Tuesday 5 July 2016

Perjalanan pulang beraya yang menyeronokkan



Alhamdulillah tahun ini adalah tahun beraya di Sungai Petani. Pelik memang pelik. Apa yang peliknya???Baca seterusnya.
Okey, ni saya nak cerita waktu perjalanan balik
tersebut, perjalanan kami lancar je, kereta tak banyak dan langsung tidak jem seperti tahun-tahun sebelum ini.
Biasanya sebelum-sebelum ini, kalau kami bertolak dari Melaka ke Sungai Petani memang akan jem teruk. Masa yang diambil pon agak lama iaitu 12-15 jam perjalanan sebab jem sana dan sini.
Tidak kira lah bertolak waktu bila pun. Jadual perjalanan yang dikeluarkam PLUS saban tahun pon macam tak berfungsi sangat.
Akan tetapi semalam kami pulang, alhamdulillah..amat lah lancar. 



Biasanya ini lah antara tempat yang selalu jem teruk





ha..ni nak masuk negeri Kedah




So bila difikir balik apakah punca disebalik keajaiban ini.. Ya…baru kami dapat jawapannya..
Kemungkinan adalah disebabkan kami bertolak awal iaitu 2 hari sebelum raya..
Sebelum-sebelum ini sejak berumah tangga, kalau balik ke Sg Petani mesti kami akan bertolak sehari sebelum raya. Atas faktor kerja kami tepaksa buat macam itu.
Kesimpulan mudah yang kami boleh buat adalah, nak balik beraya, kena bertolak 2 hari sebelum raya. Insyaallah tak jem. Dengan kelajuan yang konsisten boleh sampai dalam masa 7-8 jam (termasuk saya tidur sementara sebanyak 2 kali.ngantuk beb.mata tak tahan..dari jadi apa-apa, elok tido).
Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Wefie seround dua lepas masuk sempadan negeri Kedah




No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget