Monday, 11 July 2016
Mydin MITC mula menggunakan "Degradable plactic bag"
Sebelum ini apabila pergi sahaja ke Mydin untuk membeli barangan pasti kita semua pening kepala bila hendak membeli barangan. Lagi pening bila kita hendak
membeli barangan basah seperti ikan, ayam, sayuran dan lain-lain.
Maklumlah negeri Melaka melaksanakan 100% negeri bebas plastik sejak 1 Jan 2016. Sejak dari itu pelbagai masalah dan isu timbul. Memanglah kadang-kadang pihak Mydin ada menyediakan kotak-kotak untuk dibuat bekas letak barang apabila membeli dari pasaraya mereka. Ada masa habis juga.
Seperkara yang menjadi masalah adalah, cuma kekadang kita ni pergi ke pasaraya dalam keadaan tidak dirancang. Tetiba balik dari pejabat terasa nak makan ikan siakap. Jadi pergi lah Mydin. Alamak !! terlupa bawa plastik sendiri atau non woven sendiri pula.
Terpaksa lah beli juga ikan dan letak barang-barang basah tersebut di dalam bonet kereta dan air-air ikan tersebut ada kalanya tersisa sedikit dan terkena pada karpet di bonet kereta. Lebih kesian lagi, ada kes yang di dengari barangan dibeli tertumpah la atau terjatuh di lantai.
Akan tetapi, sejak kebelakangan ni pihak Mydin MITC melaka telah mengambil langkah bijak bagi memberi keselesaan kepada penggunanya dengan memberikan "Degradable plactic bag"kepada para pelanggannya. Difahamkan jika kita membeli barangan basah sahaja mereka akan membekalkan plastik ini. Saya telah beberapa kali kesana membeli barang basah sememangnya mereka akan meletakkan barangan basah ini dalam plastik "Degradable plactic bag" yang mereka bekalkan.
Harapan saya moga ia boleh diteruskan untuk barangan-barangan kering pula. Ini sekadar pandangan, banyak masalah dari kebaikan jika tidak dibekalkan dengan "Degradable plactic bag" ini.
Macam sebelum ini saya pernah pergi ke Pasaraya Keluargaku, mereka akan meletak barangan dibeli dalam paper bag, OK lah, dari tidak ada langsung..
Saya yang menulis ini bukanlah tidak menyokong Melaka bebas plastik ni. Cuma saya minta pihak-pihak berkenaan memikirkan cara lain yang tidak menyusahkan pengguna. Kalau sebelum ini mereka (peniaga) boleh keluarkan kos untuk plastik, apa salahnya kali ini mereka keluarkan kos untuk paper bag atau "Degradable plactic bag" pula. Bukan untuk orang lain pon. Untuk keselesaan pelanggan mereka juga..Kan??
Pepun Syabas Mydin MITC! Anda prihatin dengan masalah pelanggan anda. Anda Hebat !
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment