Saturday, 22 December 2018

Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)

Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)

Jika nak baca part 3 boleh klik sini.


Suasana pagi yang sangat mendamaikan. Boleh dengar ombak di lautan sana yang sedang menghempas pantai. Pagi itu aku dan keluarga alas perut makan roti sapu jem peanut butter coklat.


Aku pagi-pagi lagi telah ke pantai ambil angin laut. Bersembang dengan rakan jiran sebelah chalet. Beliau dari Batu Pahat juga berjalan-jalan makan angin.




Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
suasana pagi yang mendamaikan


Selepas tu aku bersembang pula dengan pekerja chalet di situ. Aku ada bertanya apa yang best kalau nak sarapan di sekitar kawasan ini. Beliau mencadangkan aku pergi ke Penyabong. Tak jauh sangat katanya dalam 10 minit perjalanan. Di sana banyak pilihan. Ada nasi dagang, nasi kerabu katanya.

Aku pon start kereta anak beranak menuju ke tempat yang di sarankan. Memang ada banyak kedai tepi jalan jual pelbagai makanan. Aku teruskan perjalanan sehingga sampai ke Jeti. Jeti Penyabong sedang rancak dalam pembinaaan.



Aku ada perasan pakcik-pakcik minum di kedai ini berbual dalam dialek pantai timur. Mungkin mereka berasal dari pantai timur kot dan telah lama menetap di sini. Aku agak je la. Kalau tak, takkan mereka cakap dialek pantai timur.


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
Area Pantai Penyabong ini rupanya banyak juga resort dan chalet di sediakan.


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
anak aku dengan lahapnya makan nasi lemak


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
Pemandangan Jeti Penyabong yang rancak di bangunkan


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
View dari tempat makan aku. Atas bukit sikit la.

Selesai makan kami meneruskan jelajah ke Pasir Lanun Camp & Chalet. Ini yang aku cakap sebelum ini antara tarikan penggemar camping juga. 


Di sebabkan aku bermalam di Teluk Gorek Chalet & Campsite, alang-alang dah sampai Penyabong menarik juga aku tinjau keadaan kat sana. Sekurang-kurangnya aku sampai dan menjejakkan kaki ke sini juga.

Nak masuk ke 
Pasir Lanun Camp & Chalet ni kena lalu jalan tidak berturap. Malam sebelumnya dah la hujan, jalan agak berlecak. Aku gagah juga memandu kereta aku ke sana. Dah macam 4wd aku buat kereta aku ni. hahahaha.



Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
Jalan masuk ke Pasir Lanun Camp & Chalet


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
wefie seround dua


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
jom teruskan perjalanan. Jauh juga ke dalam rupanya.
Dalam 5-10 minit memandu sampai. Aku drive tak laju sebab banyak becak-becak sana sini. Habis kotor kereta aku. hahaha..Tak pe..nanti boleh basuh. Yang penting pengalaman memandu bawak anak di jalan off road macam ni. Anak-anak aku suka dan teruja.



Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)




Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)


Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)


Serius sangat cantik dan mendamaikan tempat ini. Mesti syok kalau bermalam di sini. Aku nampak ada chalet di sediakan. Tapak camping pon ada.

Ok lah..akhirnya abis juga aku menulis semua kisah-kisah perjalanan aku bersama isteri dan anak-anak. Ada 4 bahagian semuanya. Ini bahagian akhir.

Jika ada yang terlepas baca boleh klik semua link keempat-empat bahagian di bawah ni ya.babai

1. Pengembaraan Back To Nature-(Part 1: Bandar Penawar-Sedili Kechil)

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget