang Menarik di Johor Bahru
hasil carian aku di google

Apa lagi aku buka waze terus ke kedai ini. Setibanya aku di Jalan Dedap 7, aku tak pasti ni area mana. Tak silap aku area Taman Daya ke Taman Molek ntah. Nanti kalau korang nak pergi, korang waze je la. Mesti jumpa. 


Di jalan ini sahaja aku tengok banyak juga kedai yang menjual mainan kanak-kanak. Kiri kanan banyak kedai mainan. Aku terus ke tujuan aku iaitu kedai Penn-Mart Toys.

Kedai pertama ni aku dapat scooter yang anak bongsu aku nak. Kasut roda tak de. Pekerja tu suruh aku beli di cawangan satu lagi. Di Jalan Dedap 13. Ada cawangan lain rupanya.



Kedai Mainan Kanak-Kanak Yang Menarik di Johor Bahru
amboih kemain lagi dia possing.

Kedai Mainan Kanak-Kanak Yang Menarik di Johor Bahru
dah dapat apa yang di hajati

Kedai Mainan Kanak-Kanak Yang Menarik di Johor Bahru
sesi test drive

Ok. settle di kedai ini, aku ke cawangan yang di maksudkan iaitu di Jalan Dedap 13. Kat sini baru ada kasut roda. Yezzaa


Kedai Mainan Kanak-Kanak Yang Menarik di Johor Bahru
Dah sampai di cawangan jalan dedap 13

Kedai Mainan Kanak-Kanak Yang Menarik di Johor Bahru
dah dapat kasut roda

Aku sebenarnya tak pasti lah kedai ni ada berapa cawangan. Pasal harga dan kualiti aku tak mau komen. Sebab aku tak buat perbandingan harga pon dengan kedai lain sama ada offline atau online. 


Kualiti pon aku tak pasti lagi sebab ini pertama kali aku ke sini.

Apa yang aku boleh katakan hanya lah berkenaan pilihan. Ya..pilihan..sangat banyak sampai rambang mata tak tau nak beli apa mainan kat sini. 


Aku boleh katakan, kalau kita nak apa sahaja pasti ada punya lah. Dari semurah-murah mainan sehinggalah semahal-mahal mainan.

Kedai ni katanya tiada warranty. Tak pasti sama ada mainan yang aku beli sahaja atau terpakai untuk semua barang mainan. Tapi takkan lah kot. Mungkin yang murah-murah je lah kot. 


Aku beli Kasut roda dan scooter memang takde warranty. Sebab tu pekerja suruh aku check dahulu betol-betol, lepas puas hati aku kena bayar dan sain satu akuan belakang resit yang aku tidak akan tuntut warranty. Aku faham, setuju, sain, dan bayar.

Kalau owner kedai ni baca blog aku ni, harap hubungi lah aku..kot-kot nak bagi sikit token kat aku ke sebab upkan pasal kedai dia ni. Dapat anak-anak aku buat belanja sekolah.


Ada satu penambahbaikan yang kedai ini boleh buat iaitu mungkin luaskan kedai. Ruang antara rak dengan rak yang lain sangat sempit. Kalau la orang ramai-ramai serbu dalam satu-satu masa memang aku rasa padat sampai tak boleh gerak. 

Masa aku ke sini pon tak ramai orang. Kalau nak lalu, kena sorang-sorang tak boleh bertembung atau berselisih. Aku kena rapatkan diri aku  ke tepi baru orang sebelah depan sana boleh lalu.

Lain-lain, aku rasa ok lah..Harga yang aku bayar pon agak reasonable lah.

Aku harap perkongsian ini berguna kepada ibu bapa di luar sana yang tak tau mana nak dapatkan pilihan mainan yang banyak. Ha korang boleh ke sini. Syurga beb..syurga..siapkan duit je lah..hahaha..

Sekian, Jumpa lagi. Babai.







================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

3 comments:

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget