Tuesday 14 April 2020

Cara Mengenal Seller Penipu Jual Produk FAKE di Shopee


Pernahkan anda merasa tertipu kerana membeli produk fake di Shopee??

Ha, hari ini aku cerita pengalaman aku merasa tertipu setelah membeli produk  fake di Shoppee.

Kisahnya begini, aku adalah penggemar kopi. Untuk lebih tepat adalah aku penggemar Min Kaffe produk keluaran Sahajidah Hi-O Marketing. Aku bukan ahli atau egen. Aku pengguna akhir. Aku tahu
harga Min Kaffe keluaran syarikat ini adalah RM31.10 untuk satu kotak.

Biasanya aku beli produk ini dari egen sah Hi-O, Cuma kadang-kadang sahaja aku beli di kedai-kedai biasa toko jamu, dan di Shopee.

Aku ada terjumpa satu kedai penipu ini di Shopee. Harganya sangat murah. Dia jual RM21 sahaja. Paling mahal pun kalau dia naikkan harga mesti tidak lebih dari RM23.00.

Aku dah terbiasa beli darinya. Siap repeat order 5 kali tu..Adoi!! Setiap kali beli mesti aku akan pesan 5 kotak terus.

Sehinggalah aku berbual dengan jiran depan rumah aku ni. Dia ni pengedar sah Hi-O. Aku tanya dia jual Min Kaffe berapa RM? Dia kata RM31.10. Runding-runding dapat diskaun aku bayar RM30. Ok lah.

Katanya itu memang harga pasaran dia. Jiran aku siap bagi aku price list lagi dari syarikat Sahajidah Hi-O Marketing. Dalam tu ada tulis harga pengedar RM27.30. Harga Runcit adalah RM31.10.

Mengikut polisi syarikat tak boleh pengedar menjual harga murah dari harga runcit. Salah tu. Kalau dapat tangkap oleh syarikat, status kita sebagai pengedar boleh kena batal. Begitulah seriusnya syarikat ingin menjaga semua para pengedar dia agar bersaing secara sihat sesama sendiri dan bukannya dengan potong harga macam ini.

So macam mana kedai penipu ni boleh jual lagi murah?? Adakah dia pengedar, atau stokis?? Harga stokis pon tak boleh dapat RM21.

Ini selamber je dia jual RM21. Murah betol. Pelik ni..


Dari saat ini aku mula terfikir. Aikkk pelik ni. Jangan-jangan barang aku beli selama ini adalah barang fake.

Lagi pun jiran aku menambah, sekarang memang banyak produk fake. Produk  bagus memang akan ada pihak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.


Baru sekarang aku terbuka hati untuk menyiasat.

So aku pun buka komen-komen orang lain dalam shopee kedai penipu tu. Ini yang aku jumpa. Ada 40-50 komen kata itu produk fake. Lihat gambar di bawah:




sebahagian dari komen-komen pelanggan yang menyatakan produk ini adalah fake





Lepas tu aku chat dengan seller..Tau apa jawapan dia? Ha lihat gambar di bawah pula:





Allah..tepuk dahi aku. Macam mana aku boleh tak perasan sebelum ini. Ini lah akibat dari terlalu mencari harga murah sampai diri sendiri terkena.

Banyak cantik ko produk second gred?? Premium punya? chaitt..Ini ayat selamat ko kan? Cakap je la ini produk fake atau tiruan.

Ada juga orang macam ini yang membuat jualan haram berdasarkan kelemahan pelanggan. Harap seller ini cepat bertaubat. Menjual barang fake adalah salah.


Persoalannya adalah;
1. Selama ini aku beli produk fake ke?. What??
2. Adakah bahan-bahan dalam produk tersebut selamat?
3. Adakah produk fake ini boleh memudaratkan kesihatan?

Aku hanya mampu berdoa agar selama aku minum min kaffe fake dari selller penipu ini ini ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada badan aku la. Aminnn..

Kejadian ini membuatkan aku lebih berhati-hati lagi untuk membeli di shopee mahupun kedai-kedai biasa toko-toko jamu. Lebih elok kita beli direct dari HQ syarikat Sahajidah Hi-O marketing sahaja.

Bukan sahaja Hi-O ya. Ini contoh sahaja. Mungkin produk keluaran syarikat lain pon kita kena beli direct dari HQ atau pengedar sah mereka. Boleh check sendiri sama ada mereka pengedar sah atau pun tidak.

Pada aku kita kena sebarkan info ini biar semua orang tahu. Produk berasaskan makanan dan minuman ini kita kena amik serius sebab kita tak tahu apa kandungan dalam tu sama ada bahaya atau tidak.

Okay aku kongsikan serba sedikit beza antara produk fake dan original HQ.


Yang kiri fake, yang kanan original. Yang ori lebih kemas. Bucu-bucu atas tu perfect



Kiri fake, kanan original. Yang fake warna kotak dia cair sikit warna hijau dia. Yang ori. Hijau dia pekat sikit.

Kalau kita scan barkod untuk yang fake, akan keluar seperti gambar di bawah:




Manakala produk original sudah pastinya barkod nya boleh dibaca dan sah seperti gambar di bawah:



Asbab dari kejadian ini aku "terdaftar" sebagai ahli. Bukan apa. Sebab aku nak dapatkan harga ahli itu sahaja. Pada masa yang sama dapat kumpul point.

Jadi aku bukan nak menjual sangat. Lebih kepada nak guna dan minum untuk diri sendiri dan keluarga je.

Kalau anda di luar sana berminat nak rasa min kaffe ini boleh klik nama "ajaiensem82" di bawah:

AJAIENSEM82

Confirm original dan sah dari HQ Sahajidah Hi-O Marketing.

So apa kesimpulan untuk kita semua? 

1. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang murah.

2. Semak harga runcit daripada pengeluar produk. Boleh rujuk agen mereka atau website mereka dan sebagainya.
3. Sebelum membeli baca komen-komen orang lain. Klik pada rating 1 bintang. Baca kenapa ada pelanggan lain beri 1 bintang. Biasanya kita boleh baca komen telus di sini. 

Sekian, sekadar berkongsi harap ia bermanfaat kepada semua.

Babai..





3 comments:

  1. Hai. I kena tipu juga oleh seller yang sama and he replied me this product is GRADE. I'm writing to shopee and hope shopee can seriously take action on this seller

    ReplyDelete
  2. Sayapun pernah terbeli kopi ratu kedai jamu bawah rumah .tiruan.packing cantik.tapi rasa dia tak blh tipu.semoga mereka² yg terlibat ini mdpt taufik hidayah.

    ReplyDelete
  3. tipah tertipu jugak tp beli tak murah pun. rm30 jugak. beli dgn org yg dikenali tp bila bukak bau dan tekstur tak same mcm selalu minum

    ReplyDelete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget