Tuesday 17 December 2019

Tukar Bearing Perodua Alza Dan Lay Disc Brake Depan

Tukar Bearing Perodua Alza Dan Lay Disc Brake Depan

Hai. Salam sejahtera semua pembaca blog abamjai. Hari ini saja aku nak share kejadian Alza aku lampu ABS menyala. Dengan harapan penulisan ini memberi rujukan kepada aku pada masa akan datang.

Sejak sehari dua lepas..Lampu ABS di dashboard aku menyala. Nak check
sendiri tak pandai. Setakat tengok minyak brake ada kurang atau tak itu aku pandai lah.

So kebetulan aku ke Melaka..Ada kerja di sana. Ada masa lepas kerja aku ke satu bengkel di kawasan IKS Duyong. Kedai tu namanya Sha Auto Service. Orang Melayu Islam kita punya bengkel.

Tujuan aku ke sini sebenarnya memang nak lay disc brake depan aku. Sebab apa? Sebabnya kalau aku brake sewaktu memandu mesti strereng akan bergegar. Dulu 140km/j brake pasti akan bergegar. Sekarang pada kelajuan perlahan, bila brake pon mesti stereng akan bergegar.

Pada masa yang sama nak suruh dia check sekali kenapa lampu amaran ABS aku menyala. 

Dia check guna alat di bawah:
Tukar Bearing Perodua Alza Dan Lay Disc Brake Depan

So selepas di periksa di dapati ia berpunca dari brake belakang. Sensor detect ada masalah pada brake belakang. Bila periksa takde apa-apa pula. Bearing belakang apa semua ok. So mekanik detect mungkin ada masalah pada sensor. So aku decide untuk hold dulu pertukaran sebab nak save budget. Sensor sahaja masalah tidak berbahaya..Akan datang aku tukar la. So mekanik default setting semula lepas tu, lampu ABS tak menyala dah.

Fokus aku beralih ke tayar depan pula. Selepas diperiksa, memang disc brake depan dah calar teruk. So mekanik buka untuk uruskan. Pada masa yang sama bearing depan pon ada masalah. Bila mekanink try putar-putarkan tayar ada bunyi kasar. 

So tukar bearing depan juga. Yang mahal ada RM180/pcs. Made in Japan. Kalau nak tukar, kena beli dua lah..Wow..Mahal rupanya. Yang biasa punya RM110/pcs..Katanya ini yang standard perodua punya. Perodua memang akan guna yang biasa ni. Kata mekanik. Lupa nak ambil gambar. Apa ntah nama brand bearing ni. Tak ingat.

So cara mekanik ni buat kerja adalah tanggalkan semua part. Lepas tu untuk lay disc brake dia hantar kedai depan sana. Masih dalam kawasan IKS juga.. Spare part pon dia call macam tu je. Sekejap lagi sampai spare part. Lepas tu untuk keluarkan bearing dia hantar kedai sebelah sini pula. Sebab bearing tu kena pump guna alat apa ntah aku pun tak tau. Sama macam lay disc tu. Dia ada alat dia yang tersendiri.

Tukar Bearing Perodua Alza Dan Lay Disc Brake Depan


Selepas settle lay disc dan tukar bearing semua. Mekanik Sha Auto Part pasang sahaja. Ooooo macam ni rupanya kedai di sini beroperasi. Dah macam ada kolaborasi antara bengkel-bengkel sekitar plak.

Pada keseluruhannya aku puas hati dengan bengkel ini. Mekanik dan tokey ramah gila dan baik. Penat nak layan borak dengan mereka. Tokey dia pula siap buatkan aku air kopi panas sementara aku nak tunggu dics brake siap dibuat.

Ok..siap pasang..Selepas pasang semua masalah brake bergegar apa semua telah selesai. Brake pad pon kena tukar. Supaya baru la ngam..Disc brake dah licin dan pada masa yang sama pad pon baru. Baru chantekkkkk...

Nahh...kat bawah aku belanja gambar bil keseluruhan yang aku kena bayar.

Tukar Bearing Perodua Alza Dan Lay Disc Brake Depan

Pump bearing - RM 60. Ini yang aku kata buat kat kedai lain tadi tu. Pump keluarkan dan ganti dengan bearing baharu.

Lay disc- RM60 untuk dua-dua belah kiri dan kanan.

Brake Pad - RM95 untuk kiri dan kanan

Bearing -RM110 x 2 = RM220

Diagnose - RM30. Ini yang guna alat detect sensor ABS tadi kat atas tu. Kena caj juga rupanya. Ingatkan free je. hehehe..Nampak macam senang je dia detect sensor tu tak berfungsi.

Upah - RM100.

TOTAL = RM565.00

Apa macam?? 

Jika pemilik alza sekalian telah tukar benda-benda diatas..Boleh la share..Berapa pula harga yang anda kena bayar.

Untuk makluman sejak beli tahun 2014, inilah pertama kali tukar bearing dan lay disc brake depan ni. Ok la tu kan. 5 tahun dah..

Moga kita semua boleh dapat menfaat dari perkongsian ini. Babai..

2 comments:

  1. good sharing bro...tadi baru tukar tayar kt worshop berdekatan rumah, dia bgtau bearing depan sblh kiri dh problem...aku tanya berapa? dia cek kejap pastu keluar bgtau RM280...terima kasih je la

    ReplyDelete
  2. good sharing bro...tadi baru tukar tayar kt worshop berdekatan rumah, dia bgtau bearing depan sblh kiri dh problem...aku tanya berapa? dia cek kejap pastu keluar bgtau RM280...terima kasih je la

    ReplyDelete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget