Sunday, 17 July 2016

4 tips bagi mengelak anak ketagih gadget



Tadi dengar radio, ada pemanggil menanyakan soalan kepada DMFK. Bagaimana nak kawal anaknya, anak perempuan, berumur 13 tahun yang kerap bermain gadget. Anaknya susah untuk dikawal. Bila ditegur cepat
melenting dan merajuk.

Jawapan DMFK adalah jawapan yang saya olah menggunakan ayat dan pemahaman sendiri tetapi tidak mengubah point dan maksud asal dari DMFK

Ini Jawapan DMFK:

1)Buat undang-undang dalam rumah seperti gadget boleh diguna selepas kerja sekolah siap, boleh digunakan selepas solat dikerjakan dan lain-lain syarat yang sesuai.

2)Berdoa, baca ayat qursi, al-fatihah dan Alamnashroh(Surah Ash-Shrah)... Sampai habis. Hembus dikepala anak. Kalau anak dah besar pon boleh buat, atau buat dan hembus semasa ibu menyediakan makanan.
3)Ibu bapa sendiri kena elakkan penggunaan gadget. Kepimpinan melalui tauladan. Sebab ibu bapa sendiri yang pagi petang siang malam di rumah bersama gadget. Anak-anak akan ikut.
4)Perangai anak-anak adalah cerminan daripada perangai ibu dan bapa. Jadi, tujukkan sikap dan contoh yang baik dengan anak-anak.

Tips ini perlu dimulakan awal semasa anak masih kecil lagi supaya ia boleh menjadi kebiasaan dalam keluarga.

Insyaallah, moga kita semua dipermudahkan dalam usaha mendidik anak-anak zaman kini yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang tersendiri.


=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget