Sunday, 10 July 2016

Cantik, Tapi menyusahkan


Masih dalam mood raya aidilfitri. Akan tetapi peristiwa malam tadi boleh menyebabkan orang lain sakit hati, menyusahkan bahkan
berbahaya. 

Masyarakat kita terlalu obses dalam mengubahsuai kenderaan sehinggakan lupa sebenarnya pengubahsuaian tersebut boleh menyusahkan orang lain.

Boleh lihat gambar di bawah. Gambar tersebut diambil malam tadi. Apa yang tak kena dengan gambar tersebut??



Ok, kalau anda perhatikan betul-betul lampu signal kanan kereta berkenaan sedang menyala. Menyala tu bagus la.

Yang tak bagusnya adalah lampu signal tu menyala berwarna merah. Sama dengan warna lampu break. Elok-elok lampu signal tu warna kuning, owner kereta ubah menjadi warna merah. Kan dah susah orang dibelakang nak bezakan.

Pada saya ia sangat bahaya. Takut orang belakang salah faham je. Buatnya orang belakang ingatkan orang tu break, jadi orang belakang ingin terus memotong, tapi hakikatnya kereta ni nak masuk simpang. Silap hari bulan boleh eksiden wooo..

Tu lah. Dah elok-elok signal berwarna kuning, kenapa tukar jadi warna merah??

Ini lah masyarakat kita sorry to say, "pentingkan diri sendiri". Sepatutnya sebelum buat sesuatu tu kena fikir dahulu. 

Jangan sampai cantik pada mata kita tetapi ia menyusahkan orang lain.



=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget