Sunday 23 December 2018

Punca Kematian Utama Rakyat Malaysia 2017

Punca Kematian Utama Rakyat Malaysia 2017

Bila sebut berkenaan kematian, rata-rata daripada kita mesti akan timbul perasaan takut. Mungkin di sebabkan kita masih kurang persediaan untuk menghadapi kematian.

Walau takut macam mana pun, kematian pasti akan datang tanpa mengira usia dan 
waktu. Kita juga harus mengetahui apakah punca-punca kematian agar ia menjadi pedoman untuk kita di kemudian hari. Sekurang-kurangnya kita
boleh membuat langkah pencegahan awal apabila kita mengetahui punca sesuatu kematian.

Menurut stastistik yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, punca kematian utama rakyat Malaysia dapat di bahagikan kepada 5 punca utama iaitu penyakit jantung, Pneumonia, angin ahmar, kemalangan jalan raya dan ketumbuhan dengan kanser.

Jika di lihat untuk punca pertama, kedua dan ketiga masing-masing berpunca daripada penyakit iaitu penyakit jantung sebanyak 13.9%, Pneumonia sebanyak 12.7% manakala 7.1% untuk penyakit angin ahmar. Jelas menunjukkan jika rakyat Malaysia gagal menjaga kesihatan tubuh badan, mereka berisiko tinggi untuk menghadapi kematian. Antara lain penyebab faktor penyakit yang agak serius di kalangan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada makanan dan sifat tidak suka bersenam.

Punca ke-empat kematian utama rakyat Malaysia pula, berpunca daripada kemalangan jalan raya iaitu sebanyak  4.6%. Ini juga sebenarnya mungkin di sebabkan daripada sikap pemandu rakyat Malaysia yang suka memandu terburu-buru di samping faktor lain seperti keadaan fizikal jalan raya atau masalah teknikal kenderaaan.

Punca utama yang ke lima adalah 
ketumbuhan dengan kanser iaitu sebanyak 2.2%. Mutakhir ini kanser merupakan satu penyakit yang boleh membunuh secara senyap. Rakyat Malaysia harus peka akan perubahan fizikal tubuh badan kerana penyakit ini biasanya jarang dapat di kesan di peringkat awal. Kempen kesedaran bahaya kanser perlu di perluaskan lagi untuk memberi informasi kepada rakyat Malaysia.

Sebagai kesimpulan, 5 punca utama kematian rakyat Malaysia 2017 perlu di jadikan iktibar oleh semua lapisan masyarakat agar sentiasa berhati-hati dan peka agar kita juga tidak menjadi kepada penyumbang stastistik kematian. Sememangnya mati itu pasti, akan tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu ambil kisah berkenaan dengan statistik ini. Jagalah kesihatan diri, amalkan budaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Sekian, sekadar berkongsi pendapat. Terima kasih. 








================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget