Thursday 14 July 2016

Tanda bateri sudah "kong" pada kereta Alza

Panel meter Alza 2014

Rasa terpanggil untuk bercerita kerana sebelum-sebelum ini saya juga hadapi masalah yang sama iaitu meter minyak dan meter "range" pada kereta saya juga menghadapi masalah yang sama. Puas google dan tak banyak blog yang
menceritakan tanda-tanda bateri hampir "kong".

Kalau ada pon di forum-forum Alza itu pun kena rajin scroll down untuk baca komen yang banyak-banyak tu.

Okey ceritanya macam ini. Beberapa bulan yang lepas, meter minyak kereta Alza saya ada masalah..Minyak full ni. Tapi bar meter jadi pening. Tak betul. Kejap full bar. Kemudian tiba-tiba bar meter minyak tinggal setengah.. Lepas tu naik balik.

Begitu juga meter jangkaan jarak tu. Biasanya kalau minyak full meter jarak menunjukkan kereta boleh bergerak sejauh 450km-470km lagi. Tetapi masa kejadian ini berlaku meter jarak pon pening. Jadi tak tepat. Kejap 120km, kejap 300km. Seminggu macam itu. Saya layankan aje..

Saya pon google. Jumpa la satu forum ni. Yer...itu menunjukkan bateri kereta hampir "kong"..

Kemudian saya bertanya kepada rakan-rakan lain yang guna kereta Alza juga. Ada la 3-4 orang saya survey. Mereka pun menyatakan simptom yang sama. Sebelum mereka tukar bateri sebab "kong" mereka hadapi simptom yang sama.

Saya pergi ke servis center Perodua, terus technical advisor tu cakap, "tu tanda bateri encik sudah nak rosak/habis/. Memang kena tukar. Jap saya ambil alat sukat bacaan voltage bateri".

Confirm! bateri menunjukkan tanda "weak". So kena la tukar.

Saya tanya, mengapa ia berlaku. Katanya meter minyak menggunakan sensor eloktronik. Jadi ia memerlukan bateri yang cukup kuasa bagi membuat prediction dan calculation sebelum dipaparkan di papan meter dashboard.

Ooooo itu kisahnya..Jadi kepada pengguna Alza semua jangan kuatir jika masalah itu berlaku pada kereta anda. Pasti itu masalah bateri. Tukar je la.

Pada pandangan saya ok juga macam ini. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu. Akan datang kalau ada simptom yang sama dah tau apa masalah dia. Daripada kereta tak boleh start diatas jalan raya, jalan sunyi ke, jalan hutan ke, lebih baik ia keluar simptom. Kalau kereta-kereta lama saya yang kain, bateri tu rosak dimana-mana sahaja ikut suka dia. Tu yang dalam kereta ada standby "jumper" tu. Mencegah sebelum terkena.

Itu lebih baik kan???

Jadi harapnya artikel ni boleh memberi dan membantu kepada pengguna Alza sekalian.

Update:
=====

9/6/2018

Hari ni setelah hampir 2 tahun bateri kereta kong lagi. Masih menunjukkan simtom yang sama iaitu bacaan aras minyak dan range kat panel meter pening-pening lalat.

Berdasarkan pemahaman dan pengalaman sendiri bateri sel kering ni tahan 2 tahun++ tanpa fikir panjang terus tukar bateri. Selepas tukar bateri, tiada lagi masalah bacaan aras minyak dan range kat panel meter pening-pening lalat. 


Tujuan aku update di sini bukannya apa, untuk kegunaan sendiri juga. So nanti aku boleh tahu bila last aku tukar bateri.hehehe..Babai.

53 comments:

  1. Terima kasih utk info ni.tp kes sy terbalik.sebelum ni kereta alza sy xde masalah dgn range meter.tp selepas seminggu tukar batery kereta (pertama kali tukar) terus range meter x betol.sbb ape ye?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana membaca blog saya..itu saya tidak pasti. Saya bukanlah pakar dalam bab ini. Mungkin boleh bertanya di servis center

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Sy nak tanye.. Semalam sy isi myk DLM rm30.. Minyak naik DLM 220.. Lepas setengah jam memandu minyak JD 90.. Tp still Ade 3 bar. Sy try isi rm10 lg.. Baru OK.. Pg nih JD balik.. Tp xde tulis error plak.. Bole sy tahu SB ape ye.. Harap encik bole bp pencerahan.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam..tq kerana melawati blog saya..saya bukanlah pakar dalam bab ini.artikel ini ditulis dari pengalaman sendiri dengan tujuan untuk berkongsi.oleh itu saya tidak dapat menjawab persoalan tuan/puan tersebut.

      Delete
    2. tq sebab share masalah nie...

      Delete
    3. Sama lh dgn mslh yg sya hadapi..

      Delete
  4. As salam. Saya nak tumpang tanya. Kenapa headlamp asyik terbakar. Tukar kiri lepas lenih kuarang sebulan kanan plak. Pas tu tukar kanan benda yg sama jadi pd aebelah kiri. Kalau x siap saya thun ni jer dah 6x saya tukar bulb. Mohon penyeleaaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam..tq kerana melawati blog saya..saya bukanlah pakar dalam bab ini.artikel ini ditulis dari pengalaman sendiri dengan tujuan untuk berkongsi.oleh itu saya tidak dapat menjawab persoalan tuan/puan tersebut.Untuk mencari penyelesaian adalah lebih baik berjumpa dengan mekanik bertauliah.

      Delete
    2. Utk lampu tu sy pun jadi ... lampu dpan klu tiada kualiti memang mudah terbakar jd klu nak tukar jgn tukar sebelah je tukar dua dua belah tp beli yg ada kualiti sikit... tq

      Delete
    3. Betul. .Klu nk tukar kena tukar dua2 sekali

      Delete
  5. Good info bro..thank u so much..need to change a new battery.

    ReplyDelete
  6. as salam nak tanya...alza kalau isi fulltank berapa km ya? tadi saya isi full..tapi tinggal kat bar meter tak penuh..n dpt 283km je...ni mmg tanda2 batery nk kong ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kereta saya full tank boleh dapat range 440km-460km juga..

      Delete
  7. Betul. dlm minggu ni kereta alza saya mengalami simptom meter confius dan lari-lari seperti yang tuan Share di atas . saya ingatkan masalah komputer pada meter. Dlm masa 4 hari bateri betul-betul Kong. Maka, mmg Kene alert selalu dengan situasi seperti yang tuan kongsi kan diatas. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. TQ atas info ni...mmg kena tukor bateri la gamaknye...bar minyak kereta kami pun dah pening2...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman tuan.. Saya baru sahaja menghadapi masalah yang sama. Bolehlah check bateri. Tanya di bengkel kereta terus suggest tukar meter...tanya budget 700..nasib baik belum buat g sbb dia suruh kosongkan tangki minyak.

    ReplyDelete
  11. Sama macam kes sy hari ni, engin xleh on. Start je bunyi kret2. Mcm bunyi letrik. Simtom sama meter minyak pening2 hampir 2mgu juga. Last skali tanya kedai ckp bateri kong. Haha

    ReplyDelete
  12. Terima kasih singgah blog saya..bertabahlah atas dugaan abis bateri ni..biasanya bateri akan abis 1-2 tahun.ikut nasib la kita macam mana

    ReplyDelete
  13. Battry kong klu kita tukar sendiri tanpa hidup kereta blh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh je tukar sendiri. Saya pernah tukar sendiri. Tak susah.

      Delete
  14. Salam...tumpang tanya jika tahu.kalau range tidak dapat bacaan sebenar apa masalah?
    Bar minyak 5 bar tapi range 289 saja.kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Tak pasti la tuan. Cuba bawa ke perodua servis..tapi saya rasa macam bateri kong je tu.macam simtom kereta saya juga sebelum ni.

      Delete
  15. As Salam... Bacaan meter minyak alza yang paling tepat berpandukan yg mana satu bar @ range??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tiada info berkenaan keadaan ini. Tabiat saya memang sentiasa melihat kepada range..setakat ni ok je ramalan range minyak saya tu

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Alhmdulillah. trimakasih ats prkongsian tuan, buat pnduan brguna utk pngguna alza sprti sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.tq juga kerana sudi singgah ke blog saya

      Delete
  18. Ada juga perkongsian begini.. jd kat keta saya dlm dua 3 hr ne..tup2 smlm keta x leh nk start.. tp pg ne blh pulak.. so, utk keselamatan, jap lg saya tukau bateri

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Tq info Encik ni.. ini terjadi pada saya hari ini. Agk panik tgk meter myk drop laju dr 182 ke 122 dlm jarak yg sgt dekat.. kereta baru 1 taon 1 bln, adakah ini pun sebab bateri? Sy fikir bl da 2 taon baru perlu tukar bateri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bateri ni susah nak jangka..ada yg bertahan lama, ada yang sekejap.adalah lebih baik bawak ke perodua servis center.

      Delete
  21. Terima kasih kerana singgah ke blog saya

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing bro Faizal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama tuan..Terima kasih juga sebab sudi singgah ke blog saya ini.

      Delete
  23. Klau kes battery hampir kong.. Brpe migu blh tahan.. Sy bru strt hari nie.. Meter jdi gila hahahhaa

    ReplyDelete
  24. myvi 1.5 lagi best pun mcm tu. maybe pkai sistem sama mcm alza.

    tanda² battery kong
    meter minyak pening
    radio pun pening

    pernah jadi dah kt sbelum ni.

    bacaan normal vmeter bila kunci di on & enjin belum di start 12.5-13.5
    bila start dia akan jadi 13.5-14.5
    bila dah jalan smua on 13.7-14.5

    batter dalam keadaan baik.

    tuan2 boleh vmeter battery reading letak kt kete. so kita senang nak tgk² standby kalau battery kong.

    moga bermanfaat

    ReplyDelete
  25. Kreta Alza saya millage range minyak menurun setiap saat kemudian berhenti pada Range 90km dengan 2 bar. Sebelum nie ada 2 bar range km 217. Boleh saya tahu kenapa. Saya dah ke kedai check battery dia cakap ok.

    ReplyDelete
  26. salam. kenapa ye sy isi mnyak penuh range 474.sy jln lbih 80km stay sma ja 474.mohon bantu

    ReplyDelete
  27. Ar2 krte sy baru jd mcm 2 dah tukar battery,skrg dah OK,takat minyak dah stabil,tp jarak km yg xok sbb takat minyak baru turun 2 bar meter km ting gal 134km,biasa klu isi penuh turun 2 bar still 300lbh km lg🤔

    ReplyDelete
  28. Salam..nk tanya..smalam saya isi minyak full..meter range tunjuk 463km..tp meter mcm rosak sbb dia tknk turun2 millage

    ReplyDelete
  29. Kereta saya baru guna sebulan . Axia G 2021 .. meter minya range dah problem .. apa sebabnya ya kawan2 . Dan jalan penyelesaian

    ReplyDelete
  30. Pendapat sy hantar pergi check kat perodua. sebab kereta masih dalam waranty.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum dan salam sejahtera cikgu dan smua.. Nak bertanya kenapa keluar 'err' di meter sebelah kiri... Di bawah tulisan range dan km.. Minta bantuan smua

    ReplyDelete
  32. Meter km saya x berfungsi.dan tiada pertukaran gear.

    ReplyDelete
  33. Just nk share pengalaman..lampu mileage utk baki myk berkelip2..yang lain semua okay..bateri baru tukar 3 bulan lepas..Tanya mekanik dia sruh cabut n pasang balik je wayar kat bateri tu(wrna hitam)..terus okay meter kereta lepastu alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget